Dibintangi oleh Zac Zafranz sebagai watak tajuk, Erry Putra, Sheera Iskandar, Hetty Sarlene, ia berkisarkan tentang Reza, seorang pemuda yang mengalami separa kecacatan di bahagian kaki kiri digelar sebagai Si Capik. Lagu tema siri drama ini yang bertajuk sama dinyanyikan oleh James Baum dan Ieda Majid.[2][3]
Ia merupakan drama Melayu pertama yang dirakamkan menggunakan teknologi video definisi tinggi dan disiarkan di TV2 dari 12 Mei 2009 sehingga 16 Ogos 2011 sebanyak 4 musim dan 104 episod (selama 2 tahun 3 bulan dan 5 hari bertayangan) dengan siaran ulangan sejak 2012.[4][5] Ia juga disiarkan melalui Mediacorp Suria di Singapura.
Reza, seorang pemuda digelar sebagai Si Capik, kerana ketidaksempurnaan sifatnya yang mengalami kecacatan sebelah kakinya. Namun kecacatan sebelah kaki tidak menghalang Reza untuk menjalani kehidupan sebagai seorang pelajar kolej yang cemerlang dalam akademik.
Sayu melihat kecekalan ayahnya, Malik yang kurang sihat mencari rezeki menguatkan semangat Reza untuk berjaya dalam pelajaran bagi mengubah nasibnya sekeluarga. Dalam pada itu Reza bernasib baik kerana memiliki dua orang teman rapat, Farish dan Mira yang banyak membantunya malah cukup memahami keadaan dirinya.
Semangat cekal Reza menghadapi penghinaan masyarakat terutama pelajar-pelajar di kolejnya mendapat sokongan penuh Farish dan Mira yang tidak jemu-jemu untuk membelanya. Mira amat bersimpati dan cukup prihatin dalam permasalahan yang dihadapi Reza.
Hari demi hari kesihatan Malik semakin terganggu apatahlagi dirinya disahkan doktor menghidap penyakit jantung. Tuan Hazim majikannya menyarankan supaya Malik menjalani pemeriksaan doktor pakar dan kosnya ditanggung oleh pihak syarikat.
Zahid pula menghabiskan masanya setiap hari dengan berfoya-foya tanpa menghiraukan nasihat kedua ibu bapanya. Zahid tidak mengendahkan teguran bapanya, Tuan Hazim yang melarangnya berpoya-poya di kelab malam dan pulang ke rumah dalam keadaan mabuk. Sementara itu, Reza gembira apabila menerima panggilan telefon dari datuk dan neneknya di kampung yang amat merinduinya.
Dalam musim kedua, Reza kini meniti fasa baharu dalam hidupnya apabila berkahwin dengan Sherin dan menjadi sebahagian daripada keluarga Datuk Hazim. Mira merajuk dan membawa dirinya pergi jauh setelah mendapat tahu Reza telah berkahwin dengan Sherin.
Bagaimanapun, Datin Faridah dan Zahid enggan menerima Reza sebagai ahli keluarga mereka walaupun Reza tinggal sebumbung dengan mereka. Zahid terkejut mendapat tahu teman wanitanya, Liza telah disahkan hamil. Zahid enggan bertanggungjawab dan memutuskan hubungannya dengan Liza. Zahid kemudian berkenalan dengan Nurul semasa mereka bertemu di kafe. Dalam serba kekalutan, Liza terpaksa menanggung penderitaan apabila hamil bayi luar nikah dan mahu Zahid bertanggungjawab.
Razali, yang muncul kembali selepas lama menghilang, kecewa kerana bekas teman wanitanya, Sherin telah berkahwin dengan Reza. Datuk Hazim menjemput Malik dan Nora makan malam bersama di banglo mereka, namun Datin Faridah enggan melayan mereka. Pada masa yang sama, Farish mengharapkan agar Mira terbuka hatinya untuk berkahwin dengannya, namun Mira tidak mahu memikirkan soal kahwin buat masa ini.
