Download Kitab Usuluddin Pdf File

0 views
Skip to first unread message
Message has been deleted

Katja Gains

unread,
Jul 10, 2024, 10:19:07 AM7/10/24
to wahrmifihill

The article attempts to introduce the paramount importance of kitab Jima' al-'Ilm written by al-Shafi'i in relation with the emergence of anti-hadith. This book contains dialogue and debates that have taken place between al-Shafi'i and his opponents and considered as the earliest document indicates the existing certain groups or individuals that questioned or repudiated the authority of hadith. It also tries to identify the unnamed opponents that have disputation with al-Shafi'i.

Download Kitab Usuluddin Pdf File


DOWNLOAD https://xiuty.com/2yUImU



Bahkan ada setengah kitab Usuluddin dalam membicarakan tentang mabadi(pembukaan atau sari kata) Ilmu ini seperti yang tercatit di dalam kitab Peta Aqidah Tauhid jilid pertama yang di susun oleh Imanuddin Yahya bagi Pasentren Islam Al Ansar Tanjung Pura Langkat bahawa:

Ilmu usuluddin dinamakan ilmu tauhid kerana pokok pembahasannya bertujuan memurnikan keesaan Allah SWT, di samping memantapkan keyakinan terhadap pokok-pokok kepercayaan lainnya. Hal ini kerana ilmu tauhid menerangkan kepercayaan tentang wujud Allah SWT dan sifat-sifat yang wajib, mustahil dan harus yang ada pada Allah SWT. Demikian pula tentang sifat-sifat yang wajib, mustahil dan harus ada pada rasul-rasul-Nya. Penamaan ilmu usuluddin dengan ilmu akidah atau akaid kerana dua hal yang disebut terakhir ini merupakan padanan ilmu tauhid.

Selepas 4 tahun beliau belajar di sana, beliau telah berpindah dan belajar kepada Haji Ahmad Kubang Pasir, Binjai Lima. Namun selepas 2 tahun, gurunya itu telah meninggal dunia. Selepas kematian gurunya itu, beliau telah menyambung pengajiannya di pondok Perigi. Di sana beliau telah berguru dengan Tuan Guru Haji Ahmad bin Abd al-Wahhab al-Fusani iaitu seorang tokoh ulama terkenal dalam bidang usuluddin, qiraat dan ilmu falak di Patani ketika itu.

Kerana keahliannya dalam bidang usuluddin, tidak hairanlah beliau lebih menumpukan dakwahnya dalam bidang tersebut. Menurut murid yang juga menantunya Tuan Guru Ghazali Ahmad, beliau mengajar kedua-dua kitab iaitu kitab jawi dan kitab arab.

Ayah Dir adalah seorang pakar didalam bidang akidah Ahli Sunnah wa al-Jama`ah. Kepakaran beliau itu bukan hanya digunakan untuk mengajar kitab-kitab akidah yang telah ada pada zamannnya tetapi beliau juga telah mengarang kitab-kitab yang banyak dalam bidang terbabit. Kitab-kitabnya itu telah banyak diterbitkan di Fatani dan banyak digunakan di pondok-pondok di Fatani dan Malaysia sehingga kini.

4. Cermin Suluhan Pada Menyatakan Hukum Sembelihan. Beliau telah selesai mengarang kitab ini pada 8 syawal 1377 hijrah bersamaan dengan 26 april 1958 masihi di kampung Wakaf Budi, Sekam. Kitab setebal 20 halaman ini membincangkan tentang hukum haram makan binatang sembelihan yang telah sampai kepada harakat mazbuh dengan yakin atau zhan atau syak serta terpancar-pancar darah atau mengelupur selepas itu.

6. Tashil al-Dhu`afa Waradda Ba`du Aqwal al-Sufaha. Kitab ini telah siap dikarang pada akhir rejab tahun 1385 hijrah bersamaan November 1965 masihi. Kitab setebal 35 halaman ini membincangkan tentang i`tikad yang perlu dipelajari oleh kanak-kanak yang baru hendak belajar ilmu agama orang-orang tua yang baru kembali hendak belajar. Ia juga membincangkan berkaitan rukun-rukun Islam dan rukun iman. Antara lain yang dibincangkan di dalam kitab ini juga adalah berkaitan istilah dan penerangan hukum aqal, hukum adat dan hukum syarak. Pada bahagian akhir kitab ini beliau telah menasihatkan kepada masyarakat supaya jangan mengambil sikap tidak peduli kepada hal-hal berkaitan agama dan perkara akhirat.

