Kami akan melancarkan #tftnexamproject sebagai projek khas bagi anak-anak yang akan mengambil peperiksaan UPSR, PMR (PT3) dan SPM tahun ini. Ramai sukarelawan diperlukan untuk mengajar anak-anak peperiksaan. Kami juga mahukan sukarelawan yang boleh memberikan komitmen, paling tidak seminggu sekali kerana anak-anak ini sangat pemalu jika abang dan kakaknya bertukar setiap hari.
EP kami ada di Keramat, Nilai, Klang, Bangi, Gopeng, Manjoi, Tambun, Tanjung Malim, Teluk Intan, Kuantan, Jengka, Puchong, Gombak, Taman Maluri, Bandar Sri Damansara dan Kuala Lipis.
Anda ada masa? Mari sertai kami. Masuk ke dalam FB Volunteer ini dan Manager di dalamnya menanti anda dengan tangan terbuka. Kadang-kadang group ini senyap kerana Managers tak punya masa untuk buat kerja-kerja depan komputer, kerana tumpuan mereka adalah memandaikan anak-anak ini.
Anda ada masa? Jangan terus biarkan mereka dalam kebodohan.
#jomturun #tftn2tahun #tftnexamproject tftnpeduli
https://www.facebook.com/groups/tftn.volunteers/
--