Panggilan Sukarelawan - Borang Pendaftaran TFTN Sesi 2015

24 views
Skip to first unread message

teachfortheneeds

unread,
Feb 4, 2015, 1:26:46 AM2/4/15
to tftn-vo...@googlegroups.com
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera!

Para sukarelawan yang dikasihi,

Kempen #TFTNRestart2015 yang sedang berlangsung kini bukan sekadar menukar logo TFTN, tetapi ianya datang dengan beberapa perubahan baru yang bakal mengarah perjalanan TFTN ke arah yang lebih kemas dan teratur. TFTN mahu terus mengorak langkah ke hadapan sebagai sebuah NGO yang wujud dan memberi impak berterusan terhadap masyarakat kurang bernasib baik berdasarkan agenda-agenda utamanya iaitu, 

1. Memberikan pendidikan melalui kelas bimbingan/kelas tuisyen/kelas tambahan secara percuma;
2. Menyediakan bengkel kemahiran belajar dan bengkel menjawab peperiksaan; 
3. Mengadakan lawatan sambil belajar buat anak-anak TFTN; dan,
3. Menganjurkan program-program seni.

Kami masih dan tetap akan mengekalkan konsep teras TFTN iaitu mengadakan kelas/aktiviti di Rumah Perlindungan (RUP) atau Rumah Anak Yatim (RAY). Namun bersama konsep teras ini akan diiringi bersama program-program berskala sederhana atau besar misalnya pada tahun ini TFTN akan menganjurkan 2 program, iaitu Pameran Seni Lukis Anak-Anak TFTN dan Pementasan Teater Anak-Anak TFTN.

Sukarelawan yang datang dan pergi adalah lumrah dalam mana-mana NGO sekalipun. Sebagai NGO yang baru bertatih kami sedar dan sentiasa berusaha untuk memperbaiki segala kekurangan dan kelemahan kami dalam segenap aspek. Justeru bersama ini, disertakan Borang Pendaftaran TFTN untuk diisi dan dihantar semula kepada kami menerusi emel. Borang pendaftaran ini merupakan di antara langkah awal TFTN pada tahun 2015 untuk menyusun semula gerak kerja kami. 

Borang ini khusus bagi sukarelawan yang sememangnya serius dan yakin dengan masa yang ada dapat memberikan komitmen untuk melakukan kerja-kerja kesukarelawanan bersama TFTN. Bagi yang tidak berminat dan tidak lagi berminat, kami percaya di dalam konsep kesukarelawanan sentiasa tidak pernah ada paksaan untuk anda melibatkan diri atau turut serta.

Namun kepada yang mengisi dan memulangkan semula borang ini, kami seikhlas-ikhlasnya mengucapkan jutaan terima kasih dan tahniah kerana anda telah menyedari betapa begitu luas ruang-ruang lompong di dalam masyarakat yang memerlukan sentuhan anda.

Pulangkan borang ini kepada kami menerusi emel ini (reply). Kami sentiasa menanti penglibatan anda!

Ikhlas,

Ben Nizari

Koordinator TFTN Sesi 2015
www.teachfortheneeds.org
Facebook/teachfortheneeds
Twitter @TFTNOfficial
Borang Pendaftaran Sukarelawan TFTN - Sesi 2015.doc
Reply all
Reply to author
Forward
0 new messages