Salam & Selamat Sejahtera,
Dimaklumkan bahawa pihak Korporat telah menghadiri mesyuarat di atas pada Khamis, 23/1 jam 2.30 petang di Pejabat Daerah Seri Iskandar. Merujuk kepada minit mesyuarat yang diberikan, pihak Jawatankuasa meminta pihak UTP menyediakan 400 orang pelajar untuk program di atas. Program ini akan diadakan pada :
Tarikh : Ahad, 3 Februari 2013
Masa : 8.00 pagi – 1.00 petang (7.00 pagi berkumpul di Padang Bola MDPT, Seri Iskandar)
Tempat : Pejabat Daerah dah Tanah Seri Iskandar
Pengangkutan : Disediakan
Justeru dari itu mohon kerjasama dari semua ahli-ahli Kelab untuk sama-sama turun padang bagi menyertai program tersebut. Mohon juga jasa baik untuk menghebahkan kepada rakan-rakan yang berminat untuk menyertai program ini. Sila berikan nama peserta yang berminat kepada saya selewat-lewatnya pada 1/2/2013 – Jumaat (jam 12.30 tgh)
b/p,
Jabatan Hal Ehwal Pelajar
Nurnaterah Husin
Student Activities & Discipline Unit
Student Support Services Department
Universiti Teknologi PETRONAS
Bandar Seri Iskandar,
31750 Tronoh, Perak.
Email : nurnater...@petronas.com.my
D/L |05-368 8410 ~ Fax |05-366 7746