Salam dan hai!
Macam mana dengan minggu anda? Kami mengharapkan minggu anda ceria (harapnya)
seperti selalu. Jadi, anda di pihak
Neelofa atau Netizen? Hehe. Saya sekadar
bergurau untuk mengisi minggu anda.
Saya Suhail, dari pasukan sukarelawan TFTN akan memberikan update terbaru tentang aktiviti-aktiviti terbaru kami. Dan ya, disamping itu kami akan berkongsi cerita tentang perkembangan si Sadam dari Sekolah TFTN di Semporna sepanjang 7 bulan kami bersama mereka membina cinta dan cita!
1) Jadi semalam, Kak As (salah seoarang Ahli Lembaga TFTN) membawa peralatan Hydroponic ke pejabat TFTN. Sebenarnya, projek HP ini merupakan projek terbaru TFTN yang akan dibawa bersama Kelas Keusahawanan Akademi Pengajian Islam UM.
Hydroponic ni ialah system penanaman yang tak menggunakan tanah. Ceritanya, projek ini bertujuan unutk memberi pendidikan alam sekitar kepada anak anak yatim dan juga anak-anak dibawah kelolaan TFTN.
Dengan projek ini, hasil daripada penanaman ini serta penjualan modul ini akan menjana kewangan untuk mereka dan juga TFTN. Sasaran kami, 200 kanak-kanak akan terlibat, 8 buah rumah ank yatim dan 1 sekolah TFTN di Semporna.
Setakat ini, pembentangan simulasi dihadapan Dr Wahab Fatoni
( selaku Pensyarah Kelas Keusahawanan Fakulti API) telah berlangsung harini
yang mana 25 orang sukarelawan telah terlibat.

2) Beberapa bulan lepas, Sdr Ishak Saufi (CEO TFTN) Berjaya dengan jayanya membentangkan proposal projek di hadapan Ust Mohd Faiz, Head of Syariah Supervisory Department Affin Bank di Jalan Raja Chulan, Kuala Lumpur.
Proposal ini bertujuan untuk mendapatkan dana yang mana kami menyasarkan RM 115,000.00 yang mana duit ini akan digunakan sepenuhnya untuk membiayai aktiviti Sekolah TFTN di Semporna untuk setahun.
Respond yang positif diberikan oleh Ust Faiz dan wakil yang
lain. Great news coming soon!
Kalau ada yang berminat untuk menyumbang, boleh salurkan sumbangan ke Maybank
Teach For The Needs 564052511241
3) Untuk minggu-minggu yang akan datang, di HUB TFTN BANGSAR akan diadakan beberapa forum-forum yang menarik. Dan kami menjemput anda untuk datang dan meriuhkan suasana!
Bagi mereka yang mahu menyewa HUB TFTN, kadar harga adalah seperti berikut:
|
|
1 jam (RM) |
3 jam (RM) |
|
MAHASISWA |
100 |
250 |
|
ENTITI AWAM |
200 |
500 |
Berikut merupakan maklumat lanjut:
1. 
(Poster Forum DIlema Poket Mahasiswa)
2. 
(Poster Program Malaysia Muda)
3. 
(Program Edtalk: Children’s Right in Malaysia yang akan menampilakn Syed Azmi sebagai salah seorang penceramah.)
4) CERITA TENTANG ADIK Saddam
Ini Adik Saddam
Adik Sadam merupakan salah seorang daripada pelajar di Sekolah TFTN di Semporna yang mengikuti pembelajaran disana.
Selama 7 bulan di Sekolah TFTN, prestasi pembelajaran Adik Saddam semakin meningkat dan positif.
Bayangkan, awal dulu Adik Saddam hampir gagal untuk mengenal
huruf namun sekarang dia sudah mula membaca buku-buku yang disediakan.
Kami pernah melatih Saddam selama 10 hari untuk berlakon dalam teater di bawah
kelolaan volunteer kami Mukmin Nantang. Bayangkan Saddam yang tidak boleh
membaca dengan dengan baik tetapi dapat menghafal skrip dan melakonkan watak
dengan baik.
Adik Saddam ini merupakan salah seorang daripada pelajar yang kami catat perkembangannya setiap hari. Proses mengumpul data ini diketuai oleh Perewa (Ketua Kajian) dan setakat ini, kami berjaya mengumpulkan sebanyak 30 orang anak-anak.
Kami memerlukan lebih banyak lagi maklumat ini untuk kami meyakinkan penderma kami agar setiap sen wang yang disumbangkan bermanfaat untuk mereka!
Kami menyasarkan untuk menambah lagi bilangan kanak-kanak
yang buta huruf sehingga 60 orang supaya mereka dapat bersama mengikuti proses
pembelajaran ini, dan ya kami memerlukan dana sebanyak RM 115 000 untuk operasi
sekolah TFTN Semporna.
Kalau ada yang berminat untuk terlibat dengan aktiviti-aktiviti sukarelawan,
jangan segan. Hubungi kami segera! Boleh isi spreadsheet volunteer.
https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSeOb9GC9CL85LBedVVuWPwsx7tV1ZECKRP8fgAhCFH7uS5fMg/viewform
Untuk Sumbangan boleh salurkan kepada :
Maybank Teach For The Needs
564052511241
Akan kami update setiap inci perkembangan TFTN dan segala
urusan boleh dimaklumkan melalui email dan nombor telefon yang tertera.
Adios!