Perkara yang menyentuh hati saya, gadis ni datang seorang diri dari rumahnya di Segamat, Johor ke klinik saya di Johor Bahru dengan menaiki bas dan e-hailing. Keluarga masih belum tahu tentang apa yang berlaku.
"Perjalanan agak jauh sebenarnya dari Segamat ke Johor Bahru. Cekal hati dia untuk datang sejauh ini tanpa peneman. Saya imbas kandungan guna ultrasound, Alhamdulillah bayinya sihat. Lepas tu saya berbual beberapa perkara dengan gadis tu.
"Saya geleng kepala je, lelaki tu dah mengandungkan anak orang tapi tiada rasa tanggungjawab langsung. Saya tanya gadis tu, pasti ke nak kahwin dengan dia? Mamat ni bakal imam awak dan bakal ayah kepada anak awak.
"Dia terdiam je. Di sinilah masalah utama yang saya nampak dalam masyarakat, kita terlalu fokus untuk didik anak perempuan supaya jaga maruah diri, sampai terlupa untuk ajar anak lelaki supaya menghormati wanita.
"Sebelum kahwin elakkan berhubungan kelamin, tapi sekarang nasi sudah menjadi bubur. Saya nasihatkan gadis tu untuk beritahu mak ayah perkara sebenar, kalau mereka boleh terima, lebih mudah kehidupan selepas ni," jelas doktor tersebut.
"Saya cuba tenangkan dia, saya cakap memang sakit tapi jangan risau, kita ada ubat dan nanti dia boleh sembuh semula. Satu pengajaran untuk kita semua, sentiasa berdoa kepada Tuhan agar dipelihara keturunan anak-anak kita.
"Saya buatkan surat untuk rujuk gadis tu ke hospital atau klinik di Segamat, lebih dekat dan tak perlu ulang-alik jauh buat check-up. Risau kalau nanti terberanak dalam bas ke," kata doktor itu menutup bicara.
3a8082e126