Tarikh : 23 Sept 2014/ Zulkaedah 1435H
Kepada:
Para Akademia, Penyelidik dan Pencinta ilmu
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Y. Bhg. Tuan/ Puan,
UNDANGAN MENYERTAI SEMINAR PENDIDIKAN TINGGI ISLAM VIII SEBAGAI PESERTA DAN DISCUSSANT
Didoakan semoga Y.Bhg. Tuan/ Puan berada di dalam lindungan dan rahmat Allah SWT. Perkara di atas adalah dirujuk.
Sukacita dimaklumkan bahawa Kolej Dar al-Hikmah (KDH) dengan kerjasama Akademi Kajian Ketamadunan (AKK) dan Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) akan menganjurkan Seminar Pendidikan Tinggi Islam kali ke-8 (SPTI VIII). Butiran program adalah seperti berikut:
Tema : Pendidikan al-Hikmah Pemangkin Peradaban Khayra Ummah
Tarikh : 27 September 2014 (Sabtu)
Tempat : Dewan Besar, Kolej Dar al-Hikmah, Sg. Ramal Dalam, Kajang Selangor
Yuran : RM 100; RM 50 (untuk pelajar dengan kad matrik)
Oleh yang demikian, pihak penganjur mengundang Y. Bhg. Tuan/ Puan menyertai seminar yang penting ini. Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, sila hubungi 013-2775313 (Sdr Mohammad Fazril) atau email ke a...@hikmah.edu.my. Untuk urusan pendaftaran, sila rujuk halaman facebook kami: www.facebook.com/akademiakk.
Maklum balas dan sokongan Y. Bhg. Tuan/ Puan didahului dengan ucapan jazakallahu khairan kathira.
Sekian. Wassalam.
MOHD NASIR MOHD TAP
Pengarah
Seminar Pendidikan Tinggi Islam VIII