Tunang Ke 9

0 views
Skip to first unread message

Ozella Vires

unread,
Aug 4, 2024, 10:23:32 PM8/4/24
to tecycvapo
Sebelumtu pastikan anda tahu berapa dulang untuk bagi pada pasangan masing-masing. Kalau pihak lelaki bagi 7 dulang kepada pihak perempuan, yang perempuan mesti kena bagi 9 dulang kepada pihak lelaki.

Biasa pasangan yang ingin melangsungkan pertunangan atau perkahwinan mesti akan tertanya-tanya barang apa yang sesuai untuk dijadikan hantaran. Jadi, disini saya ada share sebagai rujukan bagi majlis berkenaan.


Untuk hantaran tunang ni kena tahu dulu berapa dulang. Jika pihak lelaki beri 5 dulang, perempuan kena balas 7 dulang. Jadi pilih dulu berapa dulang. 7 lelaki 9 perempuan, 9 lelaki 11 perempuan. Begitulah. Kebiasaannya 5 berbalas 7 paling banyak digunakan sebagai hantaran tunang.


"Tapi sejak akhir-akhir ni saya perasaan yang dia tak kisah pun (guna). Kemudian satu hari tu, saya terjumpa WhatsApp tunang dengan seorang perempuan daripada jabatan dia," katanya menerusi satu luahan di laman X.


"Sejak daripada WhatsApp tu, saya macam tiba-tiba perasan, perempuan tu sentiasa makan dekat dengan tunang. Saya kemudian perasan hanya setiap kali dia join kami makan, tunang saya akan guna sudu dan garpu," ujarnya.


"Apabila kita ada naluri, kita boleh perasan kelainan lelaki yang dia sayang. Sebab tu tak susah nak kesan lelaki tu menipu atau curang walaupun dia buat diam-diam. Tengok kelakuan dan tabiat je dah boleh agak.


September 2022 Azhar Azmi Bertunang bukanlah suatu perkara yang mudah, banyak perkara yang perlu dijaga. Ianya bukan sahaja melibatkan batas pergaulan, tetapi juga hati dan perasaan kedua-dua belah pihak.


Sudah menjadi trend sekarang, semua life story akan dimuat naik dalam laman media sosial seperti facebook, twitter, instagram, whatsApp dan sebagainya. Perkara ini adakalanya membawa kebaikan tapi adakalanya membawa keburukan.


Ini akan membuatkan perasaan cemburu timbul dalam diri, dan kita akan merasakan pasangan kita tidak memenuhi apa yang kita inginkan. Namun begitu dugaan ini lebih teruk apabila membandingkan pasangan kita dengan orang lain.


Semasa di zaman bujang mereka bebas untuk bergaul dan berkawan dengan sesiapa sahaja. Manakala selepas diikat tali pertunangan, mereka terpaksa menghadkan pergaulan mereka semata-mata untuk menjaga hati pasangan hidup pilihan yang mereka cintai.


Tidak dinafikan apabila semakin dewasa, banyak komitmen perlu difikirkan! Bila dah jadi tunangan orang, perlu fikir perkahwinan yang akan datang pula. Perkara sebegini yang merungsingkan jiwa setiap pasangan.


Kebanyakan mereka terlalu takut komitmen dan tanggungjawab yang akan dipikul apabila bergelar suami atau isteri. Komitmen dari segi kewangan, memberi nafkah zahir dan batin, layanan pada pasangan dan pelbagai aspek lagi. Ianya tidak sama seperti bujang.


Kebanyakan pasangan yang bercinta hanya memandang keindahan dalam perhubungan. Tetapi ada juga pasangan yang memandang jauh tentang pelayaran bahtera cinta mereka sehingga ada yang bimbang tentang masa depan dalam perhubungan mereka.


Adakah mereka akan selamat belayar di pelabuhan atau hubungan mereka akan karam di tengah lautan akibat dilanda ribut hingga putus di tengah jalan? Antara faktor yang membimbangkan mereka adalah seperti kestabilan ekonomi mereka.


Itu yang menjadikan mereka bimbang, adakah mampu untuk hadapi ujian susah senang bersama atau tidak? Faktor keserasian juga bermain dalam fikiran, sama ada pasangan mereka akan setia sehidup semati bersama sehingga ke hujung hayat mereka.


Bila bercinta, semuanya nampak manis belaka. Ibarat pijak semut tak mati. Bila dah berkahwin, benda kecil pun boleh jadi gaduh besar. Perkara ini bermain dalam fikiran setiap pasangan. Janganlah anda terlalu risau sehingga takut nak kahwin dengan si dia! Tanamkan dalam diri dan hati masing-masing untuk sentiasa positif!


