Assalamu’alaikum wbt,
Alhamdulillah, Majalah SINERGI Edisi Ke-6 yang membawa tema “Sirnakan Kelam, Sinarkan Cahaya” memberikan respon positif dari para pembaca. Penyampaian ke arah muhasabah kali ini bagi menyedarkan dan menguatkan para pembaca melakukan perubahan ke arah kebaikan bagi melahirkan kembali umat Islam yang berkualiti amat kami syukuri. Semoga SINERGI akan terus mampu mentarbiyyah umat Islam keseluruhannya.
Terima kasih juga kepada semua pembaca yang sudi memberikan komen dan kata-kata semangat kepada kami untuk kami terus meningkatkan kualiti majalah SINERGI ini. InsyaAllah kami akan sentiasa prihatin menerima komen pembaca di emelsynergym...@gmail.com atau sms ke 019-4544871. Komen anda amat kami perlukan.
InsyaAllah kepada yang belum mendapatkan edisi terbaru majalah SINERGI, pastikan anda mendapatkannya secepat mungkin sebelum stok habis lagi.
bagi memudahkan proses pembelian para pembeli, kami dari pihak Synergy Media menyediakan satu kaedah belian yang mudah jika anda tidak mampu mencari dan membeli dari pengedar kawasan anda.
anda hanya perlu muat turun (download) dan mengisi Borang Belian Individukemudian hantar ke emel kami di synergym...@gmail.com
Kaedah ke-2, anda boleh lebih mudah mendapatkan Majalah Sinergi setiap edisi dengan melanngan mengikut kehendak anda..hanya isi Borang Langganan Majalah Sinergi dan hantar ke synergym...@gmail.com.