PERJANJIAN
SETAN
![](https://ci5.googleusercontent.com/proxy/I8igfifAXPNzp7UxTHMu2TSid8_kyERqdkVdkjSN3mpXzT0D0ULJIy3TQK6fV4j19-Fm5n-12t8PQ5Tc8EII7jXoOy9u4gVW=s0-d-e1-ft#http://www.kitagempur.com/uploads/image/HAMBAPEN2.gif)
“Jika
DAP ikhlas nak tolong PAS, saya terima. Usahlah DAP, Syaitan
pun saya boleh terima,” – YAB Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Bin Nik
Mat, Mursyidul Am PAS dan Menteri Besar Kelantan, 23 Januari 1999.
Selepas menerima persahabatan dengan DAP atas alasan keikhlasan DAP
menerima perjuangan PAS, sudahkah Nik Aziz mengadakan persahabatan
dengan Syaitan kerana saya yakin, orang sehebat Nik Aziz, bila-bila pun
Syaitan ingin mendampingi.
Di dalam peringatan mesyuarat ke 6 Jawatankuasa Kerja Agung PAS
bertarikh 22 Januari 1986, diminitkan seperti berikut,
PERKARA 5.5 – Terdapat cadangan supaya PAS menerima
kerjasama/bantuan dari orang-orang yang bukan Islam.
Setelah menerima pandangan dari Dewan Ulama’ Kelantan dan
dibincangkan secara teliti, maka mesyuarat bersetuju:
5.5.1 – PAS sama sekali tidak boleh/dilarang
bekerjasama dengan mana-mana pertubuhan yang bukan Islam,
5.5.2 – PAS boleh/harus menerima bantuan/kerjasama dari
individu-individu yang bukan Islam.
Nik Aziz hadir di dalam mesyuarat tersebut sebagai Ketua Dewan Ulama
dan Pesuruhjaya PAS Kelantan. Menurut salah seorang saksi yang hadir di
dalam mesyuarat yang bertempat di Markas Tarbiyyah PAS Pusat, Taman
Melewar, Nik Aziz menentang kerjasama dengan DAP dan mana-mana Parti
Politik yang tidak ‘Islamik’ berdasarkan ‘ketinggian’ ilmu
agamanya.
Pandangan Nik Aziz itu konsisten dengan pendirian lampau PAS
berdasarkan kenyataan pada 3 April 1982 yang di buat oleh Yang DiPertua
PAS ketika itu, Dato’ Asri Che Muda yang pernah menafikan pendedahan
Timbalan Presiden UMNO Musa Hitam bahawa wujud ‘unholy alliance’
antara
PAS-DAP.
‘Tok Guru Haji Lah Geting’ atau namanya Tok Guru Abdullah Sa’amah
adalah antara Tok Guru Pondok yang masyhur di Kelantan dan hari ini
telah dengan lantang bangkit menentang Nik Aziz menerusi penulisannya
dan sessi-sessi ceramah di Kelantan.
Penentangan yang dari Tok Guru Haji Lah adalah berdasarkan
‘kesesatan
demi kesesatan Nik Aziz’ yang dianggapnya sanggup ‘memperalatkan
Islam
dan memecah belahkan perpaduan umat Islam yang majoritinya dianuti oleh
bangsa Melayu.’
Di dalam salah satu tulisannya yang muncul di dalam sebuah akhbar
tempatan baru-baru ini, Tok Guru Haji Lah menulis,
‘Penentangan saya terhadap kelompok ini bermula
sejak
tahun 1987 apabila seorang pemimpinnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat
menyatakan sifat 20 Allah SWT direka oleh Greek dan
Yunani. Bagaimanapun saya mendiamkan diri kerana
berpegang kepada dasar parti itu yang kononnya memperjuangkan
Islam’.
