Frequently Ask Questions (FAQ)
Teach For The Needs (TFTN)
Seksyen 1: Pendaftaran
1. Apakah nama penuh TFTN?
Mengikut pendaftaran, nama penuh TFTN ialah Teach For The Needs (Malaysia) Berhad. Ia lebih dikenali sebagai Teach For The Needs (TFTN).
2. Mengapa ‘Needs’ dan bukan ‘Need’ atau ‘Needy’?
Kata tunggal ‘Needy’ merujuk kepada satu keperluan (pendidikan) sahaja. Pemilihan kata majmuk ‘Needs’ digunakan dengan melihat kepada aspirasi TFTN yang merangkumi tiga premis utama iaitu:
Teras pertama: Menyediakan peluang kepada mereka yang memerlukan untuk mengalami suasana pendidikan sepertimana yang dilalui oleh rakan mereka yang lebih bernasib baik menerusi interaksi secara emosi dan pembinaan hubungan yang baik dengan anak-anak.
Teras kedua: Sebagai platform dan peluang untuk sukarelawan pelatih guru mengukuhkan kemahiran pedagogi dan memantapkan keyakinan diri sebagai tenaga pengajar; dan
Teras ketiga: Sebagai badan bukan kerajaan yang berusaha membangkitkan potensi anak-anak yang kurang bernasib baik dalam menghapuskan stereotaip masyarakat yang berlabel negatif.
3. Siapakah kumpulan sasar TFTN?
Tiga kumpulan yang menjadi sasaran TFTN adalah:
(i) Anak Yatim
(ii) Pelajar miskin (keluarga berpendapatan di bawah RM 800 sebulan)
(iii) Pelajar corot / tercicir
4. Bilakah TFTN ditubuhkan?
TFTN telah ditubuhkan pada 1 Mac 2012.
5. Bilakah TFTN didaftarkan?
Pendaftaran TFTN telah diluluskan pada 25 Februari 2013.
6. Mengapa TFTN didaftarkan sebagai syarikat berhad?
Berdaftar sebagai syarikat berhad membolehkan TFTN mengumpul dana dengan lebih banyak. TFTN juga tidak perlu terikat kepada undang-undang dan peraturan tertentu seperti yang terdapat dalam Registrar of Society (ROS) atau Registrar of Youth (ROY).
7. Apakah matlamat utama TFTN?
Sila rujuk jawapan no. 2
8. Adakah TFTN dan Teach For Malaysia (TFM) sama?
Tidak.
9. Apa yang membezakan TFTN dengan NGO lain?
TFTN adalah sebuah gerakan bottom-up dimana sukarelawannya merancang, mengurus, mengetuai dan mengawalselia aktiviti yang telah diluluskan oleh Board of Trustees (BOT). TFTN mempunyai dua segmen utama, iaitu Duta-Guru (Teacher-Ambassador) dan Sukarelawan (Volunteer).
10. Bagaimana TFTN beroperasi?
TFTN beroperasi secara maya di mana segala arahan, peraturan dan pelaksanaan disampaikan dalam talian dan pertemuan untuk perbincangan dan mesyuarat dilakukan secara berkala dan apabila ada keperluan.
11. Bagaimana TFTN diuruskan?
TFTN diuruskan oleh BOT yang bertangungjawab terhadap pengurusan syarikat seperti yang tertakluk dalam Memorandum and Articles of Association. Segala pelaksanaan aktiviti dijalankan oleh Board of Management (BOM) yang terdiri dari sukarelawan yang berpengalaman dalam TFTN.
12. Di mana TFTN beroperasi?
TFTN belum mempunyai pejabat atau bilik gerakan. Selama ini TFTN menjalankan aktiviti secara dalam talian.
13. TFTN didaftarkan di bawah akta apa?
TFTN telah diperbadankan di bawah Akta Syarikat 1965 dan mulai 25 Februari 2013 merupakan syarikat berhad menurut jaminan (public company limited by guarantee and not having a share capital)
Nantikan FAQ TFTN - Seksyen 2: Aktiviti Kesukarelawan
--
Teach for the Needs
T: TFTNOfficial