1 Zulhijjah 1431, 08 November 2010

2 views
Skip to first unread message

tursun wali

unread,
Oct 27, 2010, 9:52:04 PM10/27/10
to yayasa...@googlegroups.com

Risalah Ta’lim YAYASAN

 

TA’LIM TTDI KL, NO 42A & 44A LORONG RAHIM KAJAI 14,

TAMAN TUN DR ISMAIL, 60000 KUALA LUMPUR

TEL : 0377282393/0377275067 | FAX : 0377288067

http://www.islamiclearningcentre.com

 

Terbitan Yayasan Ta’lim                   Bil (12) 1 Zulhijjah 1431 / 08 November 2010

 

 

{Demi waktu fajar; Dan malam yang sepuluh (yang mempunyai kelebihan di sisi Allah);

Dan bilangan yang genap serta yang ganjil; Dan malam, apabila ia berlalu; - Bukankah

yang demikian itu mengandungi sumpah (yang diakui kebenarannya) oleh orang yang

berakal sempurna?} [Al-Mulk : 22]

 

Zulhijjah Musim Ibadah

 

Sesungguhnya bulan Zulhijjah adalah bulan yang mulia dan musim yang agung. Ia adalah

bulan Haji, bulan keampunan, serta wukuf di Arafah. Bulan umat Islam mendekatkan diri

kepada Allah dengan pelbagai bentuk ibadat seperti menunaikan Haji, mendirikan solat,

berpuasa, bersedekah, menyembelih, mengingati Allah, berdoa dan beristighfar.

 

Kelebihan Sepuluh Hari Permulaan Zulhijjah.

 

1- Allah Taala telah bersumpah dengannya:

Apabila Allah bersumpah dengan sesuatu, ia menunjukkan kepada keagungan kedudukan dan

keutamaannya. Kerana Yang Maha Agung tidak akan bersumpah melainkan dengan yang

agung. Dia Taala berfirman: {Demi waktu fajar; Dan malam yang sepuluh} [Al-Fajr : 1].

Malam-malam yang sepuluh berkenaan adalah sepuluh hari Zulhijjah, dan ini dinyatakan

oleh Jumhur ahli-ahli tafsir.

 

2- Ia adalah hari-hari tertentu yang dinyatakan oleh Allah:

Sepuluh hari permulaannya adalah sepuluh hari penuh keberkatan yang Allah nyatakan di

dalam kitab-Nya:

 

g) Diampunkan sesiapa yang mengawal pendengarannya, penglihatan dan

lidahnya pada hari Arafah:

Daripada Ibnu Abbas , bahawa beliau berkata: Telah bersabda Rasulullah :

(Ini satu hari yang, sesiapa mengawal padanya; pendengarannya, penglihatannya,

lidahnya, akan diampunkan baginya) [diriwayatkan oleh Ahmad]

 

h) Berpuasa pada hari berkenaan bagi yang bukan jemaah Haji :

Daripada Abi Qotadah , bahawa Rasulullah telah bersabda: (Puasa pada hari

Arafah, aku berharap kepada Allah agar dihapuskan dosa bagi setahun yang

sebelumnya dan setahun selepasnya) [dikeluarkan oleh Muslim di dalam Sahih beliau]

 

 

Bagaimanakah kita sepatutnya menyambut sepuluh hari awal

Zulhijjah?

 

 

1- Taubat yang benar:

Seseorang Muslim hendaklah menyambut musim-musim ketaatan secara keseluruhan

dengan taubat yang benar dan keazaman yang pemutus untuk kembali kepada Allah.

Kerana di dalam taubat terdapat kejayaan bagi seseorang hamba di Dunia dan Akhirat.

