Sekolah Falsafah TFTN - Penggal 1: Mengenal Metafizik - “Liku-liku akal: Dari Plato ke Nietzsche”

144 views
Skip to first unread message

Anas Alam Faizli

unread,
Nov 18, 2013, 9:45:49 PM11/18/13
to tftn-vo...@googlegroups.com

Assalamualaikum wrt. wbr., kepada semua sukarelawan yang dikasihi sekalian,

PENGUMUMAN

Bagaimanakah kita tahu apa yang kita tahu? Apakah maknanya kebenaran? Bolehkah manusia mengenali realiti, secara mutlak dan kesuluruhan? Adakah kita memerlukan agama untuk akhlak? Atau adakah akal itu sudah mencukupi?

Renungilah persoalan-persoalan seperti ini dengan lebih lanjut bersama Sekolah Falsafah TFTN! Ia akan memperkenalkan sosok pemikiran Plato, Aristotle, Spinoza, Hume, Kant, Hegel dan Nietzsche antara lain. Penggal pertama, yang akan membahaskan mengenai metafizik, akan bermula pada pertengahan bulan 1 2014.

Pendaftaran dibuka sehingga 31 Disember 2013. Untuk memberikan tumpuan yang lebih mendalam untuk peserta dan perbincangan, tempat akan terhad kepada 30 orang. Setiap peserta membayar yuran komitmen sebanyak RM 200. Yuran akan dipulangkan jika peserta selesai kuliah.

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai intipati kursus dan matlamatnya sila lihat di bawah.

Sila teliti segala butiran dokumen tersebut sebelum mendaftar. Berdeka lama, sistem pendidikan Malaysia telah mengabaikan falsafah, sementara sistem pendidikan negara-negara maju menganggap sebagai satu matapelajaran penting untuk membangunkan insan.

Tiba masanya kita sebagai rakyat menyertai arus wacana pemikiran tamadun dunia. Sahutlah cabaran - daftar segera di http://tinyurl.com/sekolahfalsafahtftn

Wassalam,

Anas Alam Faizli



Sekolah Falsafah TFTN

Penggal 1: Mengenal Metafizik
 
“Liku-liku akal: Dari Plato ke Nietzsche”

 

Hasil

1) Kursus: Memperkenalkan perserta kepada tema-tema penting dalam sejarah metafizik barat dengan kritis. 

2) Antologi: Menghasilkan pandunan falsafah untuk pemula, khususnya dalam konteks mahasiswa dan sistem pendidikan di Malaysia. Panduan ini akan terdiri daripada karangan-karangan ringkas yang akan dihasilkan oleh peserta-peserta kursus dan akan menceritakan mengenai tema-tema metafizik utama dikalangan tokoh-tokoh yang akan dikaji.


1. Kursus

Isi kandung

Kursus ini meneliti sejarah umum perdebatan metafizik dalam konteks falsafah barat. Tujuannyaa ialah untuk memahami perubahan-perubahan dalam penakrifan “akal” / “kewarasan” (rationality) yang akhirnya membentuk wacana ilmu “moden”.

Secara khususnya, kursus ini akan melibatkan idea-idea Plato, Aristotle, Descartes, Spinoza, Hume, Kant,  Hegel, Nietzsche dan Iqbal.

Antara tajuk-tajuk yang akan disentuh adalah: idealisme, realisme, rasionalisme, kekhuatiran bermetod, materialisme, skeptisisme, panteisme, nihilisme dan eksistensialisme.

Ini termasuklah kesan-kesan idea-idea tersebut terhadap persoalan-persoalan akhlak dan kemanusiaan. 

Matlamat

Setiap pelajar yang menyertai kursus ini dari mula hingga akhir akan:

1)      Mengenali dan memahami tema-tema umum dalam pemikiran tokoh-tokoh yang dibincang dalam kursus ini.

2)      Melihat bagaimana idea-idea dari tokoh-tokoh berlainan berdialog dan berhubung antara satu sama lain, walaupun mereka bergiat dan menulis dalam era yang berbeza.

