Contoh Karangan Berita Tentang Kemalangan Jalan Raya

0 views
Skip to first unread message

Melanie Wendelberger

unread,
Aug 4, 2024, 11:40:09 PM8/4/24
to voetrigaphles
Kemalanganjalan raya ialah peristiwa ngeri yang biasanya melibatkan perlanggaran dua kenderaan atau lebih di jalan raya atau pun lebuh raya. Kemalangan sebegini biasanya boleh membawa kecederaan dan juga kematian. Peribahasa alah bisa tegal biasa kini telah menjadi sinonim dengan masyarakat Malaysia memandangkan saban hari rakyat Malaysia disajikan dengan berita-berita kemalangan jalan raya yang menyayatkan hati sama ada di dada akhbar mahupun di kaca televisyen. Negara kita merupakan antara negara yang mempunyai angka kematian akibat kemalangan yang tinggi. Kecelakaan jalan raya bukan sahaja malah telah memusnahkan alam sekitar dan kemudahan-kemudahan yang terdapat di jalan raya. Oleh itu ada banyak punca yang harus kita kaji untuk memahami masalah kemalangan jalan raya supaya dapat mengurangkan kadar kemalangan ini.

Punca pertama ialah kemalangan disebabkan oleh kecuaian pemandu itu sendiri ketika menggunakan jalan raya. Ramai pemandu yang memandu dalam keadaan mabuk dan mengantuk atau tidak sedarkan diri. Risiko untuk seseorang mengalami kecelakaan jalan raya adalah sangat tinggi bagi pemandu yangmabuk atau mengantuk. Ada juga yang tidak suka menjaga kenderaan mereka lalu kemalangan boleh berlaku kerana masalah brek, tayar dan sebagainya. Selain itu, sikap sesetengah pemandu yang leka berbual-bual dengan rakan sebelah serta mengggunakan telefon bimbit ketika memandu turut menyebabkan kemalangan. Mereka tidak menghiraukan keselamatan orang lain ketika memandu kerana menganggap mereka cekap mengawal stering kenderaan. Jadi, kemalangan mudah berlaku akibat kecuaian mereka ini.


Selain itu kemalangan juga disebabkan oleh keadaan jalan raya yang tidak baik. Biasanya jalan raya menjadi lebih bahaya ketika waktu hujan turun kerana air hujan menyebabkan jalanraya menjadi lebih licin lalu sukar untuk dikawal jika pemandunya tidak berhati-hati. Begitu juga denganstruktur jalan raya yang berlekak-lekuk serta mempunyai permukaan yang tidak rata telah menyukarkan pemandu untuk memberi tumpuan lalu mudah berlakunya peristiwa ngeri ini. Keadaan jalan raya yang teruk akan membahayakan pengguna jalan raya khususnya bagi mereka yang memandu pada waktu malam.


Namun, ketiadaan lampu jalan di sepanjang jalan raya telah menyebabkan keadaan sekeliling menjadi gelap dan seterusnya membataskan penglihatan para pemandu terhadap objek di hadapan mereka. Kondisi sebegini bukan sahaja mengganggu tumpuan pemandu malah secara tidak langsung menyebabkan pemandu tidak sedar akan posisi sebenar kenderaan mereka. Maka, keadaan jalan raya harus diubah supaya menjadi lebih selamat buat pengguna jalan raya.


Malah, ada pihak yang menyalahkan pemandu baru yang menyebabkan kemalangan terus menerus berlaku di negara ini. Mereka dikatakan tidak mahir untuk mengawal kenderaan terutama ketika dalam keadaan kecemasan yang menyebabkan banyak yang panik. Golongan muda juga diselar kerana mereka biasanya suka memandu dengan bahaya dan laju. Ramai pemandu yang baru gagal mengawal kenderaan yang laju apabila cuba membelok ke kanan atau ke kiri di selekoh-selekoh jalan. Sesungguhnya, satu alat mekanisme baru harus dicari untuk memastikan tahap pemanduan pemandu baru mencapai piawaian yang baik.


