Kenapa Anda Perlukan Coklat

7 views
Skip to first unread message

tipswanita

unread,
Feb 5, 2007, 12:47:25 AM2/5/07
to tipswanita
Kenapa Anda Perlukan Coklat

Coklat adalah kaya dengan antioxidant seperti catechins an phenols. Ia
membantu dalam pencegahan sakit jantung dan kanser. Kandungannya sama
seperti dalam teh hijau, jus oren, bayam, bawang, jagung dan pisang.

Coklat hitam dikatakan mempunyai empat kali kadar catechins dan
phenols berbanding teh. Untuk makluman, satu kajian menyatakan,
minumlah teh tanpa susu untuk mendapat khasiat antioxidant teh.

Phenols dikatakan dapat melindungi daripada serangan sakit jantung.
Antioxidant yang wujud bukan setakat melindungi sel-sel dan DNA
daripada radikal bebas malah ia menghalang pembentukan bahan lemak
yang boleh menyebabkan salur darah jantung tersumbat.

Coklat tidak mengemukkan. Tidak ada satu jenis makanan akan
menyebabkan gemuk. Pengambilan berlebihan sesuatu jenis makanan
meningkatkan kalori. Jika kalori ini tidak dibakar sebanyak ia
diambil, ini yang menyebabkan kegemukan. Makanlah coklat dalam kadar
yang sederhana, bukan sekadar coklat malah semua jenis makanan.

Satu kajian yang dijalankan di Universiti Pittsburgh mendapati coklat
tidak menyebabkan migrain seperti yang disangkakan sebelum ini. Mereka
yang sering mengalami migrain atau sakit kepala boleh memakannya tanpa
perlu risau ia akan menyebabkan sakit kepala.

Malah coklat mengandungi bahan seperti ubat penenang, yang menjadi
penahan sakit dan meningkat tahap rasa sihat. Coklat keluarkan
endorphins yang membuat kita rasa gembira.

Makan seberapa banyak dan kerap, coklat bukanlah bahan ketagihan.
Permakanannya boleh dihentikan bila-bila masa.

Makan coklat dikatakan boleh menguatkan sistem pertahanan badan. Ini
boleh mengurangkan risiko jangkitan selsema dan flu.

Coklat bukanlah penyebabkan jerawat. Jerawat disebabkan oleh perubahan
hormon dan genetik. Jangan streskan diri, makanlah coklat. Ia boleh
tenangkan anda sewaktu stres.

Coklat mengandungi phenylethylamine dan tyramine, bahan kimia yang
menyebabkan rasa sayang dan berahi. Coklat adalah salah satu makanan
aphrodisiac. Phenylethylamine adalah kimia yang berkait dengan
amphetamines. Ia meningkatkan aliran darah, kadar glukos dalam darah,
jadikan kita lebih waspada atau sedar dan rasa puas. Coklat boleh
dikatakan makanan untuk seks selain tiram.

Coklat berwarna hitam merupakan sumber tembaga (copper) dan dalam
kadar sedikit adalah perlu untuk kesihatan metbolisma dan membantu
menghalang penyakit Alzhemier's dan osteoporosis.

Bagi wanita yang menghadapi PMS, makan coklat dapat membekalkan
magnesium yang diperlukan oleh badan. Datang bulan mengurangkan kadar
magnesium dalam badan dan ini meningkatkan masalah kesakitan waktu
haid (PMS).

Selain coklat, mengambil soya 40mg ke 80mg sehari boleh melegakan
masalah yang timbul akibat datang haid kerana soya mengandungi
phytoestrogens, struktur kimia yang hampir sama dengan estrogen. Mampu
menolong mengurangkan ketegangan.

Bagi wanita, coklat menggalakkan pengeluaran kimia endorphins bagi
otak wanita, yang menggalakkan rasa gembira dan mengurangkan stres.

Makan coklat adalah baik untuk kita, namun seperti mana-mana makanan
janganlah ambil berlebihan.

Artikel Sebelum ini :

Multivitamin Daripada Alam
http://tipswanitasihat.blogspot.com/2007/02/multivitamin-daripada-alam.html

Perkara Yang wanita Perlu Tahu Tentang Seks
http://tamanwangi.blogspot.com/2007/02/perkara-perkara-wanita-perlu-tahu.html

Seks Yang Baik Melegakan Stress
http://tamanwangi.blogspot.com/2007/01/seks-yang-baik-melegakan-stress.html

Benefits of Sex
http://tamanwangi.blogspot.com/2007/01/benefits-of-sex.html

Lain-lain Tips dan artikel

http://tipswanitasihat.blogspot.com/
http://tamanwangi.blogspot.com/
http://tipswanita.blogspot.com/
http://jaringanmalaysia.blogspot.com/
http://productsweused.blogspot.com/

Sidang Pengarang Wanita Dot Us
http://www.wanita.us/tipswanita.php

04 Feb 2007

This work is licensed under the Creative Commons Attribution-
NonCommercial-ShareAlike 2.5 Malaysia License. To view a copy of this
license, visit http://creativecommons.org/licenses/by-nc-sa/2.5/my/ or
send a letter to Creative Commons, 543 Howard Street, 5th Floor, San
Francisco, California, 94105, USA.

http://creativecommons.org/licenses/by-nc-sa/2.5/my/deed.ms

Dapatkan pengetahuan rumah tangga tips dan nasihat untuk wanita

http://groups.google.com/group/tipswanita atau email kepada tipswanita-
subs...@yahoogroups.com

Simpanan Email lama

http://groups.yahoo.com/group/tipswanita/
http://groups.google.com/group/tipswanita

--- Iklan

Duit Adsense semua boleh lakukan
http://www.wanita.us/adsense-wanita.php

Untuk Archive
http://groups-beta.google.com/group/tipswanita/web/beritahulah

Reply all
Reply to author
Forward
0 new messages