3)      Arif menerang logik, makna dan kesan disebalik hujah-hujah utama tokoh-tokoh tersebut.

4)      Mempraktikkan kaedah asas bacaan kritis (critical reading): cara mendekati, menyoal dan menganalisa makna-makna tesurat dan tersirat sesebuah teks falsafah.

5)      Menilai bagaimana hujah falsafah yang bermutu, mantap dan bernas berbeza dengan hujah yang dangkal.

Pedagogi

1)                  Untuk menghalusi (refine) pemahaman dan penghayatan, mahupun kritikan dan bantahan, ke atas tema-tema utama dalam falsafah barat dan wacana yang sewaktu dengannya (pemodenan, kemajuan, sains, hak asasi, pencerahan, humanisme, etc).

2)                  Untuk lebih memahami dan mengamal cara-cara bacaan kritis (critical reading) yang boleh diapplikasikan ke perbahasan dan pembacaan dalam konteks-konteks lain.

3)                  Menzahirkan suasana perbahasan yang terbuka di mana segala idea akan dikritik secara mendalam, ilmiah dan santun (tanpa merasa defensive atau insecure).

4)                  Mengatasi gejala name dropping ke arah pemahaman yang jelas dan rapi. (Name dropping: sering menyebut nama-nama tokoh tetapi lemah dan janggal dalam menjelaskan idea mereka secara mendalam.)

5)                  Mengahapuskan rasa malu bertanya persoalan-persoalan sensitif.

6)                  Menghasilkan perbincangan ke arah kompilasi karangan falsafah oleh peserta kursus, yang akan merenung mengenai tema-tema dan permasalahan yang timbul dalam proses perbincangan dan pembacaan.

Metod

Setiap topik yang dibicarakan akan merangkumi aspek-aspek tersebut.

1)      Apakah permasalahan falsafah yang ingin ditangani oleh sesuatu konsep itu? 

2)      Bagaimanakah permasalahan itu timbul?

3)      Adakah penyelesaian yang disaran pemikir tersebut kukuh? Apakah kekuatan dan kelemahanya? 

4)      Apakah persoalan dan implikasi yang tidak dikesani tokoh tersebut?

5)      Apakah relevannya permasalahan ini untuk kehidupan harian kita?

 

Pendekatan

Antara renungan yang akan diselidik adalah:

  • Metafizik: Apakah kepentingan metafizik? Apakah kaitannya dengan akal? Apakah kaitan metafizik dengan ilmu akhlak dan politik?
  • Makna “akal”: Apakah itu rasionaliti? Mengapakah terjadi pelbagai penafsiran terhadapnya? Apakah perbalahan – perbalahan utama yang tercambah dalam perbezaan-perbezaan tersebut?
  • Sekularisme: Apakah benar bahawa sejarah falsafah barat boleh dibaca sebagai satu naratif sekularisme, (pemisahan pandang-alam manusia daripada tuhan)?

Jika ya, apakah lumrah permisahan tersebut? Dan kenapa, bagaimana (dan untuk siapakah) ia satu masalah?

Jika tidak apakah yang sebenarnya berlaku dalam sejarah tersebut?

  • Pengalaman kemanusiaan: Apakah kaitan persoalan-persoalan utama dalam wacana falsafah dengan pemahaman kita terhadap “kemanusiaan”?
  • Perpisahan cabang ilmu: Mengapaka berlakunya perpisahan di antara epistemologi dan metafizik? Apakah kesan perpisahan tersebut kepada ilmu akhlak?
  • Relevansi: Apakah relevannya persoalan-persoalan utama falsafah untuk konteks Malaysia?
  • Akidah: Bolehkah persoalan-persoalan di atas menjejaskan akidah? Jika ya, kenapa? Dan apakah respon yang ilmiah terhadap kesimpulan itu?

Jika tidak bagaimanakah persoalan-persoalan tersebut boleh memperbaiki penghayatan kita terhadap Islam?


