ADAKAHMAHKAMAH PERUSAHAAN MERUPAKAN MAHKAMAH
ATAU TRIBUNAL
1. Latarbelakang
Mahkamah Perusahaan telah wujud di negara ini seawal tahun 1940. Penubuhan
Mahkamah Perusahaan ini dapat dilihat melalui penggubalan Industrial Court
Ordinance, 1940 (Straits Settlement) dan juga Industrial Court Enactment 1940
(Federal Malay States). Sementara itu, di negeri Kedah, telah terdapat Industrial
Court Enactment, 1360. Undang-undang tersebut menunjukkan bahawa sistem
perundangan berkaitan dengan perhubungan perusahaan telah dilaksanakan di
negara ini sekian lama. Ia meliputi 3 komponen utama iaitu melibatkan pihak pekerja
atau kesatuan sekerja, pihak majikan atau pertubuhan majikan dan pihak pemerintah
iaitu kerajaan persekutuan. Hubungan tiga serangkai ini terus diamalkan sehinggalah
terciptanya Akta Perhubungan Perusahaan 1967 yang menggantikan Industrial Court
Ordinance, 1948. Matlamat utama penggubalan Akta 177 adalah untuk mewujudkan
keharmonian perhubungan perusahaan di negara ini. Preamble Akta 177 ini
menyatakan bahawa:
An Act promote and maintain industrial harmony and to provide for the regulations
between employers and workmen and their trade unions and the prevention and
settlement of any differences or disputes arising from their relationship and generally
to deal with trade disputes and matters arising thereform.
Preamble Akta Perhubungan Perusahaan 1967 itu sendiri telah menjelaskan faktor
utama penggubalan akta tersebut adalah untuk menjaga keharmonian perindustrian
di negara ini.
Namun demikian, adalah ditegaskan bahawa sebenarnya Mahkamah Perusahaan
adalah merupakan satu platform tribunal yang berfungsi untuk menyelesaikan keskes pertikaian antara pekerja, kesatuan pekerja dan majikan. Di bawah Seksyen 30(5)
Akta Perbuhungan Perusahaan 1967, telah menyatakan bahawa mahkamah tidak
sewajarnya memberikan penekanan kepada aspek-aspek teknikal undang-undang
dalam menurunkan award di akhir perbicaraan kes di Mahkamah Perusahaan.
Prosedur serta amalan yang digunapakai di Mahkamah Perusahaan adalah
berlandaskan rujukan berikut:
3. Rumusan
Adalah jelas bahawa prosedur di Mahkamah Perusahaan sepatutnya adalah sesuatu
yang mudah dan tidak rumit seperti yang diamalkan di Mahkamah Sivil. Bidangkuasa
Mahkamah Perusahaan adalah tertakluk kepada peruntukan yang termaktub dalam
Akta Perhubungan Perusahaan 1967. Adalah jelas bahawa hakikat Mahkamah
Perusahaan sebuah tribunal adalah tidak dapat dinafikan. Keputusan yang
dikeluarkan oleh Mahkamah Perusahaan akan dikemukakan kepada Mahkamah
Tinggi dalam bentuk semakan kehakiman dan bukannya dalam bentuk rayuan. Di
samping itu, Mahkamah Perusahaan juga tidak ditakrifkan sebagai mahkamah di
bawah Akta Mahkamah Rendah 1948 dan Akta Mahkamah Kehakiman 1964. Oleh
yang demikian, kefahaman yang jelas oleh pengamal undang-undang semasa
berguam di Mahkamah Perusahaan amat penting bagi membantu perjalanan
Mahkamah Perusahaan tanpa terpaksa berhadapan dengan bantahan-bantahan
teknikal sehingga melambatkan proses penyelesaian kes di Mahkamah Perusahaan.
Disediakan oleh:
Keputusan ini dibuat pada 3 Julai 2023 oleh Augustine Anthony selaku Pengerusi Mahkamah Perusahaan Malaysia mengenai kes pertikaian pemberhentian kerja tidak sah antara pekerja Aniza Binti Hussin dan majikannya Netrise Niaga (M) Sdn Bhd. Aniza diwakili oleh Sivaranjani Manickam, pengamal perhubungan perusahaan di bawah Majlis Rangkaian Kesatuan Sekerja Antarabangsa (UNI-MLC) yang juga merupakan Ahli Jawatankuasa Pusat Parti Sosialis Malaysia (PSM) merangkap Ketua Biro Pekerja PSM.