Seterusnya Tok Guru Haji Lah menambah,
“Namun selepas berkali-kali melihat dan mendengar
kenyataan yang dibuat oleh Nik Abdul Aziz biar yang bertentangan dengan
Ahli Sunnah wal-Jamaah biar pun telah ditegur, ia mula membuka mata
saya. Kami ahli Persatuan Pondok seMalaysia beberapa kali telah
menasihati beliau tetapi tidak diendahkan.
“Untuk pengetahuan umum, Institusi pondok di Kelantan telah lama
menentang ajaran-ajaran Nik Abdul Aziz tetapi tidak ada siapa berani
bersuara dengan lantang seperti saya kerana telah termakan budi dan
bimbang tidak menerima lagi bantuan seperti mana yang dinikmati hari
ini.
Hari ini diatas kelantangan Tok Guru Haji Lah menentang
‘ajaran-ajaran sesat’ Nik Aziz, pelbagai sekatan telah dipaksakan ke
atasnya oleh Kerajaan Negeri Kelantan termasuklah tidak membenarkan
beliau mengadakan kuliah di masjid-masjid di Negeri Kelantan. Bahkan
sesiapa yang menghadiri kuliah Tok Guru Haji Lah akan disekat daripada
menerima bantuan Kerajaan Negeri Kelantan.
Tok Guru Haji Lah juga turut menulis,
“Saya amat yakin perjuangan ini kerana jelas pakatan
pembangkang yang disertai PAS, Parti Keadilan Rakyat dan DAP akan hanya
menghancurkan umat Islam. Lihat sahaja apa yang berlaku di Pulau Pinang
dan Perak ketika dibawah kerajaan boneka DAP.
“Perkembangan pada masa sekarang menunjukkan DAP yang menjadi
tuan kepada pakatan pembangkang. Datuk Seri Anwar Ibrahim pasti mengikut
telunjuk DAP semata-mata untuk mencapai cita-cita menjadi Perdana
Menteri manakala PAS mengikut membabi-buta sehingga Nik Abdul Aziz dan
Lim Guan Eng tidak jauh bezanya.
(Saya tidak sepenuhnya bersetuju dengan perenggan terakhir di
atas tetapi saya siarkan pandangan Tok Guru Haji Lah kerana dari
beberapa aspek tetap ada kebenarannya. Bagaimanapun saya yakin dan masih
melihat tidak kesemua di dalam PAS yang mengikut membabi buta DSAI.
Namun begitu mereka terpaksa menurut dan menjadikan keputusan jemaah
untuk terus bersama Pakatan Rakyat bagi mengelak perpecahan dan
kemusnahan PAS).
Kita tinggalkan dulu tulisan Tok Guru Haji Lah sehingga saya
berpeluang untuk menemuramah beliau untuk blog ini, dan kembali kepada
kenyataan-kenyataan Nik Aziz sendiri.
Pada Ogos 1963, Dewan Ulama PAS Kelantan mengeluarkan hukum
berikut.
“Orang-orang Islam yang berkongsi dengan orang-orang
kafir untuk memerintah negara, menjadi kafir dan
haram.
Oleh yang demikian, Nik Aziz menghalalkan penumpahan darah menentang
UMNO yang dianggapnya sebagai kafir kerana bekerjasama dengan MIC, MCA,
Gerakan dan lain-lain parti yang diterajui oleh bukan Islam dari Sabah
dan Sarawak dengan berkata,
“Jika melawan UMNO tiba-tiba meninggal dunia, maka
kita dikira mati syahid,” kata Nik Aziz di dalam kuliahnya di
masjid Kg Pulau Melaka.
Pada 3 Julai 1999 di Pengkalan Chepa, Nik Aziz berkata,
“Terdapat unsur kafir dalam UMNO kerana parti itu
menolak Islam dalam pentadbiran negara, UMNO juga ada ciri-ciri
kafir.
Bagaimanapun beberapa bulan sebelum itu iaitu pada 12 Mei 1999, Nik
Aziz menekankan bahawa demi memastikan hubungan dengan DAP berjaya, PAS
sanggup tidak mendirikan Negara Islam. Katanya,
“Kita bersyukur dengan pendirian DAP sekarang kerana
mereka sudah berubah sikap dan sanggup bekerjasama dengan PAS, asalkan
tidak mendirikan negara Islam.