Format

Kuliah umum

Setiap sesi akan berlangsung untuk 120 minit dan akan dibahagikan kepada tiga jam berlainan

Jam pertama: 50 minit + 10 minit rehat / QnA

Jam kedua: 50 minit + 10 minit rehat / QnA

Jam ketiga: 20 minit pembentangan peserta + 30 minit sesi dialog terbuka

Secara kesuluruhan kursus ini akan berlangsung selama 15 sesi (seminggu sekali)

Sesi bacaan meniliti

Berberapa sesi bacaan / penelitian teks yang berasingan akan diadakan untuk penempuan yang lebih lanjut terhadap tema-tema yang dibincang. Hanya wajib untuk penyumbang karangan, tetapi peserta lain juga boleh hadir atas pilihan sendiri.

Jadual sesi bacaan akan ditentukan pada minggu pertama penggal.

Topik, teks dan tumpuan

Sesi 1- 3

Plato: Bermulanya tradisi falsafah

The Republic, buku 1 dan 5, Euthyphro

  • Teori “forms
  • Divine command theory (teori Arahan Ilahi)
  • Kiasan gua
  • Mengapa berlaku adil?

Sesi 3 – 5

Aristotle: Membalas Plato

Petikan-petikam dari Metaphysics 1, 2, 7 dan 12

  • Respon kepada theori “forms” Plato
  • Substance
  • Apakah itu ilmu sebab dan akibat (knowledge of first principles dan the four causes)
  • Teori penggerak yang tak bergerak (unmoved mover)

Petikan-petikan dari Nicomachean Ethics 1 dan 10

  • Kebahagiaan
  • Virtue
  • Eudaimonia

Sesi 6

Rene Descartes: Mulanya epistemologi moden

Petikan-petikan utama dari Meditations on First Philosophy

  • Kekhuatrian bermetod
  • Dualisme
  • Makna disebalik “I think therefore I am” dalam konteks dualismenya
  • Bukti ontologis kewujudan tuhan
  • Kesan kesimpulan Descartes kepada metafizik

Sesi 7

Spinoza: Ultra-rasionalis yang “mabuk dengan ketuhanan”.

Ethics, 1 dan 2

  • Panteisme: Adakah tuhan berada di dalam atau luar alam?
  • Hubungan minda dan badan: respond kepada dualisme Descartes

Sesi 8

David Hume: Mencabar akal

Petikan utama dari An Enquiry Concerning Human Understanding dan Dialogue Concerning Natural Religion

  • Skeptisisme
  • Hubungan sebab dan akibat di persoalkan
  • Kewujudan tuhan: pelbagai tafsiran

Sesi 9:

Immanuel Kant: Penyelamat dan pengancam pencerahan

A Critique of Pure Reason, Preface dan Introduction

  • Respon kepada Hume: berjaya atau tidak?
  • Idealisme transcendental: Cubaan untuk menyelamatkan akal dan ilmu.

Sesi 10 dan 11

G.W.F. Hegel: Dialektika penyelesai semua?

Petikan-petikan dari The Phenomenology of Spirit

  • Phenomenology eksistensialisme bermula dengan Hegel, tapi kenapa?
  • Percubaan terakhir untuk realisme melalui pengalaman dan kesedaran (experience and consciousness)
  • Dialektika tuan dan hamba – teori sejarah atau epistemologi (atau kedua-duanya sekali)?
  • Sejarah sebagai pencapaian kebebasan manusia

Sesi 12 dan 13

Friedrich Nietzsche: Menerbalikkan tradisi?

Genealogy of Morals, 1 dan 3

  • Asal-usul “baik” dan “jahat”
  • Ressentiment dan Ideal asetik
  • Kritikan Nietzsche terhadap agama dan moraliti
  • “Tuhan sudah mati?”: Cabaran Nietzsche kepada warisan falsafah barat.
  • Nietzsche dan agama: bercanggah atau selari?

