Fw: Re: Wanita mualaf dirogol semasa cari bantuan

17 views
Skip to first unread message

surayati othman

unread,
Dec 2, 2009, 11:32:17 PM12/2/09
to the silaturrahim
Baldatun toyyibatun wa rabbun ghafur
 
sharing is caring is learning and loving all Mankind, Creatures and Creations of Allah...

Suriati Othman


--- On Thu, 12/3/09, LATIFAH TAMERLANE <lat...@gmail.com> wrote:

From: LATIFAH TAMERLANE <lat...@gmail.com>
Subject: Re: Wanita mualaf dirogol semasa cari bantuan
To: "surayati othman" <datin...@yahoo.com>, "Marlina Wong Abdullah" <marlin...@gmail.com>, "nurin soo" <cough...@myjaring.net>
Date: Thursday, December 3, 2009, 10:59 AM

Dear Sis Suraya ,
 
Its very sad and embarassing for the Muslim community and NGOs.
And after reading your experience too, I am most annoyed . 
 
Anyway if it isof any help if in future you or any Silatul Rahim group have such a case 
where cases of reverts or poverty and they have problem for accomodation please feel free 
to offer them to stay with me till they can stand on their on feet . 
Alhamdulillah Allah have given me a spacious condo and if they dont mind serenity and distance away from the maddening crowd (a place good to contemplate and study Islam) 
They are most welcome . 
 
Wasalam 
Latifah Tamerlane  

2009/11/29 surayati othman <datin...@yahoo.com>
Assalamualaikum WRT semua

Apa nama Persatuan yang terlibat tu?....Itu lah akibatnya yang berlaku apabila kekadang bila kes-kes aduan oleh saudara baru apabila diajukan kepada jabatan2 atau persatuan NGO yang berkaitan   tidak pula mendapat layanan yang sewajarnya..maka pengadu dalam keadaan yang terdesak sering  terdorong untuk memohon bantuan  kepada sesiapa saja yang nampak jujur yang sudi membantu..malangnya diambil kesempatan.....Jadi siapa yang sepatutnya bertanggungjawab dalam mempastikan perkara2 yang tidak diingini berlaku ini dipantau dan diambil tindakan???
 
Ingin berkongsi kisah benar  yang pernah dialami dimana saya sendiri telah merujukkan satu kes saudara baru muslimah 46 tahun dan anak perempuan berusia 10 yang amat perlu bantuan  dengan membawanya sendiri ke pejabat seorang YB ADUN di SUK (Kebajikan) Shah Alam dengan harapan agar bantuan segera dihulurkan.  Itu pun setelah terpaksa menggesa PA beliau untuk menerima kes tersebut untuk dipanjangkan kepada pihak berkaitan JAIS/Mais.  Malangnya tak banyak yang dibantupun bahkan hanya terpaksa menunggu selama 4 bulan untuk sekadar dipanggil untuk mendapatkan nombor telefon  saudari baru tersebut  untuk dihubungi (padahal borang maklumat pun telah diisi). Itu pun kes dilapor  pada peringkat  ADUN ......belum lagi diperingkat kaunter 'khidmat pelanggan'  sahaja yang mana entah berapa lama lah pulak tindakan atau layanan yang akan diberikan ....Allahu'alam bistawab!
 
Alasan yang diberikan .....Ustad yang berkaitan tidak dapat berusan kerana pergi berkursus!  Kursus kursus kursus..tak habis2 kursus.........itu lah alasan yang rasanya paling afdhal yang sering digunapakai oleh jabatan berkaitan selain terlalu banyak kes yang perlu dipantau....hmmm.... Kursus kursus kursus tetapi kakitangan yang berkaitan masih nampaknya tak menepati KPI yang sepatutnya! Mengabiskan beras jo!  Pro tak gek! Hmmm....
 
Kalau dah tahu jabatan tak cukup kakitangan .....tambah le,!,,kalau makan nasi tak cukup pandai pulak nak tambah lagi ..gaji nak naik......kalau tak cukup gek kakitangan yang berpengalaman pun tak susah...ramai antara jemaah2 sukarela daripada NGO yang boleh menyalurkan sumberkhidmat (outsource je lah)...saya pun boleh gek no problem....
 
