Assalamualaikum warahmatullah,Alhamdulillah, kita bertemu lagi di hari
Jumaat yang mulia ini... Kita sering melihat atau baca tentang salah-laku,
kekejaman, kezaliman dan seumpamanya yang berlaku di hadapan mata kita dan
umumnya, kita sering cepat-cepat menjadi hakim kepada perlakuan yang berlaku,
tanpa mengambil kira adakah kita cukup sempurna untuk menjadi hakim kepada
manusia lain. Patutkah kita menjadi hakim kepada orang lain, tanpa mahu menjadi
hakim untuk diri sendiri?Hari
ini saya kongsikan senarai 70 dosa besar yang dipetik dari shuk1104-05 dan artikel dari Ust Mohd Zawawi Yusoh yang
saya petik dari HMmetro
2009/12/30. Mudah-mudahan ia menjadi benteng atau pagar checklist untuk kita menilai semula
tingkah-laku kita sama ada kita masih dalam landasan syariat dan panduan untuk
kita dapat mengawasi diri agar tidak tergolong dalam orang yang melakukan
dosa-dosa yang disenaraikan ini.Dosa besar ialah dosa dan perlakuan salah
yang dijelaskan hukuman dan laknat serta akibat yang disebut secara jelas dalam
al-Quran dan sunnah Rasulullah SAW. Menurut az-Zanabi (ada juga yang menulis
Adz-Dzahabi) dalam bukunya ‘Al-Kabaair’, ada dinyatakan sebanyak 70 dosa besar dan
daripada 70 itu diringkaskan kepada jenisnya seperti berikut:
- Empat jenis di
hati iaitu syirik, terus-menerus berbuat maksiat, putus asa dan berasa aman daripada seksa Allah.
- Empat jenis pada
lisan iaitu kesaksian palsu,
menuduh berbuat zina pada wanita
baik-baik, sumpah palsu dan
mengamalkan sihir.
- Tiga jenis di
perut iaitu minum arak, memakan harta anak yatim dan memakan riba.
- Dua jenis di
kemaluan, iaitu zina dan homoseksual.
- Dua macam di
tangan iaitu membunuh dan mencuri.
- Satu di kaki
iaitu lari dalam peperangan.
- Satu di seluruh
badan iaitu derhaka terhadap orang
tua.
Dosa kecil pula adalah dosa-dosa yang tidak
tersebut di atas. Walau bagaimanapun, dosa kecil yang menjadi
besar jika dilakukan terus-menerus. Menurut Imam Hasan al-Basri, tidak ada dosa
kecil apabila dilakukan dengan terus-menerus dan tidak ada dosa besar apabila
disertai dengan istighfar.Untuk huraian lengkap setiap satu dosa, sila
download bukunya di sini megaupload. [NB:
Saya dah cuba masuk, tapi payah benar nak download... hemmm...]. Mengikut imam az-Zanabi (ada juga yang
menulis Adz-Dzahabi) dalam kitabnya ‘Al-Kabaair’, beliau menghimpunkan jenis dosa-dosa besar
sebanyak 70 perkara seperti yang disenaraikan di bawah.
- Syirik
- Membunuh Manusia
- Sihir
- Tinggal Sembahyang
- Tidak Mengeluarkan Zakat
- Tidak Berpuasa
- Tidak Mengerjakan Haji Walaupun Berkemampuan
- Derhaka Kepada Ibu Bapa
- Memutuskan Silatulrahim
- Berzina
- Homosex
- Memakan Riba
- Memakan Harta Anak Yatim
- Mendustakan Allah SWT dan Rasul
- Lari dari Medan Perang
- Sombong
- Saksi Palsu
- Meminum Arak
- Pemimpin Yang Penipu dan Kejam
- Berjudi
- Menuduh orang baik melakukan Zina
- Menipu harta rampasan Perang
- Mencuri
- Merompak
- Sumpah Palsu
- Berlaku Zalim
- Pemungut cukai yang Zalim
- Makan dari kekayaan yang Haram
- Bunuh Diri
- Berbohong
- Hakim yang Tidak adil
- Rasuah
- Wanita yang menyerupai Lelaki
- Tidak Cemburu
- Cina Buta
- Tidak Suci Hadas kecil
- RIAK Mempamerkan Diri
- Ulamak Dunia (jahat)
- Khianat
- Mengungkit-Ungkit Pemberian
- Mangingkari Takdir
- Mencari Kesalahan Orang lain
- Menabur Fitnah
- Mengutuk Umat Islam
- Mengingkari Janji
- Percaya Kepada Sihir dan Nujum
- Derhaka kepada Suami
- Gambar pada Baju
- Menamparkan pipi dan meratap jika terkena bala
- Mengganggu Orang lain
- Berbuat Zalim terhadap yang lemah
- Mengganggu Tetangga
- Menyakiti dan Memaki Orang Islam
- Derhaka kepada Hamba Allah SWT dan menggangap dirinya baik
- Melabuhkan Pakaian
- Lelaki yang memakai Sutera dan Emas
- Hamba Lari dari Tuan
- Sembelihan Untuk Selain Dari Allah SWT
- Menjadi Pak Sanggup
- Berdebat dan Bermusuh
- Enggan Memberi Kelebihan Air
- Mengurangkan Timbangan
- Merasa Aman Dari Kemurkaan Allah SWT
- Putus Asa Dari Rahmat Allah SWT
- Meninggalkan Sembahyang Berjemaah
- Meninggalkan Sembahyang Jumaat
- Mengurangi Wasiat
- Menipu
- Mengintip Rahsia dan Membuka Rahsia Orang Lain
- Mencela Nabi dan Sahabat Baginda
Allah juga berfirman, maksudnya,
“Dan (juga) orang-orang
yang apabila mengerjakan perbuatan keji atau menganiaya diri sendiri, mereka
ingat akan Allah, lalu memohon ampun terhadap dosa-dosa mereka dan siapa lagi
yang dapat mengampuni dosa selain daripada Allah? Dan mereka tidak meneruskan
perbuatan kejinya itu, sedang mereka mengetahui.”