Jumlah kemalangan bertambah juga berkaitan dengan jumlah kenderaan yang bertambah setiap tahun. Pertambahan bilangan kenderaan menjadikan lalu lintas begitu sibuk dan penuh dengan kenderaan. Sudah pasti keadaan ini meningkatkan peratusan untuk sesuatu kemalangan itu berlaku di jalan raya. Jelaslah, semakin banyak kenderaan di jalan raya risiko untuk kemalangan berlaku amat tinggi.


Dalam pada itu, kelemahan penguatkuasaan undang-undang dan peraturan juga merupakan punca kecelakaan di jalan raya. Walaupun Malaysia mempunyai undang-undang dan peraturan yang ketat serta mampu memberi kesan terhadap psikologi masyarakat tempatan, namun ketidaktegasan dalam pelaksanaan undang-undang sudah pasti membuka ruang kepada sesetengah pihak untuk terus melakukan kesalahan di jalan raya. Sebagai contoh, akibat daripada ketidakjujuran segelintir pihak berkuasa yang sanggup menerima rasuah, pemandu bas yang mempunyai banyak saman dan waran tangkap masih terlepas daripada tindakan undang-undang. Tuntasnya, kelemahan penguatkuasaan undang-undang turut menjadi dalang dalam masalah kemalangan jalan raya.


Secara intihanya, kemalangan maut di jalan raya berpunca daripada pelbagai faktor. Kadar kemalangan jalan raya di negara ini begitu menakutkan kita semua kerana masalah ini mengakibatkan kecederaan serta menyebabkan banyak nyawa terkorban. Hal ini secara tidak lansung telah menyumbang kepada kejatuhan ekonomi negara memandangkan pihak kerajaan terpaksa menghabiskan berjuta-juta ringgit untuk membaik pulih infrastruktur jalan. Usaha yang berani harus dilaksanakan oleh pihak berkuasa dan pengguna jalan raya untuk menghalang masalah ini menular lagi. Kita harus sedar bahawa nilai nyawa manusia begitu berharga. Pandu cermat jika selamat.


Dasawarsa ini, antara isu yang menjadi perbincangan hangat orang ramai dan di dada akhbar di Malaysia adalah mengenai kemalangan jalan raya. Peratus kes kemalangan ini terus meningkat dari setahun ke setahun, terutamanya pada musim perayaan. Kegagalan pengguna jalan raya mematuhi peraturan jalan raya mengakibatkan kemalangan sering berlaku. Terdapat pelbagai punca berlakunya kemalangan sehingga telah meragut banyak nyawa di atas jalan raya.


Punca utama kemalangan termasuklah kecuaian pemandu sendiri ketika menggunakan jalan raya. Ramai pemandu dilihat cuai ketika memandu seperti memandu dalam keadaan mabuk dan mengantuk. Ini disebabkan mereka bersikap mementingkan diri sehingga mengabaikan peraturan jalan raya. Selain itu, kecuaian juga berlaku akibat pemandu sering menggunakan telefon bimbit ketika memandu. Secara tidak langsung, pemandu bukan sahaja mempertaruhkan nyawa sendiri malah nyawa pengguna jalan raya yang lain.


Selain itu, kemalangan juga berlaku disebabkan kebanyakan pemandu tidak mempunyai lesen memandu. Sesetengah pemandu juga menggunakan lesen memandu yang palsu untuk mengaburi pihak berkuasa. Apabila tidak memiliki lesen yang sah, pemandu tersebut semestinya tidak cekap dan tidak biasa memandu sesebuah kenderaan. Hal ini akan mengakibatkan berlakunya kemalangan jalan raya. Oleh kerana itu, seseorang yang tidak mempunyai lesen memandu dinasihati supaya tidak memandu di jalan raya.


Kemalangan jalan raya juga berlaku disebabkan kondisi jalan raya yang tidak baik. Kondisi jalan raya yang tidak baik menyebabkan jalan raya menjadi berbahaya kepada pengguna. Sebagai contoh, jalan raya yang berlubang dan tidak rata menyebabkan tayar kenderaan tidak dapat mencengkam permukaan jalan raya. Ini mengakibatkan kenderaan mudah hilang kawalan dan terbabas. Oleh kerana itulah, pihak kerajaan perlu memastikan penyelenggaraan jalan raya dilakukan bagi mengurangkan kemalangan jalan raya berlaku.


