Anda merancang untuk berada di rumah dan tidak kemana-mana pada Hari Kemerdekaan 31 Ogos kali ini? Kami cadangkan untuk anda tonton beberapa filem patriotik Malaysia sebagai aktiviti bersama keluarga.
Antara inisiatif yang boleh diambil bagi meniupkan semangat kemerdekaan dalam diri adalah dengan menonton filem patriotik Malaysia. Ibu ayah jangan lupa untuk menjelaskan pengajaran yang boleh diambil daripada sejarah dahulu kepada anak-anak.
Ia diterbitkan pada tahun 2007 sempena Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-50, filem hebat ini diarahkan oleh Datin Paduka Shuhaimi Baba mengisahkan golongan muda tempatan berusaha menerbitkan sebuah buku bergambar yang bertajuk 1957-Hati Malaya.
Filem Leftenan Adnan yang diadaptasi daripada kisah benar Leftenan Adnan Saidi membawa penonton menyelami kisah seorang wira yang sanggup berkorban nyawa demi menyelamatkan tanah air tercinta sewaktu peperangan bersama tentera Jepun.
Filem yang menelan belanja sejuta ringgit itu membabitkan babak letupan, tembak-menembak juga aksi pertempuran yang berlaku dalam hutan. Filem ini juga sudah ditayangkan kembali di laman penstriman Netflix.
Embun mengisahkan semangat juang seorang wanita yang hidup di zaman penjajahan namun mindanya tidak dijajah oleh keadaan semasa. Filem ini turut mendapat pengiktirafan di Festival Filem Malaysia dan Festival Filem Asia Pasifik.
Filem yang baru diterbitkan pada tahun ini sangat dekat di hati ramai rakyat Malaysia. Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan menjadi fenomena dan merekod jualan tiket lebih RM90 juta selepas sebulan ditayangkan di pawagam.
Ia mengisahkan perjuangan seorang pahlawan sebelum zaman kemerdekaan dalam penentangan terhadap British di Pahang. Tekanan yang diberikan oleh British terutama dalam soal cukai membuatkan Mat Kilau dan rakan-rakannya nekad melawan British.
Ketika mereka dalam perjalanan pulang ke Malaysia, pesawat yang dinaiki telah ditembak jatuh oleh pengganas. Mengetahui akan hal ini, Tentera Udara Diraja Malaysia telah mengarahkan misi menyelamatkan mereka semua.
Zafran, abang ipar kepada Adib dan juga seorang juruterbang SUKHOI berusaha untuk menyelamatkan mereka. Demi keselamatan bersama, mereka berkorban dan berjuang sehingga ke titisan darah yang terakhir.
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!
b1e95dc632