Tunai Dulu Janji Lama, Pengundi Hulu Selangor Tidak Mudah Lupa

0 views
Skip to first unread message

Nik Aziz

unread,
Apr 12, 2010, 12:20:53 PM4/12/10
to xmes...@googlegroups.com
 

KITAGEMPUR.net

JOM KITA GEMPUR PAKATAN HARAM!!

Tunai Dulu Janji Lama, Pengundi Hulu Selangor Tidak Mudah Lupa


Hulu Selangor, 12 April 
Pengundi di kawasan ini tidak seharusnya termakan dengan pelbagai gula-gula kerajaan negeri pakatan pembangkang sepanjang tempoh berkempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Hulu Selangor bermula 17 April ini yang hanya sekadar untuk memancing undi.
Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Ahmad Shabery Cheek, berkata kerajaan negeri pakatan pembangkang sepatutnya menunaikan terlebih dahulu banyak janji yang mereka taburkan pada pilihan raya umum lalu sebelum berani membuat janji baru.
Saya difahamkan mereka dah mula buat janji baru nak bantu penduduk di sini dengan macam-macam, beg sekolah, lampin, beras dan sebagainya.
Kita nak tahu apa dah jadi dengan janji mereka yang lepas.
Lunaskan dulu janji pilihan raya umum lalu baru buat janji baru.
Kita yakin pengundi tak mudah untuk digula-gulakan, katanya.
Beliau berkata demikian pada majlis kenduri rakyat dan perjumpaan dengan jentera Barisan Nasional (BN) di Peti Undi Sungai Dusun di sini, malam tadi.
Jelasnya lagi pakatan pembangkang terpaksa menaburkan pelbagai janji baru untuk menutup pelbagai kepincangan pentadbiran mereka sepanjang dua tahun yang lalu.
Kita ada pengalaman di Terengganu, bila mereka menang tiada satu pun janji mereka tunaikan malah mereka bertindak zalim terhadap rakyat dengan menghalau kanak-kanak tadika, menutup balai raya, haling guna surau dan sebagainya.
Keadaan yang sama sebenarnya berlaku di negeri ini bila banyak dewan, balai raya ditutup mereka kata nak tutup kedai judi, kilang arak tapi bila perintah mereka tak buat pun apa yang mereka janjikan, ujarnya yang juga Ahli Parlimen Kemaman.
Justeru tambah beliau PRK kali ini adalah penting untuk penduduk khususnya pengundi menebus maruah mereka dari terus diperdaya pakatan pembangkang.
PRK kali ini bukan kerana beras, jalan raya, lampin bayi dan sebagainya tapi maruah yang tidak boleh dijual beli,katanya.
Mengenai calon MIC yang akan mewakili BN di Parlimen Hulu Selangor, beliau berkata ini menjadi bukti betapa BN merupakan parti yang sentiasa mempertahankan konsep toleran antara kaum.
Walaupun negara kita terdiri dari pelbagai kaum tetapi kita hidup dalam keadaan aman dan harmoni kerana kerajaan yang dipimpin BN sentiasa mempertahankan toleransi antara kaum, ujarn

gRaFik pAKaTan


JOM NENGOK N.AJIS  MAKAN SELIPAR KAT SINI!!!


To stop receiving these emails please unsubscribe.
POWERED BY KITAGEMPUR.COM
 


Reply all
Reply to author
Forward
0 new messages