Liputan Festival Teater Anak TFTN dalam Astro Awani baru-baru ini.
Teach For The Needs yang digerakkan sekumpulan guru muda sentiasa menjadi perhatian ramai apabila sentiasa membuka peluang baru buat rumah anak yatim mendapat perkhidmatan tuisyen secara percuma. Terbaru, satu festival teater TFTN diadakan bagi mengumpul dana TFTN di samping memberi pendedahan baru buat kanak-kanak kurang bernasib baik meneroka bidang seni persembahan teater.