Sesi 14:

Muhammad Iqbal: Respon positif-kritkal Muslim kepada perkembangan pemikiran moden

Petikan dari The Reconstruction of Religious Thought in Islam bab 2 dan 7

  • Cabaran falsafah kepada pengalaman agama.
  • Agama dan sains moden: bagaimanakah mereka boleh bertemu?

Sesi 15: Rumusan

Kuiz ringkas akan diadakan setiap sesi sebagai cara mengimbas kembali pelajaran sebelumnya.

2. Antologi

Antologi ini mengumpulkan karangan-karangan peserta kursus. Setiap karangan akan memaparkan tokoh-tokoh yang tersenarai di atas.

Antologi ini akan disusun dan dihasil melalui proses collective learning, belajar bersama, dimana kerjasama sinergi antara penulis, penyelidik dan penterjemah akan dijana.

Isi kandung

 

Secara khususnya setiap karangan akan berbentuk

1)      Pengenalan umum kepada tema-tema utama pemikiran tokoh-tokoh di atas.

2)      Undangan untuk membaca dan meneliti idea-idea tokoh tersebut dengan lebih lanjut.

3)      Penjelasan terhadap kaitan idea-idea tersebut dengan konteks mahasiswa dan sistem pendidikan di Malaysia.

4)      Topik-topik khusus karangan dan penulisnya akan ditentukan setelah proses pemilihan tamat dan akan ditentukan sebelum sesi kedua.

 

Format

1)      Setiap karangan haruslah tidak kurang daripada 6,000 perkataan.

2)      Setiap kenyataan mengenai hujah atau idea seseorang tokoh itu haruslah dibukti dengan rujukan teks asal secara khusus dengan nota kaki dan bibliografi yang patut.

3)      Setiap bab akan diakhiri dengan senarai karya-karya tokoh yang sudah diterjemah kepada Bahasa Melayu / Indonesia. Senarai ini akan dilengkapkan dengan cara untuk mendapati penterjemahan-penterjamahan tersebut (melalui online / perpustakaan).

4)      Untuk proses penyuntingan yang mendalam dan menyeluruh, setiap esei akan diterjemahkan kepada Bahasa Inggeris dan disunting bersama oleh penel editorial yang berpangkal di jabatan-jabatan falsafah di universti-universiti Amerika Syarikat.

Panel ini akan terdiri daripada ahli akademik falsafah yang (a) lancar dalam bahasa asal tokoh-tokoh tersebut (Greek kuno / Latin / German) (b) Pernah mengajar tokoh tersebut kepada mahasiswa berjurusan falsafah (c) Pernah mengkaji tokoh tersebut di mana kajian itu pernah dibentang dan diterbit dalam jurnal terkemuka.

Senarai penyemak luaran sedang diselaraskan dan akan diumum pada sesi pertama.

Soalan-soalan lazim

1. Mengapa falsafah barat?

Ada sekurang-kurangnya tiga sebab:

Pertama:  Persoalan-persoalan yang timbul dalam sejarah falsafah barat banyak memberi pertanda dan bayangan kepada wacana epistemologi ilmu moden masakini.

Antara isu yang disentuh termasuk status agama-wahyu sebagai sumber ilmu yang sah; jika sudut pandang manusia terpisah dari alam; jika manusia mempunyai kebolehan untuk mengenal realiti secara mutlak; jika pengalaman empirikal (sense experience) mencukupi syarat untuk dianggap sebagai ilmu; jika kewujudan nyata ideal atau real; jika akal mencukupi untuk mengenali tuhan dan sebagainya.

Kedua: Secara tidak langsung kursus ini akan membolehkan peserta membedah salah faham terhadap falsafah barat yang kerap dilontar oleh kelompok Islamis (yang beradab dan tak beradab).

Tomahan pukul rata mereka bahawa falsafah barat akan membawa kepada kekeliruan dan kesesatan akan dikupas dan dipertimbangkan sepanjang kursus.  Dari situ kita boleh menilai sendiri pemahaman mereka terhadap subjek yang kononnya mereka mahir.