Pada 4 Ogos 2001, Nik Aziz menekankan ketiadaan hasrat menubuhkan
Negara Islam dengan berkata,
“Bukan sahaja dalam manifesto, dalam perlembagaan
PAS
sendiri memang tidak mengandungi satu perkataan pun untuk menubuhkan
sebuah negara Islam, dia (DAP) boleh tengok sendiri perlembagaan
itu.
Tetapi kata-kata Nik Aziz berubah-ubah mengikut khalayaknya kerana
sebelum itu pada 24 Januari 1999 Nik Aziz memberitahu khalayaknya bahawa
DAP sebenarnya mahu menolong Kerajaan Islam yang diusulkan oleh PAS,
kata Nik Aziz,
“Siapa yang nak tolong Kerajaan Islam, kami sebagai
pemimpin Islam mesti terima sama ada DAP, MCA dan MIC. Kalau nak tolong
mengapa kita tolak. Jika DAP ikhlas nak tolong PAS, saya terima. Usahkan
DAP, syaitan pun saya terima.
Benarkah DAP mahu menolong Kerajaan Islam? Adakah DAP akan mengundi
bersama dengan wakil-wakil Rakyat PAS bagi meluluskan pindaan
perlembagaan yang membolehkan Hukum Hudud dilaksanakan? Atau PAS yang
terpaksa menolak hasratnya untuk melaksanakan undang-undang Islam dan
mewujudkan Negara Islam bagi mengikat DAP untuk mendampingi mereka?
Sebaliknya apa yang berlaku ialah Nik Aziz yang ingin menolong DAP
atau di dalam bahasa Nik Aziz, Islam yang menolong kafir apabila Nik
Aziz berkali-kali mempertahankan DAP.
Pada 25 Jun 1999, Nik Aziz berkata,
“PAS sedia gugur slogan negara Islam, jadi untuk
mencari perdamaian itu (dengan DAP), setakat mana yang boleh kita hendak
kepada Islam, tapi kalau nampak menyusahkan tak
apa…
Lantaran pada 6 November 1999, Nik Aziz berkata lagi,
“PAS boleh terima pemimpin DAP jadi Perdana Menteri,
tidak ada apa, asalkan dia terima syarat yang ditetapkan oleh Barisan
Alternatif.
Kenyataan Nik Aziz ini ternyata amat berbahaya kepada Masyarakat
Islam kerana di dalam Pakatan Rakyat hari ini, PAS adalah parti yang
minoriti. Oleh yang demikian sudah tentu syarat bukan PAS yang boleh
mendabik dada membuat syarat kepada DAP.
Saya tidak dapat salahkan Tok Guru Haji Lah apabila pada pandangan
beliau yang tinggi ilmu agamanya menyelar Nik Aziz sebagai sesat, kerana
pada 23 April 1994, Nik Aziz telah berkata,
“Jika ada parti lain yang menentang kepimpinan PAS
menjalankan pemerintahan cara Islam, ia adalah
haram.
Dan pada 12 Ogos 2009 yang lalu, Nik Aziz berkata,
“DAP kalau hina Islam pasal dia bukan Islam. Yang
orang Islam tolak itu lebih menghina Islam…
Di dalam kerakusannya untuk mempertahankan tampuk kuasa dan di dalam
kerakusannya menubuhkan Kerajaan Pusat di peringkat persekutuan Nik Aziz
sanggup menjadi mengkarung yang boleh berubah-rubah rupa bentuk dan
warnanya. Di dalam bahasa Kelantan ia dipanggil Pok Kor.
Yang lebih menakutkan ialah jika dia menjadi Pok Kor Angguk. Yang
akan mengangguk-anggukkan kepalanya sepanjang masa. Dan akan
menganggukkan sahaja kepalanya kepada DAP yang merupakan parti terbanyak
perwakilan di Dewan Rakyat di dalam Pakatan Rakyat.
