Namun terdapat dua realiti pembaca buku yang alah dengan buku terjemahan di Malaysia. Pertama; pembaca terbabit lebih selesa membaca dalam bahasa asal buku tersebut, iaitu biasanya bahasa Inggeris. Kumpulan ini biasanya berkemahiran baik (berfikir juga) dalam bahasa Inggeris.
Kita mempunyai pilihan tersendiri untuk memilih, membeli, membaca segala bahan yang cocok di hati. Apa-apa pun, kerja-kerja terjemahan tetap penting dalam kehidupan kita. Karya Salina (A. Samad Said), Hikayat Hang Tuah, Hikayat Raja Pasai, Sulalatun Salatin dan banyak lagi karya persuratan kita tidak akan dikenali dunia jika tidak ada yang menterjemahkannya ke bahasa antarabangsa.
Karya Jalaluddin Muhammad Rumi ini siap diterjemahkan selama 10 bulan oleh Allahyarham Profesor Dr. Mohd Ajmal Abdul Razak al-Idrus dan diterbitkan oleh ITBM pada tahun 2011. Lama sebelum itu, Reynolds Alleyne Nicholson, mengambil masa selama 40 tahun untuk menterjemahkan karya tersohor penyair terunggul Islam itu daripada bahasa Parsi ke bahasa Inggeris.
Melihat rupa bentuk buku Mathnawi Jalaluddin Rumi versi bahasa Melayu yang tebal-tebal berkulit keras sebanyak enam jilid, nampaknya bukan untuk dibaca secara santai. Ya betul! Profesor Ajmal semasa menterjemahkan buku ini menyatakan isi kandungan tersebut perlu dibaca untuk dikaji oleh penyelidik. Jadi apa perlunya orang biasa membacanya?
Di sinilah perlunya ada tangan-tangan yang menghuraikan isi kandungan Mathnawi yang sarat dengan puji-pujian tentang kehandalan, ketokohan dan kemasyhuran seseorang tokoh mengilustrasikan ia menjadi inspirasi, panduan, pengajaran dan nasihat kepada pembacanya.
Oprah Winfrey pernah menyatakan betapa perlunya beliau membaca karya Rumi sebelum tidur pada setiap malam. Ini kerana Rumi melontarkan kebijaksanaan pengetahuannya dengan penuh kelembutan. Karyanya sentiasa mengingatkan kita untuk berkelakuan dengan cara yang tepat kerana hakikatnya kita adalah manusia; ciptaan Tuhan yang paling hebat.
Dalam senarai 100 Novel Terbaik yang dikeluarkan oleh majalah Time sepanjang tahun 1923 hingga 2005, Animal Farm karangan George Orwell termasuk dalam kedudukan 10 terbaik yang perlu dibaca. Satu lagi karya Orwell yang disenaraikan oleh Time adalah 1984. Namun ITBM memilih Animal Farm untuk diterjemahkan oleh Al-Mustaqim Mahmood Radhi menjadi Politik Kandang dalam versi bahasa Melayu.
Animal Farm yang sulung diterbitkan pada 17 Ogos 1945, namun senario semasa politik tanah air dan dunia kini berkehendakkan kita untuk membaca dan menghadamkan buku ini. Bukanlah untuk belajar teknik dan seterusnya terjun ke dunia politik, tetapi untuk bergelak ketawa melihat permainan ahli politik yang tidak banyak bezanya dengan Napoleon, Snowball, Old Major, Boxer, Squeler dan kawan-kawannya.
Kedua kerana karya terjemahan Allahyarham Datuk Hassan Ahmad, bekas Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) ini memang terkenal di seluruh dunia hingga diterjemahkan kepada lebih 60 bahasa dan meraih jumlah cetakan lebih 40 juta naskhah, tidak termasuk versi adaptasi ke filem, siri televisyen, lagu dan permainan komputer.
Walaupun soalan tersebut nampak biasa-biasa saja, tetapi ia benar-benar menggugah pemikiran anak gadis tersebut. Selanjutnya pemikiran Sophie dialihkan daripada berfokus mencari siapa pengirim surat kepada inti pati yang terkandung dalam surat tersebut.
