Yuran Tertunggak

11 views
Skip to first unread message

samantha

unread,
Jul 26, 2009, 11:45:26 PM7/26/09
to UM law 05/06
Dear All,

1. Below is a letter from Ketua Penolong Bendahari Kanan
( http://umisisweb.um.edu.my/mainpage.php?module=News_khas&show=1&id=51
)

2. To check whether you are in the list for yuran tertunggak,
download the excel file :
http://umisisweb.um.edu.my/doc/berita/yuran_tertunggak.xls

----------------------------------------
Tarikh : 25 Julai 2009
Nama Pelajar
No Kad Pengenalan
No Kad Matrik
Alamat


Saudara/Saudari

Yuran Tertunggak

Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

Adalah dimaklumkan bahawa mengikut rekod kami sehingga 25/07/2009,
saudara/saudari didapati akan bergraduat dan masih mempunyai yuran
tertunggak dengan Universiti Malaya.

Dilampirkan senarai pelajar yang masih mempunyai yuran tertunggak.

Sehubungan itu, tuan/puan diminta untuk menjelaskan hutang tersebut
dengan kadar segera.

Bayaran boleh dibuat melalui cara-cara seperti berikut:

a) Pembayaran dikaunter Bank Islam (M) Berhad di mana-mana cawangan
Malaysia. Sila catitkan No Matrik dan No Kad Pengenalan di atas slip
bayaran. Bayaran hendaklah dibuat atas nama BENDAHARI UNIVERSITI
MALAYA.

b) Pembayaran secara Internet/Online dengan melayari laman web Bank
Islam (M) Berhad di alamat: http://www.bankislam.biz atau Bank CIMB
dialamat : http://www.cimbcliks.com.my .

Bagi bayaran yang telah dibuat, pastikan resit disimpan sebagai bukti
bayaran semasa urusan pengambilan jubah pada tarikh yang ditentukan.

SILA AMBIL PERHATIAN, bahawa selagi saudara/saudari tidak menjelaskan
yuran tertunggak perkara berikut akan ditahan:

(a) keputusan semester akhir
(b) transkrip akademik
(c) skrol ijazah
(d) menghadiri majlis konvokesyen

Sekiranya pihak tuan/puan memerlukan keterangan lanjut tentang perkara
ini, sila hubungi talian seperti berikut di Bahagian Pengurusan
Kewangan Pelajar, Jabatan Bendahari.

03-7967 3289
03-7967 3332
03-7967 3499
03-7967 3411

Sekian, terima kasih.

Yang benar,



NOOR SHAHEME BINTI ABDUL HAMID
Ketua Penolong Bendahari Kanan
Bahagian Pengurusan Kewangan Pelajar
b/p Pengawal Kewangan
Reply all
Reply to author
Forward
0 new messages