Allah Taala berfirman: {dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai

orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.} [An-Nur : 31]

 

2- Keazaman yang bersungguh untuk merebut hari-hari ini:

Seseorang Muslim haruslah berusaha bersungguh-sungguh untuk memakmurkan

hari-hari ini dengan pekerjaan dan percakapan yang soleh. Sesiapa yang berazam di atas

sesuatu perkara, Allah akan membantunya dan mengadakan untuknya penyebabpenyebab

yang akan membantunya untuk menyempurnakan amal berkenaan. Sesiapa

yang benar terhadap Allah, Allah akan benar terhadapnya. Dia Taala berfirman: {Dan

orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana Kami, sesungguhnya

Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami} [Al-Ankabut : 69]

 

3- Menjauhi perkara-perkara maksiat:

Sebagaimana ketaatan menjadi punca untuk mendekatkan kepada Allah, begitulah

maksiat menjadi punca untuk menjauhkan daripada Allah dan pengusiran daripada

rahmat-Nya, dan seseorang manusia diharamkan rahmat Allah dengan sebab dosa yang

dilakukan olehnya. Sekiranya anda mahukan kepada pengampunan dosa-dosa dan

pembebasan dari Neraka, maka berjaga-jagalah dari jatuh ke dalam perkara-perkara

maksiat pada hari-hari ini, dan pada hari-hari yang lain! Bukankah sesiapa yang kenal

apa yang dituntut, menjadi ringan di sisinya setiap apa yang dikerahkan.

Sememangnya telah ada amalan-amalan yang dikhususkan pelaksanaannya pada

sepuluh hari permulaan Zulhijjah; seperti haji, umrah, puasa, menyembelih korban,

sedekah, solat sunat Aidiladha, bertakbir dan lain-lain lagi. Namun, hadith yang

mulia menyatakan bahawa segala amal kebaikan, tidak kira yang wajib

mahupun yang sunat, paling disukai oleh Allah

pelaksanaannya di dalam

hari-hari ini.

{serta mereka memperingati dan menyebut nama Allah, pada hari-hari yang tertentu,}

[Al-Hajj : 28]

 

3- Rasulullah menyaksikan untuknya bahawa ia adalah hari Dunia yang

paling afdhal:

Baginda bersabda: (Hari-hari dunia yang paling afdhal adalah hari-hari yang sepuluh

yakni sepuluh hari [awal] Zulhijjah). Mereka berkata: Tiada, sekalipun yang

sepertinya di jalan Allah? Baginda bersabda: (Tiada, sekalipun yang sepertinya di

jalan Allah, melainkan seorang lelaki yang didebukan wajahnya dengan tanah

[yakni mati syahid]) [diriwayatkan oleh Al - Bazzar dan Ibnu Hibban, serta

disahihkan oleh Al-Albani]

 

4- Di dalamnya, Hari Arafah:

Hari Arafah adalah hari Haji yang besar, hari keampunan dosa-dosa, hari pembebasan

dari Neraka. Jika tidak ada di dalam sepuluh hari awal Zulhijjah melainkan hari Arafah,

nescaya ia sudah memadai sebagai kelebihan.

 

5- Di dalamnya hari menyembelih:

Ia adalah antara hari paling afdhal di dalam setahun. Telah bersabda Nabi :

(Sesungguhnya hari-hari paling agung di sisi Allah adalah hari penyembelihan,

kemudian hari Qir ). [diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan Abu Daud].

 

6- Terhimpunnya ibadah-ibadah yang besar di dalamnya:

Berkata Al-Hafiz Ibnu Hajar di dalam kitab Fath Al-Bari: Yang jelasnya, sebab

keistimewaan sepuluh awal Zulhijjah adalah kerana dihimpun ibadah-ibadah

besar di dalamnya, iaitu Solat, Puasa, Sedekah dan Haji, dan itu tidak ada di dalam

bulan yang lain.

 

 

Kelebihan Hari Arafah

 

 

a) Hari paling ramai manusia dibebaskan daripada Neraka:

Sabda Nabi : ( Tiada mana-mana hari yang lebih banyak Allah bebas hamba

padanya dari Neraka berbanding hari Arafah. Sesungguhnya Dia akan mendekat dan

kemudian Dia berbangga dengan mereka kepada para malaikat, lalu Dia berkata:

Apakah yang dikehendaki oleh mereka ini?) [Sahih Muslim].