7. Ta`lim al-Aulad Fi Zikr Ba`du Aqwal al-`Ibad. Kitab ini telah selasai dikarang oleh beliau pada 3 muharram 1387 hijrah bersamaan 11 april 1967 masihi. Kitab setebal 26 halaman ini membincangkan tentang hal-hal berkaitan hati yang perlu dijauhi serta beberapa pengajaran untuk menggerakkan seseorang hamba kepada membanyakkan amal kepada Allah. Di dalam kitab ini juga beliau menyeru supaya membanyakkan amal ibadat untuk persediaan akhirat yang akan ditempuh oleh setiap orang nanti. Beliau telah menyatakan pada awal kitab ini bahawa karangan beliau ini banyak bersuberkan daripada kitab Daqaiq al-Akhbar.

8. Tabyin Kazb al-Muftari Fima Yata`allaqu Bi al-Bari. Kitab ini telah siap dikarang oleh beliau pada akhir muharram 1388 hijrah bersamaan dengan 26 april 1968 masihi. Kitab setebal 40 halaman ini dikarang oleh beliau untuk menjawab dan menolak semula kitab yang telah dikarang oleh seorang guru yang telah membuka sekolah berdekatan kampungnya.

KITA mengetahui bahawa ulama-ulama kita telah menterjemah, menyusun kitab dan mengajar berbagai-bagai disiplin ilmu yang ada hubungkaitnya dengan agama Islam. Antara yang paling ditekankan oleh ulama Nusantara, termasuk ulama Patani, ialah tiga ilmu fardu ain: Fiqh, Usuluddin dan Tasawuf.

Sebagai pedoman melakukan zikir ahlit tauhid menurut metode Thariqat Syathariyah, Sheikh Daud bin Abdullah al-Fathani, ketika berada di Sambas, Kalimantan Barat menyusun kitab berjudul Dhiyaul Murid fi Bayani Kalimatit Tauhid, juga tanpa dinyatakan tahun selesai penulisan. Selain kitab-kitab akidah yang berdiri sendirinya, Sheikh Daud bin Abdullah al-Fathani juga menulis ilmu itu pada bahagian halaman awal kitab-kitab fiqhnya, iaitu: Hidayatul Muta'allim, Al-Jawahirus Saniyah, Sullamul Mubtadi, Fat-hul Mannan dan Furu'ul Masail.

Ada pun risalah dan kitab Ilmu Tauhid karangan Sheikh Ahmad al-Fathani pula ialah: Jumanatut Tauhid (1293 H/1876 M), ditulis dalam bahasa Arab dalam bentuk puisi. Dalam tahun yang sama, iaitu 1293 H/1876 M, Sheikh Ahmad al-Fathani juga menyelesaikan Munjiyatul 'Awam li Manhajil Huda minaz Zhalam, juga ditulis dalam bahasa Arab bercorak puisi. Kitabnya judul Sabilus Salam fi Syarhi Hidayatil 'Awam (1306 H/1888 M), dalam bahasa Arab adalah merupakan syarah Hidayatul 'Awam karya gurunya Sheikh Muhammad bin Sulaiman Hasbullah al-Makki.

Selain yang tersebut, terdapat pula tulisan beliau pada kitab-kitab akidah yang beliau tashhih, di antaranya di bahagian tepi Bidayatul Hidayah oleh Sheikh Muhammad Zain bin Faqih Jalaluddin al-Asyi (Aceh) dan Ad-Durruts Tsamin oleh Sheikh Daud bin Abdullah al-Fathani.

Sheikh Zainal Abidin bin Muhammad al-Fathani sekurang-kurangnya menghasilkan tiga judul dalam bidang Ilmu Tauhid, dua judul di antaranya ialah: 'Aqidatun Najin fi Ushulid Din wa Tashawwufis Shaafin (1308 H/1890 M). Kitab ini adalah merupakan kitab akidah yang terbesar kedua di Nusantara sesudah Warduz Zawahir karya Sheikh Daud bin Abdullah.

Hingga sekarang kitab 'Aqidatun Najin masih banyak diajarkan di banyak tempat di seluruh Nusantara. Ilmu Akidah untuk peringkat kanak-kanak pula, Sheikh Zainal Abidin bin Muhammad al-Fathani menyusun sebuah risalah berjudul Miftahul Murid fi 'Ilmit Tauhid, tanpa dinyatakan tarikh selesai penulisan.