Kesimpulannya, keselamatan jalan raya adalah tanggungjawab semua pihak terutamanya kepada pengguna jalan raya itu sendiri. Mereka mestilah sentiasa mengamalkan tatacara keselamatan jalan raya bagi mengelakkan berlakunya kemalangan pada masa hadapan. Jika pengguna jalan raya memandu dalam keadaan penuh tanggungjawab, kemalangan dapat dielakkan.


faktor dan idea yang diberikan boleh diterima tetapi penggunaan ayat dan pengolahan idea seperti karangan pelajar menengah rendah.

beberapa contoh untuk dirujuk:



1."Perasaan mereka bagai digamit rindu untuk pulang ke kampung dan bertemu dengan ahli keluarga yang sudah tidak ditemui"

"perasaan mereka bagai...yang sudah LAMA tidak ditemui"



2."Namun demikian, selain perasaan yang begitu teruja itu, anggota masyarakat pasti akan mendengar berita tentang kemalangan maut yang sangat menyayat hati kita"


"namun demikian, dalam keterujaan itu seringkali kita mendengar berita..."



3. perenggan pertama sepatutnya memberi sedikit gambaran tentang isu yang diberikan. faktor2 kemalangan lebih menarik di mulakan di perenggan kedua.

"Kemalangan maut yang sering berlaku pada musim perayaan ini disebabkan oleh pelbagai faktor."


Dalam pada itu, kelemahan penguatkuasaan undang-undang dan peraturan juga merupakan punca kecelakaan di jalan raya. Walaupun Malaysia mempunyai undang-undang dan peraturan yang ketat serta mampu memberi kesan terhadap psikologi masyarakat tempatan, namun ketidaktegasan dalam pelaksanaan undang-undang sudah pasti membuka ruang kepada sesetengah pihak untuk terus melakukan kesalahan di jalan raya. Sebagai contoh, akibat daripada ketidakjujuran segelintir pihak berkuasa yang sanggup menerima rasuah, pemandu bas yang mempunyai 13 saman dan dua waran tangkap masih terlepas daripada tindakan undang-undang. Hal ini diperkukuhkan lagi apabila sebuah bas yang digunakan sejak tahun 1987 serta telah empat kali gagal dalam pemeriksaan Puspakom Sdn Bhd kerana masalah brek, serta disaman 19 kali oleh pihak polis sejak tahun 1991 dan merekodkan 79 saman daripada pihak JPJ semenjak lima tahun lalu masih lagi dibenarkan beroperasi di jalan raya. Adakah pihak berkuasa terlalu alpa akan tanggungjawab mereka dalam memakmurkan alam sehingga memandang enteng terhadap perkara sebegini? Di manakah terletaknya keadilan dan keunggulan undang-undang negara sehinggakan fenomena sebegini masih diberi muka? Tuntasnya, kelemahan penguatkuasaan undang-undang turut menjadi dalang dalam masalah kemalangan jalan raya.


Secara intihanya, kemalangan maut di jalan raya berpunca daripada pelbagai faktor. Pada hakikatnya, kecelakaan jalan raya bukan sahaja mengakibatkan kecederaan serta menyebabkan banyak nyawa terkorban, malah telah memusnahkan alam sekitar dan kemudahan-kemudahan yang terdapat di jalan raya. Hal ini secara tidak lansung telah menyumbang kepada kejatuhan ekonomi negara memandangkan pihak kerajaan terpaksa menghabiskan berjuta-juta ringgit untuk membaik pulih infrastruktur jalan. Oleh hal yang demikian, pelbagai pihak haruslah berganding bahu dalam mencari ikhtiar supaya kadar kemalangan maut jalan raya di Malaysia dapat dikurangkan. Jika negara Beijing berjaya melakukannya, mengapa tidak Malaysia? Malaysia boleh! Insya-Allah.

3a8082e126
Reply all
Reply to author
Forward
0 new messages