Ketiga: Tak rugi apa pun kalau belajar. Falsafah barat tidak lebih hebat atau lebik unik daripada falsafah Asia timur utara, falsafah India kuno dan falsafah Islam. Isunya ialah jika persoalan-persoalan yang timbul dalam wacana barat boleh diabaikan dengan begitu sahaja atas sebab ia kononya mengelirukan atau menyesatkan.

Pendek kata, tak payah cinta atau benci falsafah barat. Yang penting, kursus ini akan menambahkan perspektik anda.

Di sini kita juga harus bertanya: kenapa hanya dalam wacana Islam hukum belajar falsafah barat ini dijadikan isu?

2. Apakah faktor yang dipertimbangkan disebalik pemilihan tokoh-tokoh yang tersenarai di atas?

Pemilihan tokoh untuk kursus ini adalah hasil pertimbangan di antara faktor keutamaan mereka dalam sejarah falsafah dan apa yang boleh dimuatkan dalam jangkamasa kursus yang singkat dan padat.

Oleh sebab itu, ada berberapa tokoh penting yang malangnya tidak dapat disertakan buat masa sekarang seperti Thomas Aquinas, John Locke, Thomas Hobbes, Martin Heidegger dan Jean Paul Sartre.

Namun begita kami yakin bahawa ilmu dan aktiviti kursus akan menyediakan peserta untuk membaca sendiri tokoh-tokoh tersebut. Contohnya tema-tema Hegel akan menjelma semula dalam pemikiran Sartre. Begitu juga pengaruh Aristotle dalam pemikiran Aquinas dan sebagainya.

Allama Muhammad Iqbal dimasukkan sekali sebagai contoh bagaimana dialog kritis dengan perkembangan metafizik konteks barat boleh dilakukan secara Islamik tanpa bersifat takut, khuatir atau reaksioner.

3. Adakah perbincangan dalam sesi akan terhad kepada tajuk-tajuk teks di atas?

Tidak. Teks-teks tersebut adalah rujukan asas untuk perbincangan. Teks dan idea-idea yang tidak disenarai, tetapi relevan, juga akan dilibatkan. Contohnya, kenyataan “Tuhan sudah mati” oleh Nietzsche berasal dari teks The Gay Science, tetapi ia masih dimasukkan dalam perbincangan “Genealogy of Morals” kerana ia relevan untuk memahami projek falsafah Nietzsche dengan lebih mendalam.

Secara umumnya perbincangan untuk setiap sesi akan beralir sebebas mungkin asalkan ia kekal dalam lingkungan topik. Setiap peserta akan digalakkan untuk bersoal, berpendapat dan berhujah mengenai sesuatu isu sebanyak mungkin.

Perbincangan tidak akan berpusat kepada teks semata-mata, tetapi akan mengaitkan tema-tema falsafah dengan pengalaman hidup dan belajar.

Latarbelakang guru

Ahmad Fuad Rahmat berkelulusan M.A. dalam jurusan falsafah politik dari University College Dublin. Sekarang beliau mengajar komunikasi politik di School of Modern Languages and Culture di University of Nottingham, Malaysia campus, di Semenyih.

Kajiannya pernah dibentang di persidangan North American Association of Social Philosophy dan Interdisciplinary Nineteenth Century Studies,  antara lain.  Di Marquette University Milwaukee, beliau mengajar kursus Theory of Ethics, Global Ethics dan Critical Thinking selama tiga tahun, sambil belajar dibawah Richard C. Taylor, editor bagi The Cambridge Companion to Arabic Philosophy. Penulisannya pernah diterbit dalam jurnal Radical Philosophy, Journal of South Asia and Middle Eastern Studies dan Critical Muslim.

Beliau juga pengacara untuk rancangan Night School yang disiarkan di BFM Radio 89.9 FM di mana beliau telah banyak membawa perbincangan mengenai istilah-istilah falsafah dan sains sosial.

Reply all
Reply to author
Forward
0 new messages