Re: [MCOBA Mail] Tindakan SEGERA: Gores dan Menang bentuk baru

10 views
Skip to first unread message

Nik A. Azmi

unread,
Feb 27, 2014, 10:16:22 AM2/27/14
to MCOBA E-Group, MCOBA Bargreaves Ballerz, Woodstock69
San.

You pun ada dalam e-group ni. Bila nak tutup atau serah your MCOBA-MALAYSIA to MCOBA???????

SORAK!!!
ThxSalam&BestRegards.
Nik A. Azmi
H/P: +60193634033
Sent from my BlackBerry 10 smartphone.
From: Sanusi
Sent: Thursday, 27 February 2014 22:09
Subject: [MCOBA Mail] Tindakan SEGERA: Gores dan Menang bentuk baru



بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليکم ورحمة الله وبرکاته

Tidak lama dulu, masyarakat kota dilanda penipuan dikenali "gores dan menang". Selepas pendedahan dan tindakan diambil oleh masyarakat setempat kegiatan itu terhenti. Kini muncul penipuan berbentuk baru.

Pada 12hb Feb 2014 saya dan isteri sedang menolak trolley menuju ke kereta di TESCO Seremban Jaya. Kami dihampiri oleh 2 orang India yang terus menghulurkan sekeping envelop. Kami terus mencampakkan envelop kedalam trolley tanpa membukanya kerana kami tahu ini semua mungkin suatu penipuan. Setelah mengosongkan isi trolley kedalam kereta, India itu datang semula sambil bertanya kepada isteri saya," kakak dapat apa dalam envelop tadi?". Hendak, tak hendak, isteri membuka envelop itu. India itu terus gembira sambil berkata," kakak menang hadiah minyak petronas percuma bernilai RM500.00. Kakak dapat 10 keping voucher RM50 dan boleh tunaikan voucher dimana mana stesen minyak petronas. Kakak tak perlu beli apa apa barang, cuma pergi ambil voucher di pejabat kami di pusat bandar senawang". Dia ikut kami terus ke pejabatnya. Kemudiannya kami dapat tahu India itu menggunakan modus operandi yang sama untuk memperdayakan semua mangsa.

Disini pelbagai lakonan dimainkan olih semua kakitangan yang terdiri dari semua orang India (lelaki dan perempuan) , 1 orang pondan Cina, dan seorang lelaki Cina (bosnya) kononnya kami sangat bertuah akan dapat ganjaran wang yang paling lumayan. Kami diminta membawa RM100,000.00 besoknya kerana kami akan dapat RM200,000.00 kalau nanti kupon ditangan kami di scan dan dilihat kosong. Sedang kami bangun hendak pulang, kami diminta meninggalkan RM5,000.00 untuk mempastikan kami datang semula besok dengan RM100,000.00. Kami enggan bayar. Dengan cepat pondan Cina itu berkata, " abang takut kena tipu kan? Kami bagi abang barang bernilai lebih 6 ribu rgt. sebagai cagaran sekarang. Besok abang datang bawak RM100,000.00 dengan barang barang itu sekali. Kami akan pulangkan balik duit abang RM5,000.00 itu. Saya tanya," kalau kamu taknak pulangkan, macam mana?".

Jawabnya, "saya bagi resit RM5,000.00 dan saya akan tulis ayat tersebut." Saya pun serahkan RM5,000.00 tunai dan dia tulis atas resit tersebut "RM5,000.00 akan dikembalikan bila barang barang ini dikembalikan pada 13/2/2014".

Sampai dirumah kami berdua berbincang. Saya kata,"macam mana kalau ini satu kes penipuan? sebab mudah sangat nak dapat RM200,000.00!". Untuk kepastian, malam itu kami pergi berjumpa sarjan bertugas di balai polis senawang untuk mendapatkan pendapat. Sarjan itu mengatakan ini sebenarnya kes penipuan. JANGAN bawa RM100,000.00 itu.

Besoknya kami disertai sarjan itu dan seorang koporal (semua berpakaian preman), pergi kepejabat itu membawa barang barang berkenaan. Saya minta dipulangkan RM5,000.00. Bosnya enggan membayar balik RM5,000 itu. Katanya,"kalau setaf saya yang tulis dalam resit macam itu, mintak duit itu pada dia, company tak akan bayar balik".