 

b) Allah Subhanahu wa Taala berbangga kepada para malaikat di petang Arafah:

Daripada Abi Hurairah, beliau berkata: Telah bersabda Rasulullah :

(Sesungguhnya Allah akan berbangga dengan orang-orang Arafah kepada

penduduk Langit, lalu Dia akan berkata kepada mereka: Lihatlah kepada

hamba-hamba-Ku ini! Mereka datang kepada-Ku dalam keadaan kusut masai dan

berdebu). [Sahih Al-Jamie’ 1867]

 

c) Rahmat dan keampunan:

Daripada Ibnu Umar beliau berkata: Telah datang seorang lelaki kepada

Rasulullah sehingga Baginda bersabda: ( Adapun wukufmu di Arafah,

sesungguhnya Allah akan turun ke langit Dunia, lalu Dia akan berbangga dengan

mereka kepada para Malaikat, lalu Dia berkata: Ini hamba-hamba-Ku, mereka datang

kepada-Ku dalam keadaan kusut masai lagi berdebu dari setiap pelosok yang jauh.

Mereka mengharapkan rahmat-Ku dan mereka takutkan azab-Ku sedangkan mereka

tidak melihat-Ku. Bagaimanakah jika mereka melihat-Ku? Sekiranya seperti pasir

yang menimbun, atau seperti bilangan hari-hari Dunia, atau seperti titisan hujan

Langit dosa sekali pun, Allah akan membasuhnya darimu. Manakala lontaranmu

kepada jamrah-jamrah, ia adalah simpanan untukmu. Sementara pencukuran

kepalamu pula, untukmu bagi setiap helaian rambut yang gugur, satu kebaikan.

Apabila kamu tawaf di Bait, kamu akan keluar dari dosa-dosamu seperti hari kamu

dilahirkan oleh ibumu) [berkata Al-Albani: Hadith yang sahih]

 

d) Syaitan menjadi kecil pada hari Arafah:

Daripada Talhah bin Ubaidillah , beliau berkata: Telah bersabda Rasulullah :

(Tidak dilihat Syaitan pada mana-mana hari yang ia lebih kecil, lebih hina, lebih

tertewas, dan lebih marah berbanding hari Arafah, dari sebab apa yang ia lihat dari

penurunan rahmat, pelepasan Allah Taala terhadap perkara-perkara yang besar,

kecuali apa yang diperlihatkan kepadanya pada hari Badar). Maka dikatakan: Apakah

yang ia lihat pada hari Badar? Baginda bersabda: (Ia melihat Jibrail mengatur para

Malaikat). [dikeluarkan oleh Abd Ar-Razzaq di dalam Musonnaf beliau, dengan

no. 8832, serta Imam Malik di dalam Al-Muwatto’]

 

e) Allah melepaskan orang yang berbuat kesalahan kerana orang yang berbuat

kebaikan, dan Dia berikan orang yang berbuat kebaikan apa yang dia minta:

Daripada Bilal bin Rabah , bahawa Nabi telah bersabda pada pagi hari

perhimpunan: (Wahai Bilal! Senyapkan orang ramai -atau diamkan orang ramai)

kemudian Baginda bersabda: (Sesungguhnya Allah mengurniakan kelebihan ke atas

kamu pada hari perhimpunan kamu ini. Dia melepaskan orang yang berbuat

kesalahan kerana orang yang berbuat kebaikan, dan Dia berikan orang yang berbuat

kebaikan apa yang dia minta. Bertolaklah dengan nama Allah.) [berkata Al-Albani:

Hadith yang sahih. Lihat Sahih At-Tirmizi 705]

 

f) Sebaik-baik doa adalah pada hari Arafah:

Daripada Amru bin Syuaib, daripada bapanya, daripada datuknya, bahawa Nabi

bersabda: (Sebaik-baik doa adalah doa pada hari Arafah, dan sebaik-baik apa

yang dikatakan olehku dan nabi-nabi sebelum dariku: Tiada tuhan melainkan Allah,

hanya Dia tiada sekutu bagi-Nya. Milik-Nya segala kerajaan dan milik-Nya segala

pujian, dan Dia terhadap setiap sesuatu Maha Berkuasa) [Sahih Al-Jamie’ 1102]

1

 

 


Ahmad Rahmad

unread,
Nov 2, 2010, 10:26:13 AM11/2/10
to yayasa...@googlegroups.com
salam,thanks for the mails

--- On Mon, 1/11/10, Aminah Aziz <aminah....@gmail.com> wrote:

From: Aminah Aziz <aminah....@gmail.com>
Subject: Re: [15 message] 1 Zulhijjah 1431, 08 November 2010
To: yayasa...@googlegroups.com
Date: Monday, 1 November, 2010, 3:27 AM

Assalammualaikum ,Terima kasih.