Sungguhpun masih banyak kitab akidah yang dikarang oleh ulama-ulama Patani selain tiga orang ulama besar Nusantara, yang berasal dari Patani yang tersebut di atas, penulis tinggalkan setakat itu saja. Seterusnya penulis berasa perlu untuk membahas atau menulis sedikit pembelaan beberapa kritikan terhadap karya akidah tradisional Nusantara yang dilemparkan oleh orang-orang tertentu, di antaranya ialah:

1. Tuduhan bahawa Imam Abul Hasan al-Asy'ari taubat daripada fahaman yang pernah diajarnya, kerana kitabnya yang terakhir ialah Al-Ibanah 'an Ushulid Diyanah. Pendapat demikian perlu dijawab. Sejarah yang ittifaq para ulama bahawa Imam Abul Hasan al-Asy'ari hanya keluar daripada Mazhab Mu'tazilah setelah itu tetap berpegang dengan Mazhab Ahlis Sunnah wal Jama'ah, di mana beliaulah tokoh pertama menyusun risalah/kitab mengenai itu.

Pendapat yang menyebut bahawa Al-Ibanah 'an Ushulid Diyanah adalah karya Imam Abul Hasan al-Asy'ari yang terakhir, adalah tidak terdapat bukti yang kukuh. Dalam kitab Al-Ibanah tidak pernah menyebut perkara itu, dan tidak terdapat tahun mulai ataupun selesai penulisan. Ulama Ahlis Sunnah wal Jama'ah golongan Abul Hasan al-Asy'ari meyakini bahawa Al-Ibanah 'an Ushulid Din dan Al-Luma' adalah kedua-dua kitab Imam Abul Hasan al-Asy'ari yang ditulis sesudah beliau keluar daripada Mu'tazilah. Al-Luma' adalah memperluas dan memperjelas kandungan Al-Ibanah. Jadi seolah-olah Al-Ibanah seperti matan, sedang Al-Luma' pula seperti syarah. Oleh itu, Al-Ibanah ditulis lebih dahulu daripada Al-Luma'.

Jawapan mengenai ini sila rujuk Ad-Durruts Tsamin, halaman 5, dengan jelas Sheikh Daud bin Abdullah al-Fathani menulis, "... Kemudian diangkatkan kitab yang ia (maksudnya Imam Abul Hasan al-Asy'ari) karang atas Mazhab Ahlis Sunnah, kepada manusia. Maka ia pertama-tama orang yang me[ng]edarkan Ilmu 'Aqaid atas jalan kitab dan sunah, yakni mengikut Quran, dan hadis, dan ijma' sahabat yang dahulu-dahulu yang salih-salih ..."

Demikianlah tiga contoh sebagai pembelaan pegangan Ahlus Sunnah wal Jama'ah. Penulis simpulkan saja bahawa kitab-kitab karangan ulama Nusantara, termasuk kitab-kitab karya ulama Patani, mampu mempertahankan pegangan Ahlus Sunnah wal Jama'ah dari segala macam kritikan, kecaman, tuduhan dan fitnahan dengan segala macam aliran yang kontroversi.

Selanjutnya dalam tahun 1240 H/1824 M, Sheikh Daud bin Abdullah al-Fathani menyelesaikan dua buah kitab tasawuf, ialah: Kanzul Minan 'ala Hikam Abi Madyan merupakan terjemahan dan syarah karangan Abi Madyan, dan Minhajul 'Abidin ila Jannati Rabbil 'Alamin yang merupakan terjemahan karangan Hujjatul Islam Imam al-Ghazali. Sebuah lagi tasawuf peringkat tinggi (muntahi) karya Sheikh Daud bin Abdullah al- Fathani yang khusus membahas rumus-rumus ahlish shufi pada konteks Martabat Tujuh, ialah: Manhalush Shafi fi Bayani Ramzi Ahlis, tanpa dinyatakan tahun penulisan.

Walaupun Dhiyaul Murid fi Bayani Kalimatit Tauhid dapat diklasifikasikan ke dalam karya Ilmu Tauhid, namun juga dapat dimasukkan pada sektor tasawuf, kerana kitab ini khusus membicarakan metode zikrullah menurut Thariqat Syathariyah.

aa06259810
Reply all
Reply to author
Forward
0 new messages