Aniza mula bekerja dengan syarikat Netrise Niaga (M) Sdn Bhd, sebuah syarikat yang menjalankan perniagaan perkhidmatan makanan, pada 15 Februari 2012 sebagai Eksekutif Sumber Manusia. Pekerjaannya dengan syarikat itu telah disahkan pada 14 Ogos 2012. Gaji terakhirnya sebelum diberhentikan kerja ialah RM2,100 dengan elaun khas RM550. Aniza telah bekerja dengan syarikat tersebut selama 9 tahun sebelum diberhentikan kerja.
Pada 11 Mac 2021, Aniza diberitahu oleh pihak syarikat bahawa syarikat itu mengalami masalah kewangan kerana pandemik COVID-19 dan dia akan diberhentikan kerja atas sebab syarikat itu perlu menyusun semula perniagaannya untuk mengurangkan kerugian. Pada 16 Mac 2021, Aniza menerima surat penamatan kerja dengan notis 2 bulan dan diberhentikan kerja pada 15 Mei 2021. Aniza mendakwa bahawa pemberhentian kerjanya dilakukan tanpa sebab dan alasan yang adil. Aniza juga menuduh bahawa pihak syarikat itu terlibat dalam amalan perburuhan yang tidak adil. Pada ketika Aniza menerima surat pemberhentian kerja daripada pihak syarikat, dia ialah seorang ibu mengandung dan pihak syarikat menyalahgunakan tempoh cuti bersalin ibu sebagai tempoh notis pemberhentian kerja.
Aniza telah menfailkan kesnya di Jabatan Perhubungan Perusahaan (JPP) Kuala Lumpur di bawah Seksyen 20(1) Akta Perhubungan Perusahaan 1967 untuk memulihkan kerjanya kepada jawatan yang asal tanpa kehilangan gaji dan faedah-faedah lain. Oleh sebab tiadanya penyelesaian selepas rundingan damai, kes ini telah dirujuk ke Mahkamah Perusahaan pada 2 Mac 2022 oleh Ketua Pengarah JPP menurut Seksyen 20(3) Akta Perhubungan Perusahaan 1967. Selepas beberapa kali sebutan, kes ini dibicarakan di Mahkamah Perusahaan pada 10 April 2023.
Semasa perbicaraan di Mahkamah Perusahaan, Aniza sebagai pihak menuntut telah mengemukakan bukti bahawa dia telah menjalankan tugas-tugasnya dengan tekun, dan kerja yang dilakukannya masih wujud selepas dia diberhentikan walaupun pihak syarikat memberi alasan bahawa pemberhentiannya adalah kerana kerjanya tidak diperlukan lagi (redundant). Selain itu, pihak menuntut juga mengemukakan bukti bahawa walaupun pihak syarikat mengatakan wujudnya masalah kewangan, syarikat tersebut masih terus mengupah pekerja-pekerja baharu untuk bekerja di situ. Oleh itu, Mahkamah Perusahaan mendapati bahawa alasan syarikat untuk memberhentikan kerja Aniza kerana kerjanya tidak diperlukan lagi (redundant) adalah tidak tepat sama sekali.
Sivaranjani Manickam yang mewakili Aniza dalam kes ini juga mengucapkan terima kasih kepada Kohila Yanasekaran, seorang lagi aktivis PSM, yang telah membantunya dalam penyediaan hujahan di Mahkamah Perusahaan.
