Panduan Memilih Peti Sejuk

156 views
Skip to first unread message

tipswanita

unread,
Dec 19, 2006, 2:42:37 AM12/19/06
to tipswanita
Panduan Memilih Peti Sejuk

Artikel ini di Internet :-
http://www.wanita.us/beli-petisejuk.php
http://tipswanitasihat.blogspot.com/2006/12/panduan-memilih-peti-sejuk.html


Peti ais atau peti sejuk merupakan satu keperluan. Memilih peti sejuk
perlulah mengambil kira, jumlah isi rumah, jangka masa simpanan
barangan, fungsi-fungsi tambahan dan belanjawan pembelian.

Menggantikan peti sejuk lama, boleh menjimatkan daripada segi
penggunaan elektrik. Peti sejuk model terkini lebih menjimatkan
elektrik berbanding model sebelum tahun 2002. Hampir semua model peti
sejuk kini lebih jimat tenaga elektrik berbanding dahulu.

Semakin besar peti sejuk, semakin mahal harganya. Bertambah fungsi
disertakan, semakin naik harga peti sejuk. Model peti sejuk dua pintu
atau lebih, iaitu bahagian pembeku ais pintu diasingkan sama ada atas
atau bawah, adalah lebih mahal berbanding model peti ais satu pintu.

Peti ais daripada jenama yang dikenali adalah lebih mahal, tetapi
jaminan dan ketahanan diketahui dan boleh dipercayai.

Jika jumlah isi rumah seorang ke empat orang, peti sejuk bawah 300
liter adalah bersesuaian. Kebanyakan model dalam kategori ini adalah
satu pintu dan biasanya dengan harga RM1000 kebawah. Fungsi tambahan
jarang terdapat hanya fungsi asas menyejuk dan membeku sahaja.

Jika sebuah keluarga membeli barangan mentah untuk simpanan seminggu,
maka peti sejuk yang dicadangkan adalah sekitar 300 ke 350 liter.
Semakin bertambah besar isi padu semakin meningkat harganya. Harga bagi
model 300 liter ke atas adalah diantara RM1000 hingga ke RM1500. Yang
lebih mahal lagi dengan isi padu sebegini adalah kerana penambahan
pelbagai fungsi.

Dicadangkan bagi yang menyimpan barangan mentah untuk jangka masa
seminggu, dapatkan peti ais dengan fungsi membunuh bakteria atau yang
boleh menyimpan sayur-sayuran segar lama. Antara fungsi-fungsi tambahan
adalah, kaca tidak mudah pecah, tahan tumpah, kaca ruang boleh keluar
dan pelbagai. Peti sejuk dengan pintu keluli tahan karat, hanyalah
penambahan harga dan gaya, tanpa kebaikan tambahan.

Peti sejuk dua pintu, dikatakan dapat mengurangkan jumlah penggunaan
tenaga elektrik. Oleh kerana ruang beku dipisahkan dengan ruang sejuk,
maka ruang beku jarang dibuka dan akan tetap suhunya. Dalam peti sejuk
model satu pintu, suhu ruang beku akan sentiasa berubah yang
diakibatkan oleh pintu sering dibuka dan ditutup. Ini menyebabkan peti
sejuk akan lebih bekerja untuk menetapkan suhu dalam ruang beku.

Bahagian getah sekeliling pintu peti sejuk adalah bahagian yang
mula-mula akan haus. Cuba dapatkan peti sejuk dengan bahagian getah
saiz yang lebar dan dapatkan nilaian ujian ketahanan getah ini. Jenama
terkenal biasanya membuat nilaian ketahanan berapa jumlah bukaan pintu
peti sejuk getah ini akan bertahan. Pilihlah peti sejuk yang
pengeluarnya keluarkan jumlah ketahanan dalam dokumennya.

Peti sejuk dengan "Defros" secara automatik adalah fungsi yang boleh
dipertimbangkan. Malah ada model dengan selanggara minimun, seperti
tidak perlu membuang air yang dicairkan, ia akan dikeringkan sendiri.
Fungsi-fungsi ini adalah penambahan, jika penambahan harga dalam
belanjawan anda, maka ia boleh dipertimbangkan.

Belilah peti sejuk yang bersesuaian dengan keperluan rumah.
Fungsi-fungsi tambahan nampak canggih tetapi membuat harga peti sejuk
lagi mahal. Fungsi membasmi bakteria dan kekal segar antara fungsi yang
boleh dipertimbangkan sekiranya mampu untuk bayar lebih. Pastikan saiz
peti sejuk bersesuaian dengan ruang rumah yang akan diletakkan peti
sejuk.

Artikel Sebelum ini :

Bahagian G-Spot wanita
http://kamasutra.wanita.us/gspot.php

Jimat Minyak Petrol
http://www.wanita.us/jimat-minyak-petrol.php

Berjimat Dengan Menjaga Kesihatan
http://www.wanita.us/jimat-sihat.php

Lain-lain Tips dan artikel
http://tipswanitasihat.blogspot.com/

Sidang Pengarang Wanita Dot Us
http://www.wanita.us/tipswanita.php

17Dis2006

This work is licensed under the Creative Commons
Attribution-NonCommercial-ShareAlike 2.5 Malaysia License. To view a
copy of this license, visit
http://creativecommons.org/licenses/by-nc-sa/2.5/my/ or send a letter
to Creative Commons, 543 Howard Street, 5th Floor, San Francisco,
California, 94105, USA.

Dapatkan pengetahuan rumah tangga tips dan nasihat untuk wanita

http://groups.google.com/group/tipswanita atau email kepada
tipswanita...@yahoogroups.com

Simpanan Email lama

http://groups.yahoo.com/group/tipswanita/

http://tipswanita.blogspot.com/

--- Iklan

Duit Adsense semua boleh lakukan
http://www.wanita.us/adsense.php

Reply all
Reply to author
Forward
0 new messages