Reza menjemput datuknya ke banglo keluarga mertuanya, namun Datuk Hazim kecewa dengan layanan isteri dan anak lelakinya terhadap datuk Reza. Bagi menyejukan hati datuknya, Reza dan Sherin melawat datuknya di kampung dan kehadiran mereka disambut baik oleh datuk dan nenek Reza. Datuk Hazim bimbang jika dia menyerahkan kuasa penuh syarikat Jaya Holdings kepada Zahid apabila bersara nanti, Zahid tidak dapat memikul tanggungjawab.
Farish dan Mira telah diijabkabulkan sebagai suami isteri. Reza termakan hati dengan sikap Razali yang cuba menganggu Sherin. Meskipun diberi amaran, Razali tetap meneruskan niatnya untuk menghancurkan rumah tangga Sherin dan Reza.
Kerana terlalu membenci Reza, Datin Faridah berjumpa dengan bomoh dengan niat untuk memusnahkan kebahagiaan rumah tangga Sherin dan Reza tanpa pengetahuan suaminya. Sherin kecewa dengan tindakan ibunya berjumpa dengan bomoh untuk memisahkannya dengan Reza setelah dia menjumpai sesuatu yang mencurigakan di dalam biliknya. Bengang kerana tidak menghormati kedudukannya sebagai anak kepada pengerusi Jaya Holdings, Zahid bertindak kasar terhadap Reza kerana membuat keputusan tanpa berbincang dengannya terlebih dahulu.
Datin Faridah akan terus memulaukan Reza selagi dia menjadi suami kepada Sherin. Zahid bengang apabila bapanya menyerahkan kuasa kepada Reza secara bulat-bulat. Zahid dan Liza menuju ke kampung halaman Liza untuk menjenguk anak mereka, Syamil yang dijaga oleh Mak Limah.
Menyesali dengan kesilapan lalunya, Datin Faridah berubah menjadi baik dan menerima Reza dengan hati terbuka, tetapi Zahid terus menaruh kebenciannya terhadap Reza. Farish menjumpai diari peribadi isterinya, Mira dan hatinya mula terbakar setelah terbaca luahan perasaan isterinya terhadap Reza. Farish kecewa kerana Mira berlaku curang terhadapnya.
Bagi menebus kesalahannya terhadap menantu dan besannya, Datin Faridah menjemput Nora dan Malik makan tengahari bersama-sama. Reza gembira apabila keluarganya dan keluarga mertuanya bersatu. Datuk Hazim melantik Reza sebagai CEO Jaya Holdings. Zahid membantah keras keputusan bapanya kerana berasa dipinggirkan di syarikat keluarganya sendiri.
Farish terlibat dalam kemalangan jalan raya yang menyebabkannya lumpuh dan terpaksa berkerusi roda. Sejak itu, sikapnya banyak berubah dan sering mencari kesalahan Mira. Zahid bertambah runsing setelah Liza datang ke rumahnya tanpa pengetahuannya untuk menceritakan perkara sebenar kepada Datuk Hazim dan Datin Faridah. Mereka berdua mengetahui bahawa Zahid mempunyai anak bersama Liza.
Dalam keadaan terburu-buru, Farish bertindak menceraikan Mira dan ini membuatkan Mira tertekan. Zahid bertindak melanggar Nurul kerana tidak tahan dengan ugutan demi ugutan yang diterimanya dan ditangkap oleh polis. Selepas abang iparnya, Zahid dipenjarakan, Reza mahu buktikan bahawa dia telah memiliki kuasa penuh di Jaya Holdings.
Kehidupan Reza mula berubah setelah dia memegang tampuk kepimpinan dalam menerajui syarikat Jaya Holdings setelah bapa mertuanya bersara. Reza telah mengalami satu transformasi, dia mulai bersikap ego dan tidak mudah mengaku kalah. Kesabarannya terhadap Zahid telah bertukar menjadi dendam yang tiada penghalangnya.
Akan tetapi yang lebih parah lagi apabila Farish mula menyesali tindakan terburu-burunya menceraikan Mira. Dia mengalami kekecewaan dan menyedari kesilapannya. Kerinduannya terhadap Mira merupakan satu penyeksaan dalam dirinya. Sebagai sahabat sejati, Reza amat bersimpati dengan penderitaan yang ditanggung Farish, dia sanggup menghulurkan bantuan membiayai kos rawatan perubatan kaki Farish hingga pulih.
