16 Mei Hari Pendidik

0 views
Skip to first unread message

Teach for the Needs

unread,
May 15, 2014, 9:27:41 PM5/15/14
to tftn...@googlegroups.com, tftn...@googlegroups.com, tftn-vo...@googlegroups.com

Kita semua harus sedar, bahawa tugas pendidikan itu bukan hanya terletak di bahu yang berjawatan guru sahaja. Ternyata, masih ramai anak-anak di luar sana, anak-anak yatim dan gelandangan yang masih memerlukan kita dalam hidup mereka. Mereka juga tidak wajar disisihkan. Mereka tidak wajar didiskriminasi. Mereka juga tidak wajar dianggap bodoh atau kurang cerdik. Tidak adil bagi mereka untuk disisihkan dalam dunia pendidikan. Anak-anak daripada kelas corot yang masih tidak tahu membaca dan menulis juga tidak wajar diherdik dengan kata-kata nista. Anak-anak yang hodoh tulisannya tidak wajar dipukul tangan-tangan mereka semata-mata untuk mencantikkan tulisan pada buku-buku tulis garis tiga. Sebaliknya, anggaplah mereka juga manusia yang datang sebagai anak-anak kita. Anak-anak yang perlu diberi perhatian dan kasih sayang dengan sejuta kata-kata pujian, penambah semangat dan tarikan untuk belajar.

Oleh Ahmad Syafiq Amir Abdullah Zawawi
Project Manager EP#18 PKAYIA Al-Ihsan Kuala Lipis dan siswazah IPG Afzan


Inline image 1

--
Reply all
Reply to author
Forward
0 new messages