Sayang Kenapa Cintakan Saya?

4 views
Skip to first unread message

tipswanita

unread,
Aug 28, 2011, 2:35:11 PM8/28/11
to tipswanita
Sayang Kenapa Cintakan Saya?

http://blog.perempuanmelayu.info/2008/08/sayang-kenapa-cintakan-saya.html

Bila ditanya dengan soalan "Sayang kenapa cintakan saya?". Sukar untuk
menyatakan jawapan dalam ayat yang mudah. Tiada perkataan yang dapat
diungkap untuk menjelaskan kenapa rasa cinta ini wujud.

Yang boleh dijawab, tidak tahu hendak memberi jawapan kenapa menyintai
dan terus menyintai.

Jika pada masa mula jatuh cinta, jawapan mungkin mudah. Jatuh cinta
pada rupa, pada tingkah laku, pada jenaka, pada budi bahasa, pada apa
jua yang menarik yang sebabkan tertarik. Hati sentiasa ingat, makan
tidak lalu, tidur tidak lena dan mandi tidak basah. Semua itu dirasa
bila mula bercinta.

Namun seperti mana perkara-perkara yang wujud dalam kehidupan,
cintakan akan menjadi dewasa, selaras dengan masa dan selaras dengan
matangnya hubungan.

Semakin lama percintaan, semakin bertambah perkara-perkara dalam
kehidupan dikongsikan bersama. Mula pada awalnya mungkin perkara-
perkara mudah. Berkongsi bayar makan dan minum, berkongsi kenderaan ke
tempat kerja. Lama kelamaan hampir semua perkara dikongsikan bersama
selaras dengan dewasanya cinta.

Kehidupan mu adalah kehidupan ku, kehidupan ku adalah kehidupan mu, ia
menjadi kehidupan kita.

Cinta kini menjadi kehidupan. Pengkongsian kehidupan dua insan lelaki
dan wanita, adalah percintaan. Usaha untuk memberi dan menerima, usaha
untuk mengalah atau mengambil jalan tengah, usaha berunding, merajuk
dan luahan perasaan. Semua itu adalah percintaan.

Kenyataannya. Tiada yang sama antara dua insan, lelaki dan wanita.
Dari semua segi adalah berbeza, tubuh badan, perasaan, permikiran,
sikap, semuanya berbeza.

Yang sama hanyalah cinta... Cinta yang menjadi pengikat... Dua insan
lelaki dan wanita yang saling berbeza. Pengikat itu adalah pemahaman
bahawa dua insan bercinta lelaki dan wanita, adalah dua insan yang
berlainan dan berbeza. Kekuatan ikatan adalah sikap saling hormat
menghormati atas pemahaman itu.

Untuk jawapan kepada "Sayang kenapa cintakan saya?"

Lihatlah mataku, nampaklah dirimu. Sentuhlah hatiku, disitulah dirimu.
Lihat hidupku itulah hidupmu.

dan tentunya

Aku cinta padamu...

Sayang dan Rindumu selalu. (SDRMS)...

Wassalam.

Kumpulan penulis Tipswanita dan laman perempuanmelayu.info
tipswanita.com

21 Ogos 2008

Hakcipta dituntut oleh penulis dan penyumbang Kumpulan penulis
Tipswanita dan laman perempuanmelayu.info

http://www.tipswanita.com/

This work is licensed under the Creative Commons Attribution-
NonCommercial-ShareAlike 2.5 Malaysia License. To view a copy of this
license, visit http://creativecommons.org/licenses/by-nc-sa/2.5/my/ or
send a letter to Creative Commons, 543 Howard Street, 5th Floor, San
Francisco, California, 94105, USA.

Artikel asal Sayang Kenapa Cintakan Saya? daripada

http://tipswanita.wordpress.com/2008/08/25/sayang-kenapa-cintakan-saya/

http://tipswanita.multiply.com/journal/item/19

http://blog.perempuanmelayu.info/2008/08/sayang-kenapa-cintakan-saya.html
Reply all
Reply to author
Forward
0 new messages