Hadisimam muslim no 699 riwayat ibnu abbas. Hadis ini menunjukkan hujan dan tanah yg berlumpur adalah pengecualian utk solat berjemaah. Di zaman kita ni, ia berkadaran seperti hujan yg lebat sehingga banjir. Boleh buat jamak tamam di rumah.
Kalau dlm kesukaran, walaupun belum bermusafir, boleh jamak tamam. Contoh, nak naik flight, flight tu waktu asar sampai ke maghrib, akan adanya kesulitan utk solat (mungkin bawa anak2 kecil, family, dll). Jadi sebelum memulakan musafir / sebelum keluar dari daerah, (dia nak bermusafir tapi belum masuk dlm musafir), dia boleh jamak tamam. Solat zuhur 4 rakaat, asar 4 rakaat.
Ada ahli keluarga saya mengatakan bahawa boleh solat jamak di rumah sesudah sampai di rumah dari bermusafir. Mereka beritahu ada sebuah video ceramah agama yang memberi informasi boleh solat jamak di rumah dengan solat jamak tamam. Info ini berlainan dengan apa saya berlajar sewaktu sekolah dahulu.
Jamak solat merupakan rukhsah atau keringanan yang Allah berikan kepada hamba-Nya yang mempunyai kesulitan dalam melaksanakan solat pada waktunya. Dalam isu solat jamak di rumah sesudah sampai di rumah dari bermusafir merupakan pandangan sebahagian ulamak mazhab Hanbali yang mengharuskan jamak solat dalam situasi sukar dengan syarat perkara tersebut bukanlah suatu kebiasaan. Namun, berdasarkan pandangan dalam mazhab Syafii tidak sah melakukan solat jamak sekiranya telah sampai ke rumah. Pandangan yang mengharuskan jamak di rumah sesudah selesai permusafiran bukanlah pandangan majoriti ulamak. Pelaksaannya pula tidak sewenang-wenangnya kerana terdapat syarat yang perlu dipatuhi bagi mengelakkan umat Islam mengambil mudah atas urusan solat.
Terdapat beberapa keadaan yang diharuskan untuk menjamakkan solat walaupun ketika tidak bermusafir sebagaimana yang diputuskan di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Selangor berkaitan FATWA TENTANG HUKUM SEMBAHYANG JAMAK KERANA MENJALANI RAWATAN PENYAKIT-PENYAKIT KRONIK DI HOSPITAL KERAJAAN DAN SWASTA
Pekerja-pekerja yang tidak dapat meninggalkan tugasnya kerana sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan seperti doktor yang bertugas di wad ICU dan seumpamanya yang terpaksa bertugas tanpa had masa. Keharusan menjamakkan sembahyang dikhususkan pada masa berlaku darurat sahaja, tidak terpakai pada masa sihat atau hari yang tiada rawatan atau ketika tidak bertugas.
Setiap bacaan dipermudahkan dalam transliterasi rumi (jika anda menghadapi kesukaran membaca tulisan arab). Ruangan soal jawab (FAQ) juga disediakan untuk memudahkan anda membuat rujukan berdasarkan situasi.
Jamak bermaksud menghimpunkan. Dari segi bahasa, jamak adalah perkataan Arab yang bermaksud menghimpunkan atau mengumpulkan sesuatu yang berselerak. Dalam hal solat, ia bermaksud menghimpunkan dua waktu solat fardu dengan melakukannya dalam satu waktu.
Qasar bermaksud memendekkan solat. Contohnya daripada empat rakaat dipendekkan menjadi dua rakaat. Solat yang boleh dipendekkan menjadi dua rakaat ialah Solat Isyak, Zohor dan Asar. Solat Qasar juga boleh digabungkan dengan Jamak, iaitu dengan memendekkan jumlah rakaat serta menghimpun solat-solat tersebut.
Solat tamam merujuk kepada melaksanakan solat dengan lengkap tanpa mengambil rukhsah (kemudahan) qasar. Ini bermakna melaksanakan solat dengan bilangan rakaat yang penuh seperti yang telah ditetapkan, contohnya empat rakaat untuk solat Zohor, Asar, dan Isyak apabila seseorang itu tidak dalam keadaan musafir.
