INTERACTIVE DA'WAH TRAINING D MASJID BUKIT INDAH [1 Attachment]

2 views
Skip to first unread message

yahya lukman

unread,
Nov 18, 2009, 2:08:27 AM11/18/09
to respeks group, prowaris group, the silaturrahim, masjid tour

Assalamu'alaikum wbt

Apa itu Interactive Da'wah Training?
Interactive Da'wah Training adalah kursus Perbandingan Agama anjuran PERKIM Ampang. Sebelum ini kursus ini dinamakan Friendly Comparative Religion.

Bilakah kursus ini akan diadakan dan dimana?
Kursus ini akan diadakan pada 21-22/11/2009 (8:30am-5:30pm) di Masjid Bukit Indah Ampang.

Bayarannya berapa?
RM150 dewasa dan RM120 pelajar.

Mahalnya, apa yang saya dapat?
Yuran ini adalah bagi menampung kos makan 6 kali, bahan bahan terdiri daripada buku-buku 7 Persoalan Asas Agama Kristian (Mohd Amin Yaacob & Lim Jooi Soon), The Amazing Quran (Gary Miller) The Fundamentals of Monotheism (Abu Ameenah Bilal Philips) Holy Bible NLT dan lain-lain lagi.

Holy Bible NTL tu apa?
Holy Bible New Living Translation. Living Translation kerana terjemahannya sentiasa hidup dan berubah dari masa ke semasa.

Hah buat apa Holy Bible NTL?
Dalam kajian tentang agama Kristian, saudara akan diajar bagaimana membaca bible dan saudara akan ditunjukkan banyak sangat pertentangan fakta dan maklumat di dalam Bible NTL itu sendiri. Saudara juga akan didedahkan dengan asal usul agama Kristian. Susur galur Katholik dan Protestant dll lagi.

Lagi apa yang menarik dalam kursus ini?
Barisan penceramah yang hebat, terdiri daripada mereka yang terlibat secara langsung dengan da'wah kepada masyarakat yang belum Islam dan pernah mengislamkan orang bukan Islam. Ada juga penceramah yang pernah menganut agama Budha, Taoisme, Kristian dan akhirnya memeluk agama Islam.

Berkesankah kursus ini?
Setiap kali kursus, tidak kurang seorang peserta mualaf yang berjaya di Islamkan.

JIM Ampang Jaya punya kouta ada lagi kosong?
Masih ada satu kekosongan untuk ahli/rakan JIM Ampang Jaya. Buat masa ini senarai peserta dari JIM Ampang Jaya adalah Adnan Abdullah, Kak Syarifah, Kasim dan Abdullah Ahmad Raji.

Orang bukan Islam boleh join kah?
Ya, orang bukan Islampun boleh sertai kursus ini. Sesiapa yang ada prospek dikalangan orang bukan Islam tetapi ingin mempelajari perbandingan tentang agama Islam, Kristian, Hindu dan Budha boleh lah menghantar mereka ke kursus ini.

Bukankan orang bukan Islam tidak boleh masuk masjid????
Ini satu fahaman yang salah. Rasulullah pernah berdialog dengan pendita Kristian yang datang dari Najran di dalam masjid Nabawi. Sejarah ini membuktikan orang bukan Islam boleh masuk masjid. Siapa yang kata tidak boleh itu tak baca sejarah.

Apa yang berlaku dalam dialog itu?
Ceritanya panjang saudara kena hadiri kursus ini baru boleh dapat fahami seerah ini.

Penceramah ada tauliah kah?
Ya, semua penceramah mendapat tauliah daripada Jabatan Agama Islam Negeri Selangor.

Dimana saya boleh dapat maklumat lanjut?
Senang saja, sila buka fail ppt yang disertakan. Atau telefon Bro Lim Jooi Soon 012 366 1121, penasihat PERKIM Ampang, atau saya sendiri Zun Arif Hakim 0122454674 / zunarif@yahoo. com

Terima kasih kerana melayan soalan saya
Sama-sama. Jumpa di sana ya....


Zun Arif Hakim
JKD JIM Ampang Jaya



 




__._,_.___

Attachment(s) from Zun Arif

1 of 1 File(s)

Forum [NaqibNet Diskusi] ini adalah fokus dan khusus kepada mel-e dan perkongsian maklumat berbentuk diskusi sahaja. Pentadbiran forum ini adalah di bawah Pejabat Setiausaha Agung JIM.

Sila ke "JIM E-Bazaar" untuk membeli belah, membayar yuran program dan menyumbang untuk dakwah, di http://www.jim.org.my/e-bazaar/
.

__,_._,___

surayati othman

unread,
Nov 21, 2009, 9:19:23 AM11/21/09
to thesila...@googlegroups.com

Salam Brother... this is real simple, comprehensive dan cute way of presentation (since I always love emoticon)thank you....tak de empty seat yang fiisabilillah for our silaturaahim group ke? Cheers!
Suriati Othman


--- On Wed, 11/18/09, yahya lukman <nursaifu...@yahoo.com> wrote:
--
You received this message because you are subscribed to the Google Groups "thesilaturrahim" group.
To post to this group, send email to thesila...@googlegroups.com.
To unsubscribe from this group, send email to thesilaturrah...@googlegroups.com.
For more options, visit this group at http://groups.google.com/group/thesilaturrahim?hl=.

Reply all
Reply to author
Forward
0 new messages