Dimalukan Dengan Gambar Lucah Sendiri Di Internet Wanita bacalah. http://tipswa

166 views
Skip to first unread message

Mr Linux

unread,
Mar 14, 2007, 5:51:52 AM3/14/07
to teknologia
Dimalukan Dengan Gambar Lucah Sendiri Di Internet

Wanita bacalah.
http://tipswanitasihat.blogspot.com/2007/02/dimalukan-dengan-gambar-lucah-sendiri.html

Sebuah video hubungan seks dalam format MOV, 3GP atau MP4 apabila
diletakkan dalam sebuah forum seks melayu dengan mudah dan akan dimuat
turun oleh beribu-ribu pelawat sehari. Begitulah banyak gambar
perempuan melayu bogel di Internet sehinggakan pencarian perkataan
melayu bogel itu adalah tinggi.

Sebelum itu, fahami teknologi yang serba mudah dan canggih ini dahulu,
yang membolehkan gambar bogel dan gambar lucah disebarkan dengan mudah
di Internet. Ketahui teknologi rakaman video wanita intim dan peribadi
dengan mudah dikongsikan oleh ramai orang.

Akibatnya wujudlah pelbagai forum diskusi seks seperti MelayuBoleh dan
MelayuBogel.

Dengan kemajuan teknologi, telepon bimbit kini mempunyai teknologi
kamera dan rakaman video. Pada rakaman dengan mutu 3.2 Megapixels, ia
merupakan rakaman yang paling baik, yang jelas dan bermutu tinggi bagi
tayangan di Internet, wajah seseorang jelas dirakam. Rakaman pula akan
terus disimpan dalam format yang mudah untuk dikongsikan di Internet
seperti MP4 dan 3GP.

Teknologi terdahulu pada 1.3Mpx atau 2Mpx turut mampu merakam gambar
dengan baik walaupun dalam frame yang kecil.

Fail dalam format 3GP dan MP4 adalah menggunakan format yang boleh
mengekalkan mutu gambar dan dalam saiz fail yang kecil. Dengan saiz
fail yang kecil ia lebih mudah untuk disebarkan dalam email,
dikongsikan dalam forum dan ruang sebaran lain seperti YouTube,
Friendster dan pelbagai.

Ini tidak termasuk forum-forum khusus untuk sebaran gambar-gambar dan
video lucah. Ada laman yang turut menyediakan kemudahan percuma untuk
beban naik dan turun (upload and download) dengan percuma, khas untuk
gambar bogel dan video lucah.

Pelbagai perisian tayangan video untuk Windows dan telepon bimbit,
boleh tayangkan semula format-format ini. Malah kemajuan pengkongsian
fail seperti Infra red, Bluetooth dan Wireless mempercepatkan lagi
sebaran tanpa Internet antara telepon bimbit ke telepon bimbit. Ini
tidak termasuk pengkongsian antara media yang mudah seperti ThumbDrive
atau USB drive.

Ini tidak termasuk, perisian yang boleh menukarkan fail-fail gambar
dan video kepada format-format yang lain. ada perisian yang boleh
mengubah video dan gambar daripada memakai baju kepada berbogel.

Selain telepon bimbit, kamera digital, teknologi yang digunakan oleh
telepon bimbit, mempunyai teknologinya lebih baik lagi. Dengan mutu
gambar sehingga 12 Megapixels dan simpanan yang lebih besar dengan
penggunaan "expension card" seperti MiniSD, XSD yang boleh mecapai
sehingga ruang 4GB dan teknlogi semakin berkembang. Ini tidak termasuk
sistem "optical zoom" dan "night vision" yang membolehkan rakaman
jauh.

Anda juga perlu tahu kewujudan teknologi lensa lubang jarum dan kamera
rakaman malam (night vision). Dengan lensa lubang jarum, dengam mudah
lensa kamera disorokkan dan berada ditempat lain. Dengan kamera
rakaman malam, dengan mudah dalam gelap, gambar dan video dirakam,
walaupun tidak sejelas rakaman siang.

Wujudnya teknologi perkakas saiz kecil dan lensa lubang jarum, dengan
mudah kamera ini disorokkan, dalam kotak, dalam almari, atas siling,
belakang gambar, hujung katil, kepala katil dan dimana-mana sahaja
asalkan ia tersorok. Dengan jangka hayat bateri yang panjang, ia boleh
merakam berjam-jam aktiviti yang dilakukan.

