Saya rakamkan foto kenangan hari ini. Ini keluarga saya di sini. Masing-masing sudah lama tidak berjumpa sejak keluar berpraktikum yang lalu. Pagi tadi kami berkongsi kisah anak-anak di al-Ihsan. Anak-anak yang sudah lama dirindui.
Mereka... juga saya anggap keluarga rapat, selain anak-anak saya di sini. Saya bangga dengan semangat mereka, sudi turun sejak awal pagi, dikala ramai orang sedang lena dalam tidur di hari cuti begini. Mereka banyak memberi pendapat dan mereka juga cuba seupayanya untuk memahami anak-anak. Inilah sahaja caranya kami memahami satu dengan yang lain. Kami tidak punya banyak harta, untuk membayar mereka makan dan minum, tetapi mereka lah yang membayar harga masa yang mereka luangkan dan penat lelah mereka hari ini.
Terima kasih atas segala-galanya. Tuhan sahaja yang membalas tenaga dan usaha kalian hari ini.
[Foto- Volunteer Gathering #1 game yang santai untuk kami eratkan hubungan]
~ Ahmad Syafiq Amir
Project Manager EP#18: PKAIYA Al-Ihsan, Kuala Lipis, Pahang