MengikutAkta Kesatuan Sekerja 1959, Kesatuan Sekerja atau Kesatuan didefinisikansebagai apa-apa pertubuhan atau gabungan orang-orang kerja ataumajikan-majikan. Mengikut Akta Perhubungan Perusahaan 1967, Kesatuan Sekerjadidefinisikan sebagai mana-mana kesatuan sekerja yang didaftarkan di bawahmana-mana undang-undang yang berhubungan dengan pendaftaran kesatuan sekerja. Pergerakankesatuan sekerja adalah satu elemen penting dalam perhubungan perindustrian diMalaysia. Sebuah Kesatuan Sekerja boleh ditubuhkan berasaskan trade, pekerjaanatau industri tertentu yang berfungsi sebagai badan yang menjaga dan melindungikepentingan mahupun kebajikan anggota-anggotanya. Kesatuan sekerja dijadikansebagai pengantara antara majikan dan pekerja dalam menyelesaikan konflik ataupun isu yang berkaitan dengan pekerjaan khasnya hal yang berkenaan dengan termadan syarat-syarat perkhidmatan. Kesatuan Sekerja boleh ditubuhkan olehpekerja-pekerja mahupun majikan. Kesatuan sekerja majikan merupakankesatuan yang diwakili oleh pihak-pihak majikan. Fungsinya adalah untukmenghalang gerakan pekerja yang tidak berpuas hati dengan terma dan kondusipekerjaan yang telah ditetapkan dalam sesebuah organisasi. Mereka memainkanagendanya yang tersendiri untuk menghindarkan pekerja-pekerja untuk menyertaikesatuan sekerja pekerja. Kesatuan sekerja pekerja pula ialah kesatuan yang terdiri daripadagabungan-gabungan pekerja. Mereka berjuang untuk mendapatkan keadilan yanglebih baik dan hak mereka dalam pekerjaan. Kesatuan ini terdiri daripada duapertubuhan dalam menjadi wakil kepada pekerja untuk menyelesaikan sesuatu isuyang timbul iaitu Malaysian Trades Union Kongres (MTUC) dan Kongres KesatuanPekerja-pekerja di dalam Perkhidmatan Awam (CEUPAC).
Melihat kepada sejarah perkembangan Kesatuan Sekerja di Malaysia selepas perang dunia kedua, kegawatan ekonomi dunia berlaku yang mengakibatkan pekerja-pekerja berjuang untuk mengatasi kemiskinan sejagat. Kekurangan makanan dan keadaan ekonomi yang merungsingkan menyebabkan berlakunya konflik di antara pekerja dan majikan di mana masing-masing menuntut dan mempertahankan hak dan kepentingannya. Enakmen Kesatuan Sekerja 1940 dilaksanakan dan dikuatkuasakan ke seluruh Tanah Melayu pada tahun 1947. Enakmen ini mewajibkan setiap Kesatuan Sekerja didaftarkan dengan pendaftar Kesatuan Sekerja. Sebuah jabatan baru ditubuhkan bagi mengendalikan urusan pendaftaran dan penyeliaan aktiviti Kesatuan Sekerja. Jabatan Penasihat Kesatuan Sekerja ditubuhkan bagi memberi nasihat berkenaan dengan Kesatuan Sekerja. Setelah Jepun menyerah kalah kepada pihak British pada September 1945, wujud pula General Labour yang dikuasai oleh Parti Komunis. Pada Februari 1946, kesatuan ini telah menubuhkan cawangan-cawangannya di setiap negeri termasuk negeri-negeri selat iaitu Pulau Pinang, Melaka, Singapura dan Labuan. Kesatuan ini dianggotai oleh pekerja-pekerja dalam semua sektor perdagangan dan perusahaan. Enakmen Kesatuan Sekerja 1940 yang pada asalnya dikanunkan untuk Negeri-Negeri Melayu Bersekutu telah diperluaskan pemakainnya atau pegunaannya kepada Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu. Negeri-Negeri Melayu Bersekutu terdiri daripada negeri Perak, Negeri Sembilan, Pahang dan Selangor manakala Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu terdiri daripada Perlis, Kedah, Kelantan, Johor dan Terengganu. Pendaftaran yang pertama telah bermula pada tahun 1947 yang mana pada akhir tahun tersebut terdapat sebanyak 298 bilangan Kesatuan Sekerja yang mendaftar dengan keanggotaan 195, 113 orang. Pada bulan Jun 1948, Enakmen Kesatuan Sekerja 1940 telah dipinda bertujuan bagi membolehkan pendaftaran Persekutuan Kesatuan-kesatuan Sekerja yang dikehendaki menghadkan keanggotaannya. Kesatuan Sekerja dikehendaki menghadkan keanggotaannya yang mana ahli-ahlinya terdiri daripada pekerja-pekerja yang bekerja di dalam trade, pekerjaan atau perusahaan yang serupa. Hal ini penting untuk memudahkan rundingan bersama dan menggugurkan kelayakan Persekutuan-persekutuan Kesatuan Sekerja yang dikuasai pihak Komunis. Hal ini yang mengakibatkan aktiviti Parti Komunis Malaya melalui Kesatuan Sekerja menjadi lemah. Apabila darurat diisytiharkan pada tahun 1948 akibat kegaganasan yang dilakukan oleh Parti Komunis Malaya, sebilangan daripada Kesatuan-kesatuan Sekerja ini telah dibubarkan.
3a8082e126