Ilmu Bilik Tidur

76 views
Skip to first unread message

tipswanita

unread,
May 3, 2008, 3:06:59 PM5/3/08
to tipswanita
Ilmu Bilik Tidur

Di Internet
http://tamanwangi.perempuanmelayu.info/2008/05/ilmu-bilik-tidur.html

Ilmu bilik tidur sering dikaitkan dengan seks. Ilmu bilik tidur bukan
sekadar pengetahuan tentang seks semata-mata kerana ia melibatkan
semua perkara dalam hubungan suami isteri. Hubungan seks turut
memerlukan ilmu seks yang perlu dipelajari bersama-sama.

Hubungan seks bukan hanya sekadar dorongan nafsu. Setiap perilaku
dalam hubungan seks perlulah dilakukan dengan ilmu yang dipelajari.
Ilmu seks perlu turut dipelajari dengan ilmu untuk mengekal kasih
sayang dan cinta suami isteri.

Kenikmatan seks bukan untuk seorang. Kenikmatan seks adalah untuk
suami dan isteri yang melakukan hubungan seks. Setiap pasangan perlu
tahu bagaimana untuk memuaskan pasangannya dan kenapa ia dilakukan.

Kepuasan Seorang Wanita
http://tamanwangi.perempuanmelayu.info/2006/06/kepuasan-seorang-wanita-orgasm.html

Hubungan seks bukan satu paksaan. Hubungan seks bukan dilakukan
kerana sudah jadi tanggung jawab. Hubungan seks perlu dilakukan kerana
kasih sayang dan cinta.

Semakin lama usia perkhawinan, ukuran hubungan seks bukan lagi
diukurkan dengan berapa kali ia dilakukan atau berapa lama ia
dilakukan. Ia diukur dengan makna selepas hubungan itu. Satu ukuran
pasangan suami isteri perlu tentukan sejak awal perkhawinan lagi. Satu
penilaian yang unik bagi setiap perkhawinan.

Suami perkasa isteri power adalah moto iklan jualan pelbagai barangan
dan ubat untuk meningkatkan kemampuan hubungan seks. Namun begitu,
seks bukanlah penyelesaian masalah hubungan suami isteri. Seks adalah
sebahagian daripada penyelesaian. Seperti mana awal penulisan artikel
ini, perlu dan turut dicari adalah bahan dan ubat untuk mengekalkan
kasih sayang dan cinta suami isteri.

Mengurat dan mengoda perlu dilakukan daripada awal dan sentiasa
berterusan. Lakukan seperti mana waktu mula bercinta dahulu. Mengurat
untuk mengekalkan keharmonian rumah tangga kerana rasa magik itu perlu
sentiasa ada.

Rindu berpisah jauh boleh meningkatkan nilai hubungan yang mungkin
lama dingin. Bila hari-hari selalu berjumpa maka ia sudah menjadi
biasa. Perlulah selalu dipecahkan kebiasaan dengan kejutan berjauhan.

Ambil kesempatan tugasan luar daerah untuk meningkatkan rasa rindu.
Rasa rindu mesti selalu membara. Tidak dinafikan rasa rindu itu akan
membawa ke arah hubungan seks. Satu luahan kasih sayang dan cinta
suami isteri.

Berpakaian seksi untuk suami, memakai haruman wangi dan sihat.
Makanlah makanan yang menyihatkan kerana seks adalah sentiasa berkait
dengan kesihatan.

Haruman Meningkatkan Gairah Seks
http://tamanwangi.perempuanmelayu.info/2008/04/haruman-untuk-meningkatkan-gairah-seks.html

Seks Dan Kesihatan
http://tamanwangi.perempuanmelayu.info/2006/08/seks-dan-kesihatan-artikel-ini.html

Seksi. Mungkin ramai wanita mengatakan, zaman muda untuk seksi sudah
berlalu. Seksi masa muda berlainan dengan seksi zaman badan sudah naik
dan kulit semakin berkedut. Jika dahulu seksi pada body sekarang seksi
tidak lagi dipandang pada body oleh suami.

Semakin meningkat usia perkhawinan, keseksian bukan lagi dilihat pada
badan semata-mata. Pandangan yang disuarakan, cara dan gaya,
kedewasaan dan yang paling penting kematangan. Kemantangan dalam
berbincang tentang isu tertentu terutama soal dalam bilik tidur.

Isteri perlu sentiasa ingat, suami anda akan berubah. Suami anda akan
semakin matang. Jangan jangkakan suami dikenali dahulu akan sama 10
tahun lagi. Isteri perlu sentiasa bercinta untuk mengenali suami.

Kenali diri suami anda setiap masa.

Pada suami jangan anggapkan isteri anda akan kekal rupa bentuk seperti
anda mula kenali dahulu. Perubahan pasti berlaku. Terimalah kerana
itulah pengorbanan seorang wanita. Menyediakan dirinya untuk
melahirkan zuriat.

Kenali diri isteri setiap masa. Terima seadanya.

Namun begitu, seks perlu dikekalkan kerana ia boleh menjadi penawar
atau racun dalam hubungan suami isteri. Yang penting dalam hubungan
seks adalah pengertian dan kematangan.

Love itu cinta ...

Membelai Buah Dada Wanita
http://tamanwangi.perempuanmelayu.info/2008/05/gambar-buah-dada-wanita.html

G-Spot Wanita
http://tamanwangi.perempuanmelayu.info/2008/02/g-spot-perempuan-untuk-kepuasan-seks.html

Senarai Artikel Menarik Blog Taman Wangi Perempuan Melayu Info
http://tamanwangi.perempuanmelayu.info/2008/05/blog-taman-wangi-tips-dan-panduan-seks.html

Lagi artikel
http://tamanwangi.perempuanmelayu.info/2008/05/blog-taman-wangi-tips-dan-panduan-seks.html


Simpanan Email lama

http://asia.groups.yahoo.com/group/tamanwangi/join

http://groups.google.com.my/group/belajarseks

http://tamanwangi.blogspot.com/


Hakcipta dituntut oleh penulis dan penyumbang Blog Taman Wangi
Perempuan Melayu Info
http://tamanwangi.perempuanmelayu.info/

4 Mei 2008

Wanita Perempuan Melayu Info
http://wanita.perempuanmelayu.info/
Reply all
Reply to author
Forward
0 new messages