Salam Sejahtera..
Fwded email daripada HRD berkaitan dengan ULDP
Y. Bhg. Prof./ Prof. Madya/ Dr./ Tuan/ Puan,
TARIKH MESYUARAT/PERBINCANGAN PROGRAM PEMBANGUNAN KEPIMPINAN UTeM (ULDP)
Adalah saya dengan segala hormatnya diarah merujuk kepada perkara di atas.
2. Adalah dimaklumkan bahawa Unit Latihan, Bahagian Pembangunan Sumber Manusia, Pejabat Pendaftar sedang merancang untuk menetapkan tarikh mesyuarat/perbincangan dengan pemilik-pemilik projek, ketua-ketua Kumpulan Projek Inisiatif ULDP bersama dengan Datuk Naib Canselor bagi menyediakan platform untuk membincangkan dan memantau Kemajuan Projek Inisiatif ULDP. Berikut adalah tarikh cadangan yang telah dibincangkan bersama dengan Pejabat Naib Canselor :-
|
Tarikh |
Tempat |
Masa |
|
2 April 2013 |
Bilik Mesyuarat Senat, Aras 4, Banguanan Canselori |
10.00 Pg Hingga 1.00 Ptg |
|
2 Julai 2013 |
Bilik Mesyuarat Senat, Aras 4, Banguanan Canselori |
10.00 Pg Hingga 1.00 Ptg |
|
9 Oktober 2013 |
Bilik Mesyuarat Senat, Aras 4, Banguanan Canselori |
10.00 Pg Hingga 1.00 Ptg |
3. Sehubungan itu, dimohon kerjasama Y. Bhg. Prof./ Prof. Madya/ Dr./ Tuan/ Puan untuk mengambil maklum akan tarikh-tarikh yang dinyatakan diatas. Sebarang perubahan tarikh akan dimaklumkan dari masa ke semasa.
Sekian. Terima kasih.
b/p Ketua Penolong Pendaftar,
Unit Latihan,
Bahagian Pembangunan Sumber Manusia,
Pejabat Pendaftar.