Perhatian kepada murid-murid dan guru-guru sekolah rendah dibawah kelolaan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Adakah anda mencari salinan buku teks digital Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) bagi Tahun 1 sehingga Tahun 6? Sekiranya ya, berikut dikongsikan Koleksi Buku Teks digital KSSR Tahun 1 Hingga 6 untuk panduan semua. Pautan link ada disediakan untuk memuat turun buku secara online.
Sistem pendidikan di negara kita menggunakan buku teks sebagai sumber utama dalam menyeragamkan silibus pendidikan kebangsaan mengikut setiap mata pelajaran. Oleh itu, guru-guru menggunakan buku teks sebagai bahan mengajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Pelajar pula akan mengulangkaji pelajaran dengan melakukan latihan yang disediakan di dalam buku teks tersebut.
Untuk makluman semua, buku teks digital asas mempunyai perbezaan dengan buku teks fizikal dimana ia mengandungi pelbagai pautan interaktif yang membawa pembaca ke laman yang mengandungi media-media interaktif berkaitan dengan mata pelajaran tersebut.
Kemaskini Januari 2021: KPM bersama Perbadanan Kota Buku telah membangunkan aplikasi dan laman web yang menyediakan perkhidmatan buku teks digital secara percuma. Susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), PKPB dan PKPP di beberapa negeri, perkhidmatan ini dapat membantu pelajar dan juga guru untuk melakukan PdPR dengan lebih baik. Anda hanya perlu mendaftar masuk di laman web atau aplikasi pada pautan di bawah:
Laman ini merupakan platform pembelajaran secara online KPM yang menggantikan FrogVLE. Ia juga menggunakan Google Classroom yang memudahkan akses serta penggunaan oleh guru dan murid. Untuk mengakses sila ikuti langkah berikut:
Semoga perkongsian Koleksi Buku Teks digital KSSR Tahun 1 Hingga 6 dapat memberikan kemudahan dan bantuan kepada pelajar, guru dan ibu bapa. Diharapkan ia dimanfaatkan sepenuhnya bagi mengulangkaji pelajaran dan melaksanakan tugasan.
Buku teks sains merupakan sumber utama bagi pelajar dalam memahami konsep-konsep sains dan menjalani pembelajaran yang berkesan. Dengan perkembangan teknologi, buku teks sains kini boleh diakses dalam format PDF dan digital, memberikan pelbagai kelebihan kepada pelajar dan guru.
Buku teks anak hilang? Jangan risau, KK Dawood Book Store, kedai buku teks online terbaik di Malaysia ada bersama anda. Kami memahami kepentingan pendidikan anda untuk beli buku teks online dan buku kami lengkap untuk pelbagai tahap pengajian dari KBD, sekolah agama, sekolah menengah dan sekolah rendah. Dengan 60 tahun pengalaman, KK Dawood Book Store telah menjadi kedai jual buku teks online yang memenuhi piawaian akademik yang ketat di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia. Sebagai ejen tunggal Dewan Bahasa & Pustaka, semestinya anda boleh yakin bahawa buku teks yang anda beli dari kami adalah bahan pembelajaran yang berkualiti tinggi. Kami bangga menawarkan perkhidmatan beli buku teks online yang memudahkan anda untuk mendapatkan bahan pembe lajaran yang anda perlukan. Apa tunggu lagi? Kunjungi kedai buku teks online kami sekarang dan dapatkan buku teks berkualiti tinggi. KK Dawood Book Store - Tempat kedai jual buku teks online terbaik!
c80f0f1006