Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Sebagaimana yang kalian maklum, pada tahun ini TFTN akan menganjurkan dua program penting berskala sederhana besar iaitu:
1) Projek Seni Lukis Anak TFTN di Galeri Petronas (Dijangka Ogos)
2) Projek Seni Teater Anak TFTN di Dewan Muzium Shah Alam (Dijangka Jun)
Ada banyak kerja yang perlu dilakukan. Kalian digalakkan untuk bersama-sama kami terlibat mengurus dan mengatur kedua-dua projek ini daripada peringkat awal sehinggalah pada kemuncaknya nanti.
Pada 25 Januari 2015 bertempat di KL Sentral, satu pertemuan (kali ke-2) akan diadakan untuk membincangkan pembahagian kerja dan peranan sukarelawan yang mahu terlibat. Justeru bagi yang mahu berkomitmen, boleh berhubung dengan:
Abdul Rahman Shah - 019-3650873
Pengarah Projek Seni Lukis Anak TFTN 2015
Raihan Jasmani - 017-2332570
Pengarah Projek Teater Anak TFTN 2015
Selamat beraktiviti dan terima kasih di atas komitmen yang kalian beri. Sehingga ketemu di kedua-dua projek ini.
Terima kasih,
Ben Nizari
0122622995 (Whatsapp Available)
Koordinator TFTN
Teach For The Needs