Bekas Ketua Jemaah Nazir KPM sertai PAS

15 views
Skip to first unread message

ab rahim abdul hamid

unread,
Jun 17, 2012, 4:51:56 AM6/17/12
to u hartford, Alumni...@yahoogroups.com, bekam, silaturrahim

Bekas Ketua Jemaah Nazir KPM sertai PAS

Muhammad Faeez, 17 Jun 2012
(Gambar: Zabidi (dua dari kiri) dan Nazri (dua dari kanan) diraikan selepas menyerah borang menyertai PAS kepada Tuan Guru Nik Aziz)

BAGAN SERAI: Belum reda isu kemasukan bekas Ketua Setiausaha Kementerian Tanah dan Koperasi Prof Datuk Dr Nik Zain Nik Yusof menyertai PAS, kini seorang lagi bekas pegawai kanan kerajaan mengikut jejak langkah sama.

Terbaru, bekas Ketua Jemaah Nazir Kementerian Pelajaran Malaysia, Tuan Haji Ahmad Zabidi Shamsuddin malam tadi menyerahkan borang menyertai PAS.

Beliau menyerahkan borang permohonan keahliannya kepada Mursyidul AM PAS, Tuan Guru Dato’ Bentara Setia Nik Aziz Nik Mat ketika Himpunan Hijau ke Putrajaya Peringkat Negeri Perak,semalam.

Beliau berkhidmat di dalam kerajaan selama 33 tahun dan di Kementerian Pelajaran hampir 10 tahun.

Ahmad Zabidi juga pernah menjadi Pengarah Pelajaran Negeri Terengganu dan bertugas sebagai pengetua di beberapa buah sekolah.

Dalam ucapannya sulungnya berkata, disepanjang beliau berkhidmat di kementerian pelajaran, pelbagai kezaliman dan penindasan berlaku.
Katanya, kuasa politik pemerintah telah menguasai pentadbiran kerajaan.

“Orang yang  tidak menyokong BN akan dikenakan tindakan dan mereka ditukarkan jauh dari tempat asal,” katanya di hadapan 30ribu hadirin.

Ujar Ahmad Zabidi, tindakan itu semata mata guru-guru tersebut tidak sehaluan dengan kerajaan dan bukannya atas kesalahan yang berat.

“Yang tukar itu bukanlah Pengarah Pelajaran tetapi tindakan tersebut atas desakan oleh pemimpin Umno dan BN ,” jelasnya.

Beliau menjelaskan, tindakan seperti ini masih berterusan dan lebih giat dibuat oleh pihak Kementerian Pelajaran atas arahan oleh Umno dan BN.

Tambahnya, antara faktor lain mendorongnya menyertai PAS ialah dasar yang diperjuangkan oleh Umno ketika ini berkisarkan sistem sekular ciptaan manusia.

Turut menyerahkan borang keahlian PAS ialah AJK Umno Bahagian Gopeng Tuan Haji Nazri Nordin yang  bergelumang lebih 30 tahun dalam parti itu kini hilang keyakinan  dan melihat perjuangan PAS adalah benar serta mewarisi perjuangan Rasulullah.




Mat Sabu cabar pengerusi Majlis Fatwa ketuai BERSIH
  • Abdul Rahim Sabri
  • 2:07PM Jun 15 2012
 
Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu mencabar Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan (MFK) Prof Emeritus Tan Sri Datuk Dr Abdul Shukor Husin untuk mengetuai perhimpunan BERSIH jika ia diadakan sekali lagi pada masa akan datang.

Katanya, ia tugas ulama untuk "menentang kemungkaran dan menegakkan kebenaran" seperti mana dilakukan "ayatullah" di Iran yang memimpin anak muda dalam revolusi Islam negara itu pada 1979 (bawah).

ayatullah khomeini
 iran spiritual leader 290509 02"Kenapa di Malaysia ini golongan agama khas yang duduk dalam kerajaan menjadi penonton dan pembela kepada golongan penyeleweng?

"Kalau (pengerusi bersama Datuk) Ambiga tak sesuai dan Datuk A Samad Said tak sesuai, barangkali rambutnya tak ikut sunah atau misai dia panjang ka, elok pengerusi Majlis Fatwa mempengerusi BERSIH," katanya.

Bercakap dalam temubual bersama saluran atas talian Radio Bangsar Utama (RABU) malam tadi, Mohamad mendakwa sekiranya Abd Shukor enggan berbuat demikian, "kita nampak dia menyokong (pihak yang) kotor".

Mohamad menjawab soalan kartunis Zunar berhubung kredibiliti keputusan MFK berhubung isu perhimpunan BERSIH berbanding fatwa ulama tersohor Dr Yusuf Al-Qaradhawi yang menyeru rakyat Mesir turun ke Dataran Tahrir.

NONESebelum ini, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam dilapor memutuskanharam untuk umat Islam menyertai perhimpunan atau demonstrasi yang bertujuan tidak baik, melanggar undang-undang serta mencetuskan huru-hara dan kekacauan dalam negara.

Abdul Shukor Husin dilapor berkata jawatankuasa memandang serius isu itu di mana sebahagian umat Islam bertindak sebagai perusuh jalanan dalam banyak perhimpunan atau demonstrasi termasuk seperti yang berlaku pada perhimpunan di ibu negara 28 April lepas.

Bagaimanapun Selasa lalu, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Mashitah Ibrahim dilapor berkata Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan tidak pernah mengeluarkan sebarang fatwa berhubung pengharaman demonstrasi BERSIH (atas).
--


Reply all
Reply to author
Forward
0 new messages