Saya ni orang Tanjung Karang, bekerja di Kuala Selangor tapi bekerja sebagai runner ambil barang hantar barang di kawasan sekitar Kuala Lumpur. Boleh dikatakan tiap-tiap hari bekerja saya berulang-alik ke sana. Bolehkah orang macam saya mengerjakan solat jamak qasar bagi orang yang selalu berulang-alik ke Kuala Lumpur setiap hari bekerja? Terima kasih saya ucapkan.
Sekiranya saya bekerja oustation (luar negara) selama 2 minggu tapi tapi berlainan tempat (seminggu di negara Indonesia & kemudian berpindah seminggu di negara Korea pula) sebelum pulang ke Malaysia, bolehkah saya berterusan jamak qasar selama 2 minggu atau hanya boleh qasar jika memerlukan ketika saya bertugas? Apakah nasihat ustaz utk situasi saya?
Jika saudara/saudari berada di Indonesia selama seminggu dan kemudian berpindah ke Korea untuk seminggu lagi, dan setiap tempat tinggal tidak melebihi empat hari, maka saudara/saudari boleh melakukan qasar dan jamak.
Dalam situasi saudara/saudari yang berada di luar negara untuk tempoh dua minggu dengan perpindahan tempat, anda boleh melakukan solat qasar selagi syarat-syarat musafir terpenuhi, iaitu perjalanan yang jauh melebihi 2 marhalah dan niat untuk tidak menetap lebih dari empat hari di satu tempat.
Nasihat saya, setiap kali berpindah ke tempat baru, niatkan dalam hati berapa lama anda akan berada di tempat tersebut. Jika ia tidak melebihi empat hari, maka saudara/saudari berhak untuk menjamak dan mengqasar solat.
2. Dah teringat, boleh ke kalau sy terus angkat tangan takbir & duduk tahiyat akhir habiskan solat; atau sy perlu ikut rukun satu persatu dgn niat ini rakaat akhir? (rukuk iktidal sujud seperti biasa)
1. Apabila anda tersedar kesilapan pada pertengahan rakaat ketiga (sewaktu qasar), wajar untuk anda menghentikan bacaan Al-Fatihah atau surah pada saat itu juga. Ini kerana kesinambungan solat itu penting, dan bacaan yang tidak perlu tidak sepatutnya dilanjutkan.
2. Setelah menghentikan bacaan, anda boleh langsung melakukan takbir (angkat tangan) dan duduk untuk tahiyyat akhir. Ini adalah langkah yang betul kerana anda telah menyedari bahawa ini sepatutnya adalah rakaat terakhir dalam solat qasar anda. Tidak perlu mengulangi rukun-rukun yang lain seperti rukuk atau sujud untuk rakaat ketiga tersebut. Langsungkan ke duduk tahiyyat akhir dan teruskan dengan tasyahhud, salam, dan lakukan sujud sahwi (sujud kerana lupa) sebagai penyelesaian solat anda.
Alhamdulillah. Terima kasih banyak2 ustaz untuk penerangan yang jelas. Sy cukup suka jadikan website ustaz sebagai panduan. Banyak nota2 ringkas (untuk rujukan sendiri) sy juga berpandukan akuislam. Sebab bagi sy, perkongsian ustaz detail, straightforward & mudah difahami. Syukur Alhamdulillah ustaz. Terima kasih sangat2. Mintak halal ye. Hihi
1. Niat Musafir: Anda hanya akan menjadi musafir (pelancong) apabila anda telah keluar dari kawasan bandar atau pekan anda. Oleh itu, anda perlu solat Maghrib seperti biasa di rumah. Anda baru menjadi musafir apabila anda telah berada di perjalanan dan telah melepasi batas kawasan penduduk Kajang.