Selain Dunia Sophie, terdapat satu lagi karya Gaarder turut diterjemah dan diterbitkan oleh ITBM, iaitu Gadis Oren (The Orange Girl). Namun karya Gaarder tersebut tidak dapat mengulangi kehebatan Dunia Sophie sama ada di Malaysia dan juga antarabangsa kerana ia berada di kelasnya yang berlainan. Dunia Sophie merupakan pilihan terbaik bagi pembaca muda yang mula berjinak-jinak dalam pembacaan serius kerana penceritaannya santai dan mudah difahami.
Hanya berbekalkan bacaan buku A Visit to the Indian Archipelago in H.M. Ship Maeander: With Portions of the Private Journal of Sir James Brooke, K.C.B. tulisan Henry Keppel, Salgari dapat menghasilkan kisah pengembaraan lanun di Sarawak yang sangat berjaya. Plot novel ini disusun kemas seolah-olah di setiap halaman dan bab itu memberikan kesan sinematik yang mengujakan kita.
Di benua Amerika Latin, Sandokan: Lanun Malaysia mempunyai banyak peminat yang menjadi inspirasi banyak penulis hebat kerana mereka membesar dengan siri pengembaraan Sandokan. Antaranya Gabriel Garcia Marquez, Carlos Fuentes, Julio Cortazar, Cesar Aira, dan Borges.
Sungguhpun novel ini tidak memberikan gagasan pemikiran yang hebat serta fakta sejarah yang tepat, ia tetap novel fiksyen yang membolehkan pembaca berimaginasi untuk berlari selaju-lajunya, berlawan sekuat-kuatnya, berteriak sepuas-puas hati tanpa batasan. Yang penting, orang jauh di luar sana telah lama menulis tentang kita dan diangkat-angkat sehingga kini dalam pelbagai versi.
SHAH ALAM - Sebuah novel Korea diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu bertajuk Selamat Datang Ke Kedai Buku Hyunam-dong mengajak pembaca merenung semula perjalanan mencari tapak kerjaya dan bagi mereka yang mahukan hidup lebih tenang.
Pengurus Penerbitan Grup Buku Karangkraf (GBK), Azzah Abdul Rahman berkata, bahan bacaan tersebut diterbitkan oleh Kumpulan Karangkraf di bawah jenama Karangkraf Literature (K-Lit) sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2024 yang akan bermula pada 24 Mei ini.
Novel ini mengisahkan perjalanan seorang remaja lelaki India, Theeban yang membawa diri ke Kuala Lumpur dan menemui dunia gelap kota raya itu. Sigandi yang asalnya berbahasa Tamil diterbitkan pada tahun 2021 oleh penerbit di India, Yaavarum Publishers.
Novel ini diterjemahkan oleh Buku Fixi di bawah usaha Fixi Lingo, sebuah inisiatif yang menterjemahkan novel-novel Malaysia dalam pelbagai bahasa ke dalam bahasa Melayu, tanpa ditajai oleh mana-mana agensi kerajaan.
Novel ini diterjemahkan oleh Saravanan Satianandan, seorang guru bahasa yang berkhidmat di sebuah sekolah rendah. Beliau sudah beberapa kali menterjemahkan cerpen Tamil M. Navin ke dalam bahasa Melayu dan amat memahami lenggok dan nuansa bahasa rakannya itu.
Pelancaran ini turut dibarisi oleh beberapa judul terbaharu Buku Fixi, novel jenayah Inggeris Big Trouble in Little Paradise oleh Nathaniel Sario, kumpulan cerpen Inggeris Bone Weight and Other Stories oleh Shih-Li Kow, dan novel Gula oleh penulis Indonesia Nuril Basri.
Syarikat penerbitan ini mula beroperasi melalui penjualan buku dalam talian sepenuhnya sehingga 11 April 2015 dengan pelancaran kedai buku utama (dikenali sebagai Kedai FIXI) yang pertama di Pusat Beli-belah Jaya di Petaling Jaya.[1]
Buku FIXI memulakan empayar mereka dengan menerbitkan 3 buku sulung secara serentak - Kougar, Pecah dan Cekik pada tahun 2011. Pada ketika itu, mereka menggunakan model sebenar sebagai penghias muka depan.
