Selepas bergerak selama tiga bulan dengan pemantauan rapi, akhirnya TFTN ingin mengumumkan Expansion Programme ke-18.
Tahniah kepada sekumpulan anak muda dari IPG Afzan, Kuantan yang sudi berkongsi masa, cita-cita dan cinta dalam menyemai rasa kasih kepada anak yatim di PKAYIA Al-Ihsan, Kuala Lipis, Pahang.
Semoga usaha kalian dalam mengajar dan mendidik berjaya membantu anak-anak yatim duduk sama tinggi, berdiri sama rendah, berjalan sama iring dengan anak-anak lain di luar... sana.
Sukarelawan ini turun setiap hari Sabtu dan Ahad dan menjalankan empat sesi pembelajaran berbeza iaitu Sabtu (9am-1pm dan 2pm-5pm) dan Ahad 9am-1pm dan 2pm-5pm).
Kata mereka, hari-hari minggu saya tidak sama seperti mana sebelum ini. Lebih terisi dengan sesuatu yang bererti.
https://www.facebook.com/groups/tftn.ep18/


--