Anda mungkin tertanya mengapa kisah teknologi dibangkit dahulu.
Mengetahui teknologi yang memudahkan gambar dan video diambil,
disimpan dan disebarkan tentu menyeronok tetapi tidak terdetik dalam
hati sekiranya gambar-gambar dan video yang terlalu peribadi turut
disebar dan disimpan oleh ramai orang?


Menakutkan?

Bagi wanita, rakaman peribadi mungkin dilakukan untuk menjaga hati
pasangan. Rakaman video dan gambar waktu hubungan intim dan seks,
mungkin diambil dengan rela, dengan andaian gambar-gambar dan video
akan disimpan dengan selamat hanya untuk tontonan berdua sahaja.

Tidak terfikirkah, sekiranya hubungan menjadi tidak baik, terputus,
cinta menjadi benci, apa yang dirakamkan akan mudah disebarkan dalam
Internet atau dikongsikan diantara telepon bimbit.

Bagaimana pula, jika telepon bimbit hilang atau dicuri orang?
Kemungkinan besar gambar-gambar dan video akan dijual dan disebarkan
dalam Internet boleh berlaku. Malah simpanan dalam kamera dan media
lain, yang mungkin dicuri orang.

Tidak ada cara mudah untuk menyimpan gambar-gambar dan video secara
sembunyi dalam media simpanan. Ada ramai yang mahir mencari daripada
yang tahu sembunyikan ia dengan selamat. Apabila peralatan dicuri
risiko ini anda akan hadapi.

Risiko adalah tinggi untuk seorang wanita sekiranya gambar-gambar
bogel dan video rakaman hubungan seks disebarkan. Tekanan emosi akibat
dimalukan adalah tinggi dan ada berlaku kes bunuh diri.

Internet dan email di Malaysia boleh dikatakan diguna pakai oleh
ramai orang. Seminggu dua atau mungkin dalam masa sehari,
gambar-gambar dan video boleh sampai kepada rakan-rakan dan mereka
yang mengenali. Ini adalah sungguh memalukan.

Tindakan undang-undang tidak mudah. Adalah sukar untuk menghalang
sebaran di Internet kerana ia melibatkan banyak laman dan sebaran
secara peribadi seperti melalui email atau antara telepon bimbit
melalui BlueTooth. Ia umpama nasi sudah menjadi bubur.

Malah tindakan undang-undang adalah umpama pengumuman, sebuah
publisiti tanpa rela, merancakkan lagi carian dan pengkongsian
fail-fail gambar dan video. Sifat manusia yang ingin tahu, terutama
bahan lucah, lagi meningkatkan lagi carian dan sebaran.

Pencegahan dan sikap berhati-hati adalah yang terbaik.

Katakan tidak. katakan Tidak, Katakan TIDAK. Bagaimana pun anda
sayang, macam mana pun anda cinta, Katakan tidak kepada rakaman intim
dan seksual. Walaupun dia adalah suami anda.

Anda kena beringat, cinta boleh jadi benci. Jangan ambil risiko. Bagi
wanita Islam, anda boleh katakan tidak, kerana bahan lucah walaupun
rakaman sendiri dan tontonan sendiri adalah dilarang sama sekali.

Untuk menjaga hati, anda boleh jadikan alasan teknologi yang mudahnya
sebaran dan takut gambar-gambar dan video jatuh kepada orang lain
akibat peralatan seperti kamera, media simpanan dan telepon bimbit
dicuri.

Anda boleh menolak, jika masih pasangan anda masih berdegil. Ini
melibatkan soal maruah.

Hubungan seks yang sebenar adalah hubungan intim dan puncak ikatan
cinta. Ia hanya antara anda dan dia. Bukan untuk dikongsikan dengan
orang lain. Malah ia sepatutnya menjadi ingatan dan kenangan hanya
dalam fikiran, tanpa rakaman pada tempat-tempat lain. Barulah bermakna
hubungan itu. It's just between you and me. Tanpa kamera dan tanpa
dikongsikan dengan sesiapa walaupun antara kau dan aku.