FIXI Retro ialah label di bawah syarikat Buku FIXI yang bertujuan untuk menerbitkan kembali beberapa novel tempatan yang telah lama hilang daripada edaran umum. Dari segi tema mereka masih tertarik dengan konsep 'pulp fiction' (yang dibilang 'picisan' pada waktu itu) yang menonjulkan elemen-elemen yang gelap dan sensasi. Jangan risau: novel-novel bercitra murni seperti yang dipilih untuk kegunaan pelajaran sastera di sekolah menengah tidak akan diambilkira.
Label ini mengabungkan novel oleh penulis yang sama ke dalam satu buku yang sama. Jangan Baca Kombo Ini adalah gabungan 3 novel penulis popular Ismi Fa Ismail (Jangan Baca Novel Ini, Tiada Tajuk dan Akhir).
Label ini membawakan terjemahan bahasa Melayu karya-karya cereka terkenal berbahasa asing. Karya yang diterjemah termasuk tulisan Neil Gaiman,[4] Stephen King,[4] John Green,[2] dan Haruki Murakami.[2]
Label ini untuk menterjemahkan novel-novel Malaysia yang ditulis dalam bahasa lain, ke dalam Bahasa Melayu. Buku Fixi mencipta label ini sebab mereka perasan tiada usaha sebegini daripada badan-badan kerajaan yang menerima peruntukan besar untuk buat kerja terjemahan. Novel pertama dalam siri ini adalah SIGANDI yang ditulis oleh M. Navin dalam Bahasa Tamil, dan diterjemah oleh Saravanan Satianandan. Versi Tamil telah terbit pada 2021. [1]
Buku FIXI telah memperoleh hak untuk menterjemahkan katalog belakang DC Comics kepada Bahasa Melayu di bawah label ini pada April 2016. Perolehan hak ini telah membawa kepada pengeluaran dua karya terjemahan Superman/Batman daripada penerbit buku komik Amerika yang bereputasi: Public Enemy dan Supergirl.[5] Pada 4 Ogos tahun sama, Grafixi telah mengeluarkan seni penutup rasmi Suicide Squad: Kicked in the Teeth sebagai komik acah untuk terjemahan komik yang akan datang.[6][sumber lebih baik diperlukan] Kemudiannya, telah diumumkan bahawa tajuk tersebut boleh didapati untuk jualan pada minggu berikutnya.[7][sumber lebih baik diperlukan]
Buku FIXI juga ada mengeluarkan beberapa buku yang hanya dicetak terhad. Kesemuanya hampir laku keras dan dijual habis. Anda bernasib baik jika berjaya menjumpainya di pasaran gelap dengan harga yang murah.
FIXI Edisi Terhad hanya dicetak dengan jumlah yang sangat terhad - hanya 1,500 ke 3,000 unit sahaja dan takkan diulang cetak. Antara yang menjadi rebutan dan dijual dengan harga tinggi di pasaran gelap ialah buku FIXI Edisi Terhad seperti Kopi (masih boleh dibeli dengan harga RM100.00 di Shopee Buku FIXI), Bola, KLCC dan juga Cerpen 40.
Buku FIXI mengeluarkan buku kulit keras edisi terhad sulungnya pada tahun 2012 untuk Pecah sempena pelancaran filem yang diadaptasi dari novel tersebut. Bermula pada tahun 2017, FIXI mula mengeluarkan buku dengan kulit keras di PBAKL untuk menghargai para penulis dan pembaca. Pada tahun 2019, Buku FIXI mengeluarkan sehingga 3 buah buku kulit keras serentak sempena PBAKL. Musketeers pula merupakan prekuel kepada Gantung. Dijual bagi mengutip dana crowdfunding untuk membikin Gantung The Movie. Untuk PBAKL 2022, buat pertama kalinya FIXI mengeluarkan sebanyak 1,000 unit cetakan untuk buku Unbox oleh Ariff Adly dan 300 unit daripada itu dijual di Shopee Buku Fixi. Sempena PBAKL 2023 pula, FIXI mengeluarkan sebanyak 8 buah buku kulit keras, terbanyak dari tahun sebelum ini.
c80f0f1006