Musim terakhir siri ini, iaitu musim keempat difilemkan dalam format definisi tinggi dan menyaksikan penambahan barisan pelakon baharu seperti Salina Saibi dan Farid Amirul. Watak Razali yang dilakonkan oleh Rizal Ashreff dalam 3 musim terdahulu dimatikan dalam musim terakhir.
CK Films (M) Sdn Bhd was formed in Year 2011. The Director, C. Kumaresan, is no novice to the film industry. He started his acting career during his schooldays, actively participating in plays and small sketches. Stage-fright never existed in his vocabulary and he took to stage as a duck to water. C.Kumaresan or Ck boasts of a wide experience in the film industry. He has directed more than a thousand series of dramas for the past 15 years. To mention a few familiar names would be Gerak Khas , (till to date) Roda Roda Kota Raya, Si Capik , Rainbow Children Program, Serapah Darah Bulan Madu. His name has become a household name for the majority of Malaysian Indians.
Mengekalkan barisan pelakon yang sama termasuklah Sheera Iskandar, Hetty Sarlene, Zack X-Factor, Datuk Aziz Singah, A Galak, Arpah Damanhuri, Fathil Dani dan Aznah Hamid, sepanjang 26 episod siarannya ini memaparkan kesinambungan di mana watak utamanya si capik berubah daripada sikap penyayang lemah lembut kepada seorang lelaki yang tegas dalam kehidupan.
Malah menerusi musim yang ketiga ini, konflik drama terbitan Skop Productions Sdn Bhd ini bertambah dalam watak utamanya, Reza dalam kehidupan seharian melibatkan hal kerjaya dan kehidupan sehariannya.
Kekecohan berlaku apabila 'Along' sering mengganggu Reza di pejabat dan di rumah. Namun begitu dia enggan bersetuju dengan perjanjian yang telah ditandatangani Zahid dengan 'Along' untuk melangsaikan hutang.
Perasaan benci dan dendam Reza terhadap Zahid kian membara ekoran bebanan hutang yang terpaksa ditanggungnya. Sudah hilang sifat 'lembut hati' dalam diri Reza yang sebelum ini sering mengalah dengan Zahid.
Farish mengalami kecewa dan menyedari kesilapannya. Kerinduan terhadap Mira merupakan satu penyeksaan dalam dirinya. Sebagai sahabat sejati, Reza amat bersimpati dengan penderitaan yang ditanggung Farish, dia sanggup menghulurkan bantuan membiayai kos rawatan perubatan kaki Farish hingga pulih.
Drama rantaian popular, Si Capik yang sememangnya sudah mendapat tempat di hati penonton menerusi dua musim terdahulu bakal kembali menemui penonton Radio Televisyen Malaysia (RTM) mulai 22 Februari 2011, setiap Selasa, jam 9.00 malam di TV2.
Mengekalkan barisan pelakon yang sama termasuklah Sheera Iskandar, Hetty Sarlene, Zack X-Factor, Datuk Aziz Singah, A Galak, Arpah Damanhuri, Fathil Dani dan Aznah Hamid, sepanjang 26 episod siarannya ini memaparkan kesinambungan dimana watak utamanya si capik berubah daripada sikapnya yang lemah lembut berubah menjadi seorang lelaki yang tegas dalam kehidupannya. Malah menerusi musim yang ke-tiga ini, drama terbitan Skop Productions Sdn Bhd ini menambah konflik berlaku dalam diri watak utamanya, Reza dalam kehidupan seharian melibatkan hal kerjaya dan kehidupan sehariannya.
Mungkinkah Reza bersedia untuk memaafkan Zahid di atas segala perbuatan kejam terhadapnya sebelum ini dan berupayakah dia menyelesaikan segala bebanan yang dihadapnya. Adakah kebahagian dalam melayari bahtera perkahwinan bersama Sherin seperti yang diimpikan Reza akan kekal abadi?
3a8082e126