2010/10/28 tursun wali <tursu...@yahoo.com>

Risalah Ta’lim YAYASAN

 


--
Yayasan Ta'lim TTDI

--
Yayasan Ta'lim TTDI

Fazlina Muhammad Kamil

unread,
Nov 6, 2010, 10:57:42 AM11/6/10
to yayasa...@googlegroups.com
Salam Tx 4 the mails but any chance of you reminding us when this elusive 10 days will be?

 


From: Ahmad Rahmad <ahma...@yahoo.com>
To: yayasa...@googlegroups.com
Sent: Tue, 2 November, 2010 22:26:13
Subject: Re: [16 message] 1 Zulhijjah 1431, 08 November 2010

Zamli Abdullah

unread,
Nov 6, 2010, 9:24:32 PM11/6/10
to yayasa...@googlegroups.com
The heading reads:

"Sepuluh Hari Permulaan Zulhijjah"

wassalam



2010/11/6 Fazlina Muhammad Kamil <fmk...@yahoo.co.uk>

>
> Salam Tx 4 the mails but any chance of you reminding us when this elusive 10 days will be?
>  
> ________________________________
> From: Ahmad Rahmad <ahma...@yahoo.com>
> To: yayasa...@googlegroups.com
> Sent: Tue, 2 November, 2010 22:26:13
> Subject: Re: [16 message] 1 Zulhijjah 1431, 08 November 2010
>
> salam,thanks for the mails
>
> --- On Mon, 1/11/10, Aminah Aziz <aminah....@gmail.com> wrote:
>
> From: Aminah Aziz <aminah....@gmail.com>
> Subject: Re: [15 message] 1 Zulhijjah 1431, 08 November 2010
> To: yayasa...@googlegroups.com
> Date: Monday, 1 November, 2010, 3:27 AM
>
> Assalammualaikum ,Terima kasih.
> 2010/10/28 tursun wali <tursu...@yahoo.com>
>
> Risalah Ta’lim YAYASAN
>
>  
>
> TA’LIM TTDI KL, NO 42A & 44A LORONG RAHIM KAJAI 14,
>
> TAMAN TUN DR ISMAIL, 60000 KUALA LUMPUR
>
> TEL : 0377282393/0377275067 | FAX : 0377288067
>
> http://www.islamiclearningcentre.com
>
>  
>
> Terbitan Yayasan Ta’lim                   Bil (12) 1 Zulhijjah 1431 / 08 November 2010
>
>  
>
>  
>
> {Demi waktu fajar; Dan malam yang sepuluh (yang mempunyai kelebihan di sisi Allah);
>
> Dan bilangan yang genap serta yang ganjil; Dan malam, apabila ia berlalu; - Bukankah
>
> yang demikian itu mengandungi sumpah (yang diakui kebenarannya) oleh orang yang
>
> berakal sempurna?} [Al-Mulk : 22]
>
>  
>
> Zulhijjah Musim Ibadah
>
>  
>

Barkeh Hanim Jumaat

unread,
Nov 7, 2010, 7:30:39 AM11/7/10
to yayasa...@googlegroups.com
Salam,
1 zulhijjah bermula esok, 8 November 2010. Hence, these 10 days will start tomorrow till wednesday 17 Nov. Rebutlah peluang sebaik mungkin, InsyaAllah




Date: Sat, 6 Nov 2010 07:57:42 -0700
From: fmk...@yahoo.co.uk
Subject: [17 message] when?
To: yayasa...@googlegroups.com
Reply all
Reply to author
Forward
Message has been deleted
0 new messages