Fwd: [IS-operasi] Outcome Usul-usul semasa Perhimpunan IKRAM Siswa Nasional 2014

12 views
Skip to first unread message

Mawaddah ..

unread,
Feb 19, 2014, 1:49:48 AM2/19/14
to isuitm-...@googlegroups.com, yu...@googlegroups.com
---------- Forwarded message ----------
From: "'Asim 'Abdullah" <flim...@gmail.com>
Date: Feb 19, 2014 2:13 PM
Subject: [IS-operasi] Outcome Usul-usul semasa Perhimpunan IKRAM Siswa Nasional 2014
To: <IS-op...@googlegroups.com>

Bismillah,

Tempoh hari semasa Perhimpunan IKRAM Siswa Nasional, semasa mesyuarat agung sedang berlansung, sebahagian IS Cawangan telah mencadangkan beberapa pindaan terhadap peraturan IKRAM Siswa dan kita juga telah bahas usul tersebut.

Hasil daripada perbahasan tersebut, usul-usul yang dicadangkan telah diterima oleh perwakilan. Usul-usulnya adalah seperti berikut:
  1. Usul panjangkan tempoh umur ahli IKRAM Siswa, 18 hingga 30 tahun.
  2. Usul tempoh ISN dipanjangkan kepada 2 tahun.
  3. SUA dilantik oleh Presiden
Usul-usul ini telah dibawa oleh Pengerusi JKPM Pusat ke mesyuarat JKP Ikram untuk dibincangkan sama ada mahu terima atau tidak. Hasilnya:
  1. Usul pertama diterima oleh JKP. Pindaan pada peraturan IS Fasal 6 Keahlian, perkara 6.1 akan berubah daripada keahlian yang berumur daripada 18 hingga 27 tahun kepada 18 hingga 30 tahun. Namun JKP Ikram juga mengharapkan, dimasa akan datang, Pengerusi IS Cawangan hendaklah datang daripada mahasiswa sendiri bukan yang sudah tamat belajar supaya empowerment mahasiswa itu ada.
  2. Usul kedua juga telah diterima oleh JKP Ikram dengan baik. Justeru, kepimpinan ISN pada hari ini bukan lagi kepimpinan sesi 2014/2015 tetapi sesi 2014/2016.
  3. Usul ketiga juga telah diterima oleh JKP Ikram. Namun JKP juga mencadangkan agar bukan sahaja SUA sahaja yang dilantik oleh Presiden IS tetapi Bendahari juga. Bermaksud, semasa perhimpunan IS, jawatan SUA dan Bendahari akan dicadangkan supaya tidak dipertandingkan semasa Mesyuarat Agung IKRAM Siswa.
Keputusan ini adalah keputusan kita bersama, maka mari lah kita sama-sama pikul dan laksanakan dengan baik. Semoga Allah beri kekuatan kepada kita semua agar amanah ini mampu digalas dan dilaksanakan sebaik mungkin.

Wallahu'alam.

"Live life with dignity or die as a martyr"

'ASIM 'ABDULLAH BIN AINULLOTFI
Setiausaha Agung | IKRAM Siswa Nasional

[IM 3231]

Mobile   :   +60 13 - 702 8556
Facebook  :  'Asim 'Abdullah

--
You received this message because you are subscribed to the Google Groups "IS-operasi" group.
To unsubscribe from this group and stop receiving emails from it, send an email to IS-operasi+...@googlegroups.com.
To post to this group, send an email to IS-op...@googlegroups.com.
Visit this group at http://groups.google.com/group/IS-operasi.
For more options, visit https://groups.google.com/groups/opt_out.
Reply all
Reply to author
Forward
0 new messages