FAQ TFTN - Seksyen 2: Aktiviti Kesukarelawanan

0 views
Skip to first unread message

Teach for the Needs

unread,
May 5, 2014, 10:04:58 PM5/5/14
to tftn...@googlegroups.com, tftn...@googlegroups.com, tftn-vo...@googlegroups.com
Frequently Ask Questions (FAQ)
Teach For The Needs (TFTN)

Seksyen 2: Aktiviti Kesukarelawanan


1. Bagaimana saya boleh mendaftar?
Pendaftaran dilakukan secara dalam talian (online) menerusi laman web dan kemudian, Admin akan menghubungi anda menerusi emel.

2. Apakah perbezaan di antara Duta dan Sukarelawan?
Duta-Guru (Teacher-Ambassador) adalah guru yang mendaftar sebagai sukarelawan dan membuka kelas tambahan atau kelas bimbingan bagi mengajar murid-murid corot yang terpinggir di sekolahnya. Sukarelawan (Volunteer) adalah sesiapa sahaja yang mendaftar sebagai sukarelawan dan menjalankan kerja sukarela di rumah anak yatim, rumah perlindungan atau rumah pelarian. Sukarelawan juga terlibat dalam pentadbiran dan pengurusan TFTN dan boleh memilih bidang yang diminati seperti pengendalian laman web, penciptaan videografi, fotografi, seni grafik; penerbitan buku dan bahan; pembinaan modul dan latihan, perkongsian kepakaran, jaringan kepada profesioal dan industri / agensi yang berkaitan.

3. Adakah Duta dan Sukarelawan dibayar gaji / elaun / insentif?
Tidak.

4. Sekiranya saya berminat tetapi saya berada diluar negeri, bagaimana saya boleh membantu TFTN?
Anda hendaklah terlebih dahulu mendaftar sebagai sukarelawan. Bantuan boleh dibuat menerusi sumbangan idea, kutipan dana, promosi aktiviti dan jaringan hubungan dengan pihak luar.

5. Saya seorang pesara guru, apakah yang boleh saya sumbangkan?
Mendaftar sebagai sukarelawan dan melibatkan diri untuk mengajar di mana-mana EP, menyumbangkan idea dan berkongsi pengalaman.

6. Sekiranya saya seorang guru, apa yang boleh saya sumbangkan kepada TFTN?
Anda ada dua pilihan, iaitu mendaftar sebagai Duta-Guru dan mengajar di sekolah atau mendaftar sebagai sukarelawan dan mengajar di EP.

7. Saya mahu mengajar, tetapi saya bukan seorang guru. Bagaimana boleh saya membantu?
Mendaftar sebagai sukarelawan, menjadi PM dengan membuka EP baru atau menjadi tenaga pengajar di EP yang berdekatan.

8. Bagaimana TFTN beroperasi bagi kes persendirian (bukan sekolah mahupun RAY)?
Sekiranya ada kes dan memerlukan perhatian, sila maklumkan kepada BOT dan pihak BOM akan membuat siasatan awal. Sekiranya sesuai, TFTN akan memanggil sukarelawan turun ke lokasi terbabit.

9. Apakah bentuk sumbangan lain yang boleh disalurkan kepada TFTN?
Sumbangan juga diterima dalam bentuk kewangan, buku, alat tulis, vitamin, susu, cermin mata, telekung dan set kelengkapan diri (toiletries), penajaan untuk lawatan (Planetarium, Pusat Sains, perpustakaan, Petrosains, zoo) atau aktiviti kesenian dan kebudayaan (Malaysian Philharmonic Orchestra, Istana Budaya, Balai Seni Visual) atau sebarang aktiviti yang menyumbang kepada pembangunan anak-anak dan sukarelawan.

* RAY: Rumah Anak Yatim
* BOT: Board of Trustee / Lembaga Pemegang Amanah
* EP: Expansion Programme
Nantikan FAQ TFTN - Seksyen 3: Expansion Programme

#jomturun #tftn2tahun #tftnexamproject #tftnpeduli



--

Teach for the Needs

unread,
May 8, 2014, 4:25:16 AM5/8/14
to Fariza Fauzi ieayza, tftn...@googlegroups.com, tftn...@googlegroups.com, tftn-vo...@googlegroups.com
Sila rujuk maklumat berikut:


 

EP#3: Khairiyah Klang: Kelas setiapIsnin - Khamis (9 pm - 10.30pm).

PM Najihah Roslan & Ahmad Zahiruddin (https://www.facebook.com/groups/tftn.ep3/)

 

EP #4: ZCS Refugees School: Kelas setiap Isnin - Jumaat, (10am-2pm). (https://www.facebook.com/groups/tftn.ep4/)

  

EP #7: Tahfiz Fuqaha’ Bangi: Kelas Setiap Sabtu (9am - 1pm).

PM Fahdli, Faiz Mikano & Ain Eusuff (https://www.facebook.com/groups/tftn.ep7/)

 

EP #8: RKH Keramat: Kelas setiap Rabu-Jumaat (9-10pm).

PM Hafizah Sinin (https://www.facebook.com/groups/tftn.ep8/)

 

EP #9: Projek Khas SK Bangsar: Kelas setiap Isnin, Selasa & Khamis (1-2pm).

PM Loqman Karim (https://www.facebook.com/groups/tftn.ep9/)


EP#13: RAY Semarak Nilai: Kelas setiap Ahad (9am - 1pm)

PM Nurul Afiqah Mohd Kamil (https://www.facebook.com/groups/tftn.ep13/)

 

EP#15: Kelas Rakyat - Baitul Ehsan Al-Khairi Gombak (Lelaki)

(JV dengan Projek Iqra') PM: Amir Haziq

https://www.facebook.com/groups/baitulehsanlelaki/

 

EP#16: Kelas Rakyat - Attaqwa Puchong (JV dengan Projek Iqra')

PM: Bayyin Afiqah

https://www.facebook.com/groups/rumahattaqwa/

 

EP#17: Kelas Rakyat - Baitul Ehsan Taman Maluri (Perempuan)

(JV dengan Projek Iqra') PM: Azizah Johar

https://www.facebook.com/groups/baitulehsanperempuan/



2014-05-06 15:29 GMT+08:00 Fariza Fauzi ieayza <ieayza_...@yahoo.com>:
salam, boleh saya tahu aktiviti terbaru area selangor yang boleh sy join..
--
__________________________________________________
Teach for the Needs Volunteers Mailing List
Website - http://www.teachfortheneeds.org
Facebook - http://www.fb.com/teachfortheneeds
Twitter - @TFTNofficial
---
You received this message because you are subscribed to the Google Groups "TFTN Volunteers" group.
To unsubscribe from this group and stop receiving emails from it, send an email to tftn-voluntee...@googlegroups.com.
For more options, visit https://groups.google.com/d/optout.


Reply all
Reply to author
Forward
0 new messages