Kami pun pergi buat aduan ke KDN Seremban. Sampai dikaunter, isteri saya berkata," puan, saya nak buat aduan penipuan..". Belum sempat ayatnya habis, petugas dikaunter teruskan ayat isteri saya,"berkenaan syarikat Mega Leader Enterprise!".


 Saya tanya," macam mana puan tahu?".

"Memang banyak kes aduan terhadap Mega Leader Enterprise kami terima tiap hari", jawabnya. Dikaunter sebelah seorang lelaki India dengan amat marah berkata pada saya," Itu David (India yang kami jumpa di TESCO Seremban Jaya) BAAABI la. Saya pun kena" (RM15,000.00).

Hari ini (khamis, 27hb feb 2014), kami hadhir di proceeding Tribunal Aduan Pengguna KDN Seremban. Presiden Tribunal ialah seorang lelaki India. Sungguh ramai pengadu terhadap penipuan Mega Leader Enterprise pada proceeding hari ini. Wakil  syarikat tidak hadhir walaupun pada hari hari sebelumnya. Presiden hari ini amat prihatin nasib semua mangsa yang ditipu dan mengeluarkan perintah supaya semua wang yang diambil syarikat dikembalikan tertakluk had maksima RM25,000 (had kuasa Tribunal). Ada mangsa yang juga hadhir pada proceeding hari sebelumnya, berkata presidennya ialah seorang perempuan Melayu. Dia mengatakan bahawa Presiden Melayu itu sungguh teruk. Sudahlah ada yang hilang RM100,000.00 (seorang jurutera) mangsa mangsa dimarah dan dibodohkan kerana senang ditipu. Saya harap tidak ada pihak atasan badan berkuasa yang terlibat dalam sindikit penipuan ini.

Seorang lagi mangsa, lelaki Melayu (sudah pencen) berkata kegiatan ini sudah bermula dari kira kira Julai tahun lepas tapi masih aktif kegiatannya. Maklumat yang diterima walaupun Tribunal sudah mengeluarkan perintah pulangkan semua wang yang ditipu, namun belum ada yang berjaya dapatkan semula wang mereka. Saya percaya ramai lagi mangsa yang tidak melaporkan kepada KDN kerana saya masih nampak mereka (penipu penipu) bergiat cergas di dataran Senawang, TESCO, ECONSAVE dan tempat tempat lain di Seremban ini.

Akhirkata saya mushkil:
a. Kenapa polis tidak mengambil tindakan menangkap pemilik dan pekerja pekerja terlibat kerana ini terang terang kes jenayah menipu orang ramai.

b. Kenapa pihak KDN tidak mengambil tindakan seterusnya apabila syarikat penipu itu engkar perentah Tribunal.

Saya mohon kisah ini disebarkan oleh pembaca seluasluasnya melalui semua media (cetak dan cyber) agar kegiatan penipu/perompak ini dapat dibenteras dan menyelamatkan mangsa mangsa lain. Ada mangsa bercerita telah mengeluarkan simpanan tabung haji, ASB dan sebagainya. Kini lebur begitu sahaja. Rata rata yang saya temui mangsa sasaran mereka ialah golongan Melayu dan yang sudah berumur/pencen.


سنوسي بن باجوري

 

Sanusi
mckk batch 68, Ahmad Hse,
Moderator, MCOBA-MALAYSIA; MCOBANS,
mcoba life member 00054
017-624-1930;
sshas...@gmail.com
Seremban N. Sembilan


--
<IMPORTANT: I, the author of this email, hereby confirm that I address it to "mcoba-mail" and no other. I am solely and singly responsible for the contents herein. Please do not forward my email without my prior approval.
Official Mailing List: mcoba...@googlegroups.com
Official Website: http://www.mcoba.net
Official Facebook Page: http://www.facebook.com/mcoba
Official Twitter: http://www.twitter.com/mymcoba>
If you do not want to receive mcoba-mail anymore, send email to mcoba-mail+...@googlegroups.com.
---
You received this message because you are subscribed to the Google Groups "MCOBA Mail" group.
To unsubscribe from this group and stop receiving emails from it, send an email to mcoba-mail+...@googlegroups.com.
For more options, visit https://groups.google.com/groups/opt_out.

Reply all
Reply to author
Forward
0 new messages