Salam ukhwah untuk Allah
 
 
Sister Suraya
The Silaturrahim
Suriati Othman


--- On Sun, 11/29/09, ab rahim abdul hamid <arah...@yahoo.com> wrote:

From: ab rahim abdul hamid <arah...@yahoo.com>
Subject: Wanita mualaf dirogol semasa cari bantuan
To: NaqibNet...@yahoogroups.com, masjidto...@googlegroups.com, "silaturrahim" <silatu...@googlegroups.com>, "bekam" <be...@googlegroups.com>
Date: Sunday, November 29, 2009, 10:54 AM

Wanita mualaf dirogol semasa cari bantuan

KUALA LUMPUR 28 Nov. - Ibarat sudah jatuh ditimpa tangga. Sudahlah dalam kesusahan kerana menunggu proses perceraian, seorang wanita Cina mualaf yang ingin mengadu nasib ke sebuah persatuan persendirian menjadi mangsa rogol pula.

Lebih kejam, mangsa yang berusia 28 tahun, bukan sahaja dirogol sebanyak dua kali malah turut dikurung dan dipukul oleh presiden persatuan Cina mualaf itu sendiri.
Kisah malang mangsa bermula pada 20 November lalu, apabila dia cuba meminta bantuan daripada persatuan itu untuk mendapatkannya pekerjaan.

Berikutan itu, mangsa bersama seorang anak perempuannya berusia lapan tahun telah pergi ke pejabat persatuan berkenaan di sebuah kondominium di Pandan Indah.
Mangsa memeluk Islam selepas berkahwin dengan lelaki Melayu sembilan tahun lalu namun kerana tiada lagi persefahaman, kedua-duanya kini dalam proses bercerai.

Ketua Polis Daerah Ampang, Asisten Komisioner Abdul Jalil Hassan berkata, suspek telah berjanji akan membantu wanita itu untuk mendapatkan pekerjaan dan memujuknya bermalam di rumahnya.

Katanya, suspek juga menasihatkan mangsa supaya tidak bimbang kerana kononnya ibunya berada di rumah.

"Mendengar penjelasan itu, mangsa yang tidak menyangka niat buruk di sebalik pujukan itu terus bersetuju untuk bermalam di rumah suspek," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui pada majlis korban sempena sambutan Hari Raya Aidiladha di Masjid Bukit Antarabangsa di sini hari ini.
Sebanyak 14 ekor lembu disembelih yang kemudian diagih-agihkan kepada kira-kira 1,000 penduduk setempat dan anggota polis.

Abdul Jalil berkata, suspek kemudiannya bertindak ganas apabila mengurung dan memukul mangsa sebelum dijadikan tempat 'pemuas nafsu'.

Katanya, namun perbuatan suspek terbongkar pagi semalam apabila meninggalkan mangsa dan anaknya dalam keadaan rumahnya terkunci untuk ke masjid bagi mengerjakan solat sempena Hari Raya Aidiladha.

"Mangsa mengambil kesempatan itu untuk menjerit meminta tolong daripada jiran-jiran. Melihat keadaan mangsa itu salah seorang daripada mereka menghubungi polis.
"Polis kemudian memecah masuk rumah tersebut dan berjaya menyelamatkan mangsa dan anaknya," tambah beliau.

Katanya, ketika ditemui, mangsa dalam keadaan lemah dan mengalami lebam-lebam di anggota badannya kemungkinan dipukul untuk melakukan seks.
Katanya lagi, mangsa turut diugut bunuh serta diacukan pisau oleh suspek sekiranya tidak mahu bekerjasama atau cuba membuat kecoh.

"Berdasarkan pemeriksaan awal, mangsa disahkan dirogol," katanya.
Susulan daripada itu, Abdul Jalil berkata, pihaknya berjaya menahan suspek di Hentian Pudu Raya di sini, kira-kira pukul 2 petang pada hari sama, dipercayai cuba melarikan diri selepas mengetahui polis menyerbu rumahnya.

Beliau berkata, hasil pemeriksaan awal, suspek berusia 38 tahun itu mempunyai tiga rekod lampau membabitkan kes ugut, pukul dan curi.
Kes itu katanya, disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol, Seksyen 324 kerana mendatangkan kecederaan dan Seksyen 342 kanun yang sama kerana mengurung secara salah.
Menurutnya, suspek direman selama empat hari bermula hari ini.
Sehubungan itu Abdul Jalil meminta orang ramai yang mempunyai masalah agar berurusan dengan persatuan kebajikan di bawah naungan kerajaan dan bukannya mana-mana persatuan persendirian.


Enjoy more chat on blogs and websites
Experience it with the Online Pingbox Creation Wizard!
--
You received this message because you are subscribed to the Google Groups "masjidtourguides" group.
To post to this group, send email to masjidto...@googlegroups.com.
To unsubscribe from this group, send email to masjidtourguid...@googlegroups.com.
For more options, visit this group at http://groups.google.com/group/masjidtourguides?hl=en.



Reply all
Reply to author
Forward
0 new messages