Selamat Sejahtera,
TFTN ingin mencari individu yang berminat menyewakan lot pejabat pada kadar rendah atau mewakafkan lot pejabat (dengan / tanpa perabot) untuk dijadikan sebagai 'Pusat Sehenti Pendidikan TFTN'.
Pejabat ini antara lain bertujuan untuk:
1) menyediakan kelas pendidikan pada anak-anak miskin bandar (khususnya di kawasan PPR / rumah murah / berpendapatan rendah),
2) mengadakan kelas tuisyen berbayar (terbuka),
3) menjalankan bengkel dan seminar untuk sukarelawan TFTN,
4) melaksanakan aktiviti berteraskan kemahiran kepada anak-anak yang memerlukan (melukis, bakery, memasak, menjahit, projek seni)
5) sebagai ruang perbincangan isu pendidikan dan perkembangan pendidikan anak-anak kelas belakang,
6) pejabat operasi dan pentadbiran TFTN.
Kawasan yang dikenalpasti ialah sekitar Kerinchi / Bangsar, Sentul, Segambut, Wangsa Maju, Taman Melati, Batu Caves atau mana-mana kawasan yang berdekatan PPR.
Sila hubungi kami di mesej atau emel di teachfor...@gmail.com.
Kami ingin menjadikan pusat sehenti ini sebagai ruang untuk kami bergerak lebih kukuh dalam mengumpulkan sukarelawan berhati murni dalam mengembangkan potensi anak-anak yatim dan miskin, anak-anak lemah, corot dan tercicir.
Kami percaya setiap insan mempunyai potensi untuk dimajukan jika diberi peluang.
--