Jika dia benar-benar cintakan anda, sepatutnya hubungan intim dan
seksual adalah kenangan indah yang hanya disimpan dalam fikiran.
Ingatkan ia dengan hanya bercerita berdua, berkongsi, suka dan tidak
suka. Apa yang baik dan apa yang tidak sesuai. Ia hanya antara anda
dan dia.

Jika anda merasa tidak selamat. Lakukanlah hubungan seks dalam gelap.
Tidak salah sebenarnya sebab itu sepatutnya, cara ia dilakukan. Yang
peribadi perlu sembunyi dan dalam gelap. Malah dalam adab Islam, ia
sepatutnya dilakukan dengan cara berselimut, tanpa mendedahkan
bahagian-bahagian sulit dan peribadi.

Akan tetapi, dalam keseronokan, selimut pun boleh terbang. Maka
eloklah hubungan intim dilakukan dalam gelap.

Jika nasi sudah menjadi bubur, gambar-gambar dan video sudah tersebar.
Perkara yang paling baik adalah mendapatkan nasihat dan kaunseling
daripada badan sukarela wanita. Badan-badan sukarela wanita ini akan
membantu anda menghadapi keadaan ini.

Sebaran sebegini boleh dianggap sebagai penderaan secara emosi. Sila
dapatkan pertolongan, jangan hadapi ia keseorangan.

Sekiranya anda diugut, laporkan segera kepada pihak polis. Sama ada
anda turut kehendak pengugut atau tidak, gambar-gambar dan video tetap
akan disebar. Serahkan kes ugutan kepada polis.

http://www.rmp.gov.my/

Diantaranya badan-badan dan pihak yang anda boleh hubungi.

Bagi yang beragama Islam. Sila rujuk bahagian kauseling dan nasihat di
pejabat-pejabat agama Islam di setiap daerah. Jika anda merasa malu,
telepon dan dapatkan kaunselor.

http://www.wao.org.my/

"The Befrienders"
http://www.befrienders.org.my/

WAO Sexual Assault Helpline 03-7960 3030
All Action Women's Society (AWAM) 03-78774221 / 0224
TELEDERA 1-800-883040

---

Artikel Berkaitan

Cegah Jenayah Rogol
http://tipswanitasihat.blogspot.com/2006/09/cegah-jenayah-rogol.html

---

Artikel menarik yang lain

Kenapa Anda Perlukan Coklat
http://tipswanitasihat.blogspot.com/2007/02/kenapa-anda-perlukan-coklat.html

---

Jika anda mempunyai soalan-soalan khusus untuk ditanya sila emailkan
kepada

tipswanita @ gmail.com

---

Sidang Pengarang Wanita Dot Us.
http://www.wanita.us/tipswanita.php

23 Feb 2007

Untuk tidak ketinggalan artikel dan tips yang berilmu dan menarik

http://groups.google.com/group/tipswanita

Atau hantarkan email kosong kepada

tipswanita...@googlegroups.com

This work is licensed under the Creative Commons
Attribution-NonCommercial-ShareAlike 2.5 Malaysia License. To view a
copy of this license, visit
http://creativecommons.org/licenses/by-nc-sa/2.5/my/ or send a letter
to Creative Commons, 543 Howard Street, 5th Floor, San Francisco,
California, 94105, USA.

Ikhlasul Amal

unread,
Mar 14, 2007, 6:16:42 AM3/14/07
to tekno...@googlegroups.com
On 3/14/07, Mr Linux <tipsw...@gmail.com> wrote:
>
> Jika anda mempunyai soalan-soalan khusus untuk ditanya sila emailkan
> kepada
>
> tipswanita @ gmail.com
>

Tuan/Cik/Puan,
sudi kiranya sebelum menghantarkan tulisan yang panjang untuk hadirin
di "mailing list" ini, mempertimbangkan bahwa seutas tautan sudah
cukup bagi kami untuk menjenguk laman Web yang Anda maksud. Sikit masa
yang Anda miliki lebih elok digunakan untuk membualkan hal yang
menarik dari isi laman Web tersebut.

Boleh dan baik pula meluangkan masa menjenguk perkara-perkara yang
sudah ditulis di laman yang kami beri nama "tata tertib" di bawah ini.

Terima kasih.

--
amal

Reply all
Reply to author
Forward
0 new messages