(Surah Ali Imran ayat 135)
Mengenai tindakan
sesetengah di antara kita yang menganggap remeh dosa, Rasulullah bersabda maksudnya,
“Sesungguhnya seorang
mukmin dalam melihat dosanya, bagaikan seorang yang berada di puncak gunung,
yang selalu khuatir tergelincir jatuh. Adapun orang fasik dalam melihat dosanya,
bagaikan seseorang yang dihinggapi lalat di hidungnya, maka dia usir begitu
saja.”
(Hadis Riwayat al-Bukhari &
Muslim)
Orang yang bergembira
dengan dosanya, Allah berfirman
maksudnya,
“Dan apabila dikatakan
kepadanya: “Bertakwalah kepada Allah”, bangkitlah kesombongannya yang
menyebabkannya berbuat dosa. Maka cukuplah (balasannya) neraka Jahannam. Dan
sungguh neraka Jahannam itu tempat tinggal yang seburuk-buruknya.” (Surah al-Baqarah ayat 206)
Mereka yang berasa aman
daripada azab Allah, Allah
berfirman maksudnya, “Apakah tiada kamu
perhatikan orang-orang yang telah dilarang mengadakan perbicaraan rahsia,
kemudian mereka kembali (mengerjakan) larangan itu dan mereka mengadakan
perbicaraan rahsia untuk berbuat dosa, permusuhan dan derhaka kepada Rasul. Dan
apabila mereka datang kepadamu, mereka mengucapkan salam kepadamu dengan memberi
salam yang bukan sebagai yang ditentukan Allah untukmu. Dan mereka mengatakan
pada diri mereka sendiri: “Mengapa Allah tiada menyeksa kita disebabkan apa yang
kita katakan itu?” Cukuplah bagi mereka neraka Jahannam yang akan mereka masuki.
Dan neraka itu adalah seburuk-buruk tempat kembali.” (Surah al-Mujadalah ayat 7)
Perbuatan maksiat secara
terang-terangan, Rasulullah SAW
bersabda, maksudnya, “Semua umatku akan
diampunkan dosanya kecuali orang yang mujaharah (terang-terangan dalam berbuat
dosa) dan yang termasuk mujaharah adalah seorang yang melakukan perbuatan dosa
di malam hari, kemudian hingga pagi hari Allah telah menutupi dosa terbabit,
kemudian dia berkata:
Wahai
fulan semalam saya berbuat ini dan berbuat itu. Padahal Allah telah menutupi
dosa tersebut semalaman, tetapi di pagi hari dia buka tutup Allah terbabit.”
(Hadis riwayat al-Bukhari &
Muslim)
Yang
melakukan perbuatan dosa itu adalah seorang yang menjadi tauladan. Rasulullah
SAW bersabda, maksudnya, “Sesiapa yang memberi
contoh di dalam Islam dengan contoh yang jelik, dia akan mendapat dosanya dan
dosa orang yang mengikutinya selepas dia tanpa dikurangi dosa terbabit
sedikitpun.”
Semoga Allah menjaga kita dari terlibat
dengan dosa-dosa ini. Sama-samalah kita memohon keampunan Allah jika kita telah
melakukan dosa-dosa ini, baik secara sengaja ataupun tidak sengaja. Semoga Allah
mengampuni dosa-dosa kita. Amiin.
Capaian entry berkaitan :
Wa'ssalam.
Selamat datang ke kumpulan Sinar Islam.
Kumpulan ini telah diwujudkan oleh warga oku penglihatan untuk kita sama-sama memartabatkan serta menegakkan syiar Islam.
Anda menerima mesej ini kerana anda telah melanggan ke kumpulan Google "sinarislam".
.
.
.
.