Warkah Buat Alumni

29 views
Skip to first unread message

fahrul razee ( class rep )

unread,
Jun 6, 2012, 11:20:22 PM6/6/12
to UM law 05/06
Assalamualaikum wbt/ Salam sejahtera,

Salam mesra dari UM, semoga berada dalam keadaan sihat sejahtera
hendaknya.

Adalah menjadi tanggungjawab sesebuah institusi pengajian tinggi (IPT)
untuk mewujudkan suatu organisasi yang menguruskan alumni yang terdiri
daripada graduan-graduan yang lahir dari institusi tersebut. Oleh itu,
tuan/ puan yang merupakan kumpulan graduan yang dilahirkan oleh UM
secara automatik adalah alumni Universiti Malaya.

Perkongsian idea dan pengalaman semasa belajar dan kemudiannya ke alam
kerjaya yang berterusan di antara alumni dan universiti dapat membantu
UM mengorak langkah ke arah menjadi salah satu daripada universiti
terkemuka di dunia.

Sehubungan dengan itu, dalam memastikan UM berada di tahap “Top 100
Universities in the World” menjelang 2015, Naib Canselor telah
memperkenalkan pelan transformasi dalam bidang akademik, kewangan dan
sumber manusia yang akan dapat meningkatkan prestasi UM di mata dunia.

Berkaitan dengan ini, saya sangat berbesar hati untuk berkongsi
kejayaan UM pada 2011 dengan kedudukan terbaru Universiti Malaya
adalah di kedudukan ke - 167 dalam senarai 200 “QS World Ranking
University” serta buat julung kalinya tersenarai di kelompok 401 –
500 “Shanghai Jiao Tung University Ranking”. Adalah menjadi harapan
semoga pencapaian di atas diperbaiki menjelang tahun 2015.

Sebagai permulaan kami akan mengadakan siri perjumpaan bulanan dan
tahunan yang dianjurkan Pusat Peningkatan Institusi (IAC) bersama
alumni mengikut tahun pengijazahan. Kami memerlukan anda, alUMni UM,
untuk bekerjasama dalam merealisasikannya. Kerjasama tersebut, paling
kurangnya adalah dengan memaklumkan kepada kami emel, nombor telefon
dan alamat terkini, supaya anda dapat dihubungi dengan tepat. Hal ini
adalah untuk memastikan setiap alumni mendapat berita dan informasi
terkini berkaitan alumni melalui buletin rasmi alumni – Titian alUMni,
yang diterbitkan 2 kali setahun yang akan dihantar terus ke alamat
anda berdasarkan maklumat yang diterima.

Mohon untuk menghubungi/ menghantar Borang Maklumat Peribadi yang
dilampirkan di alamat berikut:

a) Institutional Advancement Centre (IAC)
Aras 8, Bangunan Canseleri, Universiti Malaya
Lembah Pantai, 50603, Kuala Lumpur
Malaysia

b) E-mel: advan...@um.edu.my

c) Tel: 03 79674430/ 4439/ 4421/ 6261/ 7803

d) Faks: 03 7967 4412

Ini adalah antara usaha kami dalam memastikan anda kekal sebagai
sebahagian warga UM. Kerjasama anda amat dihargai.

Salam hormat,

Dato’ Dr. Zaiton Osman

Pengarah Pusat Peningkatan Institusi (IAC)

Universiti Malaya

Reply all
Reply to author
Forward
0 new messages