Gemullah Tok Guru Haji Lah Lubuk Tapah sewaktu hidupnya juga seperti
Tok Guru Haji Lah Pondok Geting gelisah dengan pendirian Nik Aziz yang
sering bagi para Tok Guru terlalu mempolitikkan agama atau dengan bahasa
kasarnya, menjual agama untuk menghalalkan politiknya.
Kegelisahan itu menjadi-jadi bila Nik Aziz secara terbuka berkata
sanggup berkawan dengan Syaitan, berkata Allah gedebe atau samseng,
Allah mencarut di dalam Al Quran dan lain-lainnya contohnya bila Nik
Aziz berkata adalah halal untuk makan tupai.
Saya membaca kembali transkrip ucapan Nik Aziz ketika beliau berkata
Allah mencarut di dalam Al Quran ternyata di dalam menghalalkan
penggunaan kalimah ‘p***mak’ oleh Shahnon Ahmad di dalam buku
Shit,
Nik Aziz telah mengelirukan khalayaknya dengan menyamakan definisi
mencarut atau di dalam bahasa Kelantan sebagai ‘menyapung’
adalah sama dengan tafsiran bagi ungkapan maki hamun.
Di dalam menghalalkan segala aspirasi politiknya, Nik Aziz telah
tergamak memanusiakan Allah SWT. Nik Aziz mewarnakan sifat-sifat Allah
yang Esa dengan sifat-sifat manusia.
Bahkan Nik Aziz berkata pada 29 April 1999,
“Islam tidak melarang umatnya mengeluarkan perkataan
mencarut dan mencaci sesorang jika kena pada tempat dan masanya, kerana
ia sudah menjadi salah satu naluri.
“Bagi saya, beliau (Nik Aziz) bukan lagi Musyidul Am tapi Mudalilul
Am (Penyesat Umum). Beliau orang yang sesat, itu hakikatnya,” kata Tok
Guru Ayah Haji Lah, Pengasas Pondok Geting dan Ahli Majlis Tertinggi
Persatuan Pondok Kelantan.
![MC 08](https://ci4.googleusercontent.com/proxy/mHvOqPekAXTs0CPor5btyEuOLmARZHETJ0Y_58qrj2WkWjZmFJzlhg6qU4WbzuhIPWFDvXNDb1CKDMJVE6D3RLRQ1y9xdAW7v7GEFbfaz4Pg9T-KKVsW=s0-d-e1-ft#http://kickdefella.files.wordpress.com/2010/04/mc-08.jpg?w=510&h=701) ![MC 09](https://ci6.googleusercontent.com/proxy/2_ssbyvj4bPG9z0hQ8UDVgPF1oqmRw38uC9v00vzyvXYvbpYMaXbio5YzUk08PzylgfEDuHRTTYQcsGuu7bXQiFeLDz3rk_h9WI9Wh72rvYz6l6V_1-N=s0-d-e1-ft#http://kickdefella.files.wordpress.com/2010/04/mc-09.jpg?w=510&h=701) ![MC 10](https://ci6.googleusercontent.com/proxy/iuAEuKIaKxJ62oYMmsYt7D8taL_rrG1Kl51gx5eIhmr6T2UwX8KAqlC4pL8nvwRJxtX7fIFQUelKGTBQhs9RlZQmCmaltwESPIQi42LsLFIfE5wndQcF=s0-d-e1-ft#http://kickdefella.files.wordpress.com/2010/04/mc-10.jpg?w=510&h=701) ![MC 11](https://ci5.googleusercontent.com/proxy/1ixNEbriUyq5JYdz69pATV11jtkIisTWIaJ445QS8oSNCYHP4wqUxuKlPvsTryxlxvGXHuQRlXDSlZnR87UGuK0G-dwbcF2iJLkeXFhKAF_zNUInyY33=s0-d-e1-ft#http://kickdefella.files.wordpress.com/2010/04/mc-11.jpg?w=510&h=701)
|