\Kesilapan
Kerap Muslim Dalam Bulan Ramadhan
Oleh: Dr Zaharuddin Abd Rahman (www.zaharuddin.net)
Nabi Muhammad s.a.w. bersabda maksudnya:
“Sesiapa berpuasa pada Ramadan dengan penuh keimanan dan keikhlasan,
diampunkan dosanya yang telah lalu.”
(Hadis riwayat Bukhari, Muslim dan Ahmad).
Alangkah ruginya jika kebanyakan umat Islam mensia-siakan atau tidak memanfaatkan
kedatangan Ramadan yang sebentar itu dengan kerja kebajikan. Perkara ini
kerana pada bulan inilah Allah memberi banyak keistimewaan iaitu berupa
ganjaran pahala berganda bagi setiap amalan baik yang dikerjakan. Ia tidak
dikurniakan Allah pada bulan lain. Namun, kemampuan untuk mendapatkan kesempurnaan
pahala Ramadhan kerap kali tergugat akibat kekurangan ilmu dan kekurangperihatinan
umat Islam kini.
Antara yang dimaksudkan adalah :-
1) Makan dan minum dengan bebas setelah batal puasa dengan sengaja
(bukan kerana uzur yang diterima Islam).
Perlu diketahui bahawa sesiapa yang batal puasanya dengan sengaja tanpa
uzur seperti mengeluarkan mani secara sengaja, merokok, makan dan minum,
ia dilarang untuk makan dan minum lagi atau melakukan apa jua perkara yang
membatalkan puasa yang lain sepanjang hari itu. Ia dikira denda yang pertama
baginya selain kewajiban menggantikannya kemudiannya. Keadaan ini disebut
di dalam sebuah hadith,
Ertinya : "Sesungguhnya sesiapa yang telah makan (batal puasa) hendaklah
ia berpuasa baki waktu harinya itu" (Riwayat al-Bukhari)
2) Makan sahur di waktu tengah malam kerana malas bangun di akhir malam.
Jelasnya, individu yang melakukan amalan ini terhalang dari mendapat keberkatan
dan kelebihan yang ditawarkan oleh Nabi SAW malah bercanggah dengan sunnah
baginda. "Sahur" itu sendiri dari sudut bahasanya adalah waktu
terakhir di hujung malam. Para Ulama pula menyebut waktunya adalah 1/6
terakhir malam. Imam Ibn Hajar menegaskan melewatkan sahur adalah lebih
mampu mencapai objektif yang diletakkan oleh Nabi SAW.
3) Bersahur dengan hanya makan & minum sahaja tanpa ibadah lain.
Ini satu lagi kesilapan umat Islam kini, waktu tersebut pada hakikatnya
adalah antara waktu terbaik untuk beristigfar dan menunaikan solat malam.
Firman Allah ketika memuji orang Mukmin ertinya : "dan
ketika waktu-waktu bersahur itu mereka meminta ampun dan beristighfar"
(Az-Zariyyat : 18)
يا رسول الله , أي الدعاء أسمع ؟ : قال : جوف
الليل الأخير ودبر الصلوات المكتوبة
Ertinya : "Ditanya kepada Nabi (oleh seorang sahabat) : Wahai Rasulullah
:" Waktu bilakah doa paling didengari (oleh Allah s.w.t) ; Jawab Nabi
: Pada hujung malam (waktu sahur) dan selepas solat fardhu" (Riwayat
At-Tirmidzi)
4) Tidak menunaikan solat ketika berpuasa.
Ia adalah satu kesilapan yang maha besar. Memang benar, solat bukanlah
syarat sah puasa. Tetapi ia adalah rukun Islam yang menjadi tonggak kepada
keislaman sesorang. Justeru, ‘ponteng' solat dengan sengaja akan menyebabkan
pahala puasa seseorang itu menjadi ‘kurus kering' pastinya.
5) Tidak mengutamakan solat Subuh berjemaah sebagaimana Terawih.
Ini jelas suatu kelompongan yang ada dalam masyarakat tatkala berpuasa.
Ramai yang lupa dan tidak mengetahui kelebihan besar semua solat fardhu
berbanding solat sunat, terutamanya solat subuh berjemaah yang disebutkan
oleh Nabi SAW bagi orang yang mendirikannya secara berjemaah, maka beroleh
pahala menghidupkan seluruh malam.
6) Menunaikan solat terawih di masjid dengan niat inginkan meriah.
Malanglah mereka kerana setiap amalan di kira dengan niat, jika niat utama
seseorang itu (samada lelaki atau wanita) hadir ke masjid adalah untuk
meriah dan bukannya atas dasar keimanan dan mengharap ganjaran redha Allah
sebagaimana yang ditetapkan oleh Nabi SAW di dalam hadith riwayat al-Bukhari.
Maka, "Sesungguhnya
sesuatu amalan itu dikira dengan niat". (Riwayat al-Bukhari)
7) Bermalasan dan tidak produktif dalam kerja-kerja di siang hari
dengan alasan berpuasa.
Sedangkan, kerja yang kita lakukan di pejabat dengan niat ibadat pastinya
menambahkan lagi pahala. Justeru, umat Islam sewajarnya memperaktifkan
produktiviti mereka dan bukan mengurangkannya di Ramadhan ini.
8) Memperbanyakkan tidur di siang hari dengan alasan ia adalah ibadat.