2. Solat Isyak: Anda memang tidak boleh jamak solat sebelum anda keluar dari rumah. Jadi, anda tidak boleh jamak solat Isyak bersama Maghrib di rumah. Anda boleh tunggu sehingga anda berada di atas bas dan solat Isyak qasar (2 rakaat) apabila masuk waktu. Jika anda risau tidak sempat solat di atas bas atau tidak selesa, anda boleh tunggu sehingga sampai ke destinasi atau ketika bas berhenti rehat dan solat Isyak pada waktu itu.
3. Solat di Perhentian Bas: Jika bas berhenti rehat pada pukul 2 pagi dan waktu tersebut masih dalam masa untuk solat Isyak, anda boleh solat Isyak qasar (2 rakaat) pada waktu rehat tersebut. Jika anda rasa tidak selesa atau risau dengan keadaan persekitaran, anda boleh mencari tempat yang lebih terlindung atau privasi di stesen bas untuk solat.
Hari ni adalah hari terakhir comey berada ni Madinah Al-Munawarah. Comey tanyakan siap2 kan Ustaz Hanif tu bagaimana jadual perjalanan esok untuk persediaan comey sekeluarga. Luggage besar dah siap kami kemaskan. Cuma tinggalkan beg kecil je untuk kemaskan barangan dan pakaian semasa musafir nanti.
Lepas tu, dalam pukul 2.30ptg kami terus gerak keluar daripada bumi madinah dan berhenti miqat iaitu berniat Umrah pertama/wajib di Bir Ali. Berhenti di masjid sini, kami solat sunat tahiyatul masjid dan sunat mutlat dan terus niat untuk berihram. Kalau rasa tak yakin dengan niat yang dibuat sendiri, boleh la niat sekali lagi beramai-ramai atas kenderaan ( mutawif akan ajar niat beramai-ramai ).
Start saat itu, dah start kena jaga 13 pantang larang ( yang paling utama dan kebiasaan kita terlagha adalah memakai bau-bauan macam minyak angin, lip balm berperisa, wet tissue yang wangi & tutup muka bagi perempuan ). Yang potong kuku atau rambut atau cabut pokok-pokok atau memburu bintang tu.. in sha allah laa kita takkan tersasul.. tak pasal-pasal kene bayar dam sekor kambing.
Makanan yang disediakan secara berdulang, maknanya, kena sharing and caring lah. Kalau takde selera pun, sila telan juga untuk tampung tenaga yang akan digunakan sepanjang hari kita berada dalam ihram. Seb baik nasik arab ni jenis takde kuah, kering kontang.. kalau tak, abih laaa kuah jiran sebelah banjir kat kampung kite ihikss.. astaghfirullahalazimmm
Dah solat jamak taakhir Magrib dan Insya, kami pun meneruskan perjalanan menuju ke Tanah Haram Kota Mekah.
Bilamana bas hampir menggolekkan tayar masuk ke dalam gerbang kawasan Tanah Haram Mekah, Ustaz Hanif mengajak kami bersama-sama membacakan doa masuk ke Tanah Haram. Masing-masing dah segar bijik mata. Terus kami bersama-sama bertalbiah di sepanjang laluan di Tanah Haram.
Dalam bersesak-sesak di jalan besar (hotel kami berada di jalan kecil yang bas tak boleh masuk), kami turun dari bas dan menunggu Ustaz Hanif di ruang lobi hotel sambil menunggu beg besar di bawa masuk. Dah siap dibagi kunci bilik, mana yang takde masalah apa-apa, boleh naik rehat kat bilik sambil beringat mereka itu berada dalam ihram lagi. Comey kasi semua family naik ke bilik dulu untuk rehat dan comey stay kat lobi untuk cek luggage. Maybe sebab terbiasa dengan travel dan jalan banyak, jadi tak terasa mana penat tu plus eksited plus rasa bertanggungjawap untuk control keadaan membantu apa yang patut.
Kami start berkumpul jam 12 tengah malam di lobi dan setelah semua Jemaah selesai dengan urusan beg dan luggage masing-masing. Penat, tapi tak terasa langsung.. Talbiah bermula apabila kami beramai-ramai memulakan langkah untuk melaksanakan rukun umrah ini.
3a8082e126