Petua TipsWanita Untuk Keluarga 28102012

17 views
Skip to first unread message

tipswanita

unread,
Oct 28, 2012, 6:10:55 AM10/28/12
to tipsw...@googlegroups.com
Petua TipsWanita Untuk Keluarga 28102012

A) Halia Untuk Hilangkan Mabuk Laut Atau Kenderaan

Setiap orang mempunyai daya tahan yang sendiri apabila menaiki kenderaan saman ada kereta atau kenderaan di laut seperti kapal dan bot.

Ada yang dapat bertahan dan ada yang tidak. Halia boleh digunakan untuk menghilangkan rasa mabuk ini. Sama ada dapatkan halia jeruk atau gula-gula yang mengandungi halia untuk mengurangkan rasa mabuk.

Gambar dalam blog adalah kunyit, lengkuas dan halia.



B) Membuat Pengering Kelembapan Anda Sendiri

Bagi anda yang sering membeli vitamin atau ubatan yang disimpan dalam botol tentu akan menjumpai satu bungkusan kertas kecil bertulis "Do Not Eat" atau jangan makan. Bungkusan kertas kecil ini adalah "Moisture Adsorbent" atau penyerap kelembapan dalam botol ubat atau vitamin. Ia biasanya diperbuat daripada Silica Gel.

Bungkusan kertas kecil Silica Gel ini boleh dikumpulkan dan disimpan dalam bekas bersesuaian yang mempunyai lubang kecil laluan udara. Anda telah membuat pengering kelembapan anda sendiri yang boleh digunakan dalam tempat simpanan kasut dan almari pakaian untuk mengurangkan kesan kelembapan. Kelembapan yang tinggi dalam tempat-tempat tersebut akan meningkatkan perkembangan kulat dan ini akan menimbulkan bau yang tidak menyenangkan. Dengan menggunakan bekas pengumpulan Silica Gel ia dapat mengurangkan kelembapan dalam tempat simpanan kasut dan almari pakaian.


C) Resepi Daging Masak Halia

Bahan2 :-

1/4 kilo daging
1 labu bawang besar (dihiris)
6 inci halia (dihiris nipis)
2 batang lada masak (dipotong menyerong)
10 helai daun bawang (dipotong 5 inci panjang)
3 sudu sos tiram
1 sudu tepung jagung (dibancuh dgn sedikit air)
1/2 cawan air
garam secukup rasa

Cara2 -:

1) panaskan minyak, goreng bawang, halia hingga naik bau.

2) masukkan daging dan biar separuh masak.

3) masukkan daun bawang, lada, sos tiram dan air.

4) tunggu sehingga masak dan masukkan garam

5) perlahankan api, masukkan bancuhan tepung jagung dan kacau sehingga sebati.

Lagi resepi di

Reply all
Reply to author
Forward
0 new messages