Sedangkan Imam As-Sayuti menegaskan bahawa hadith yang menyebut berkenaan
tidur orang berpuasa itu ibadat adalah amat lemah. (al-Jami' as-Soghir;
Faidhul Qadir, Al-Munawi, 6/291)
9) Menganggap waktu imsak sebagai ‘lampu merah' bagi sahur.
Ini adalah kerana waktu imsak sebenarnya tidak lain hanyalah ‘lampu amaran
oren' yang dicadangkan oleh beberapa ulama demi mengingatkan bahawa waktu
sahur sudah hampir tamat. Ia bukanlah waktu tamat untuk makan sahur,
tetapi waktu amaran sahaja. Lalu, janganlah ada yang memberi alasan lewat
bangun dan sudah masuk imsak lalu tidak dapat berpuasa pada hari itu. Waktu
yang disepakti ulama merupakan waktu penamat sahur adalah sejurus masuk
fajar sadiq (subuh). (As-Siyam, Dr Md ‘Uqlah, hlm 278)
10) Wanita berterawih beramai-ramai di masjid tanpa menjaga aurat.
Ini nyata apabila ramai antara wanita walaupun siap bertelekung ke masjid,
malangnya kaki dan aurat mereka kerap terdedah dan didedahkan ketika berjalan
dan naik tangga masjid di hadapan jemaah lelaki. Tatkala itu, fadhilat
mereka solat di rumah adalah lebih tinggi dari mendatangkan fitnah buat
lelaki ketika di masjid.
11) Memasuki Ramadhan dalam keadaan harta masih dipenuhi dengan harta haram,
samada terlibat dengan pinjaman rumah, kad kredit, insuran, pelaburan dan
kereta secara riba.
Ini sudah tentu akan memberi kesan yang amat nyata kepada kualiti ibadah
di bulan Ramadhan, kerana status orang terlibat dengan riba adalah sama
dengan berperang dengan Allah dan RasulNya, tanpa azam dan usaha untuk
mengubahnya dengan segera di bulan 'tanpa Syaitan' ini, bakal menyaksikan
potensi besar untuk gagal terus untuk kembali ke pangkal jalan di bulan
lain.
Nabi Muhammad menceritakan :-
ذَكَرَ الرَّجُلَ يُطِيلُ السَّفَرَ أَشْعَثَ
أَغْبَرَ يَمُدُّ يَدَيْهِ إلى السَّمَاءِ
يا رَبِّ يا رَبِّ وَمَطْعَمُهُ حَرَامٌ
وَمَشْرَبُهُ حَرَامٌ وَمَلْبَسُهُ حَرَامٌ
وَغُذِيَ بِالْحَرَامِ فَأَنَّى يُسْتَجَابُ
لِذَلِكَ
Ertinya : menyebut tentang seorang pemuda yang bermusafir dalam perjalanan
yang jauh, hal rambutnya kusut masai, mukanya berdebu di mana dia mengangkat
tangan ke langit : Wahai Tuhanku...wahai Tuhanku... sedangkan makanannya
haram, minumannya haram dan pakaiannya haram..Dan dia dibesarkan dengan
memakan makanan haram maka bagaimana Kami mahu mengabulkan doanya. (Riwayat
Muslim)
Justeru, bagaimana Allah mahu memakbulkan doa orang yang berpuasa sedangkan
keretanya haram, rumahnya haram, kad kreditnya haram, insurannya haram,
simpanan banknya haram, pendapatannya haram?. Benar, kita perlu bersangka
baik dengan Allah, tetapi sangka baik tanpa meloloskan diri dari riba yang
haram adalah penipuan kata Imam Hasan Al-Basri.
12) Tidak memperbanyakkan doa tatkala berpuasa dan berbuka.
Ini satu lagi jenis kerugian yang kerap dilakukan oleh umat Islam. Nabi
SAW telah menyebut, yang bererti:
"Tiga golongan yang tidak ditolak doa mereka, pemimpin yang adil,
individu berpuasa sehingga berbuka dan doa orang yang di zalimi"
(Riwayat At-Tirmizi)
Selain itu, doa menjadi bertambah maqbul tatkala ingin berbuka berdasarkan
hadith.
Ertinya : "Sesungguhnya bagi orang berpuasa itu ketika berbuka (atau
hampir berbuka) doa yang tidak akan ditolak" (Riwayat Ibn Majah)
(ppE)****************************************************************************************
Disclaimer:
This message is intended only for the use of the person to whom it is expressly
addressed and may contain information that is confidential and legally
privileged. If you are not the intended recipient, you are hereby notified
that any use, reliance on, reference to, review, disclosure or copying
of the message and the information it contains for any purpose is prohibited.
If you have received this message in error, please notify the sender by
reply e-mail of the misdelivery and delete all its contents.
Opinions, conclusions and other information in this message that do not
relate to the official business of Malayan Banking Berhad (Etiqa) shall
be understood as neither given nor endorsed by it.
**********************************************************************************************
This electronic mail content and any accompanying attachments ("the Message") is intended only for the named addressee ("the Recipient") and may contain information that is confidential, privileged and/or proprietary to the Sime Darby group of companies ("Sime Darby") and/or protected under applicable laws. If you are not the intended Recipient, you are strictly prohibited from using, disseminating, forwarding and/or printing the Message. Please notify the sender immediately by return e-mail and permanently delete all copies of the Message. Sime Darby disclaims all liability for any error, loss or damage arising from the Message being infected by computer virus or other malicious software. Any views and/or opinions expressed in the Message are solely those of the author's and do not necessarily represent those of Sime Darby's.