Membuka Expansion Program?

1 view
Skip to first unread message

Teach for the Needs

unread,
Apr 16, 2014, 1:50:15 AM4/16/14
to tftn...@googlegroups.com, tftn...@googlegroups.com, tftn-vo...@googlegroups.com
Salam Sukarelawan!

Kenapa TFTN hanya berada di kawasan-kawasan tertentu di KL, Selangor, Perak, Pahang dan N. Sembilan?

Ini adalah soalan-soalan yang sering dan kerap kali ditanya kepada kami melalui semua media yang boleh ditembusi.

Jawapannya adalah kerana hanya sukarelawan dari negeri-negeri ini sahaja yang berminat untuk memulakan atau mengambil inisiatif untuk menggerakkan Expansion Program (EP) di tempat-tempat mereka. Sesungguhnya, jika saudara/i ingin EP TFTN berada di negeri-negeri anda, volunteer yang berada di kawasan tersebut perlu memulakannya.

TFTN adalah satu gerakan pendidikan yang sepenuhnya bersifat sukarela dan menggunakan pendekatan bottom-top approach. Kami di pihak Board of Directors dan Board of Managers akan bertindak sebagai pemudah cara, perujuk dan menyediakan sokongan-sokongan lain yang diperlukan oleh Expansion Programme. Kami akan bersama dengan EP dan Sukarelawan selama mana TFTN ini wujud. Kami akan cuba membantu dan menyelesaikan hal-hal yang berbangkit dalam proses penubuhan EP dan perjalanan EP kerana yang penting anak-anak dapat peluang pendidikan yang lebih baik.

Terima kasih

~ Zazren Ismail
EP Manager


--

Reply all
Reply to author
Forward
0 new messages