Dapat pasangan panas baran? Minta dijauhkan. Tapi kalau dah jodoh nak buat macam mana? Kalau dua-dua bersifat panas baran, alamak susah pula nak kawal emosi tu nanti! Sebaiknya bila anda dapat pasangan panas baran ini, anda perlu banyakkan bersabar selagi tidak mendatangkan mudarat.


Sifat cemburu ini memang normal pada setiap orang. Tapi janganlah terlalu kuat cemburu. Bila cemburu tidak bertempat akan membuatkan pasangan rasa terkongkong. Si lelaki jangan pula melayan kawan perempuan melebih-lebih pula, jaga batas pergaulan itu.


Walaupun cuma sekadar rakan sekerja. Untuk perempuan pula, janganlah anda terlalu berfikiran negatif sampai timbul rasa cemburu meluap-luap. Cemburu itu tandanya sayang, tapi jangan sampai cemburu buta yang akan mengeruhkan hubungan. Kawal sifat cemburu ini dengan tenang!


Dapat pasangan kedekut dan berkira ini sangat tidak tenteram. Kalau keluar dengannya pasti akan berkira-kira nak beli makanan atau barang. Untuk anda yang kedekut dan berkira, buangkanlah sifat buruk ini jauh-jauh.


Hati manusia memang boleh berubah-ubah dalam sekelip mata sahaja. Bila diikat sebagai tunangan orang, ujian hati sering menyapa. Sampai kadang-kadang mata sudah mula nampak orang lain lebih baik dan lebih cantik atau tampan dari tunang kita sendiri! Hati-hati bila ada rasa macam ini dalam diri. Banyakkan bersabar kerana ini hanyalah pancaroba sahaja! Kelak anda menyesal jika membuat keputusan putus tunang disebabkan sudah tawar hati!


Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik buat hamba-hambaNYA. Jodoh pertemuan di tangan Allah. Memang berat rasanya jika dilanda ujian putus tunang. Bak kata pepatah melayu, berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikulnya. Bila diri dibelenggu masalah putus tunang ini, emosi dan tekanan perasaan akan menghantui jiwa.


Di sini dinyatakan beberapa tips untuk hadapi putus tunang. Pertama sekali, banyak dekatkan diri pada Allah, seperti berdoa, zikir, solat hajat, taubat dan merintih merayu pada Allah supaya diberikan kekuatan hati untuk redha bahawa dia bukan jodoh kita lagi.


Andai kata perhubungan ini diteruskan, pasti membuatkan diri merana jika berkahwin dengannya kelak. Takut menjadi mangsa pukul oleh pasangan sendiri, lebih baik putus sahaja. Tapi, jika anda merasakan pasangan anda baik hati dan boleh bahagiakan anda selamanya, buatlah solat istikharah moga diberi petunjuk. Tuhan penentu segalanya. Andai dirinya memang jodoh terbaik buatmu, ianya akan hadir semula walaupun telah putus.


Selain itu, jangan banyak menyendiri atau termenung sendirian. Ini akan membuatkan anda rasa rindu dan teringat-ingat akan bekas tunang anda itu. Buang segala gambar kenangan manis bersamanya supaya tidak lagi terbayang-bayang wajahnya di mata.


Sibukkan diri dengan buat pelbagai aktiviti seperti keluar dengan kawan-kawan atau bercuti bersama keluarga. Ingatlah, walaupun anda kehilangan si dia, tidak bermakna hidup anda kosong. Anda masih ada sahabat dan keluarga yang amat menyayangi dan memerlukan anda dalam hidup mereka.


Jangan disebabkan ujian sebegini, anda terlalu sedih dan menyalahkan takdir. Kuatkan diri, kerana kita bukan sendirian, Tuhan ada sentiasa di sisi kita. Sentiasa baca ayat-ayat positif dan dengar ceramah agama untuk bangkitkan semangat anda kembali.


Yang terakhir, jangan serik untuk bercinta lagi. Berilah ruang hati dan perasaan supaya dilamun cinta lagi. Jangan takut untuk terima orang lain, mungkin yang akan datang adalah jodoh terbaik buatmu! Siapalah kita untuk menolak takdir Allah. Kita merancang tapi DIA sebaik-baik perancang. Buatlah solat istikharah selalu, supaya sentiasa diberi petunjuk.


Jangan dikenang kisah lama kerana ia menyakitkan. Pandanglah ke depan, jalan dengan yakin dan katakan pada diri sendiri, "Ya! aku mahu kebahagiaan! Mahu ada keluarga sendiri seperti orang lain, dan aku akan move on dari kisah lama itu".


Anggaplah semua yang terjadi bersebab, dan ada hikmah disebaliknya. Semoga hati yang terluka akan terubat selepas ini. Ujian bertunang datang menyapa tanpa diduga, lumrah hidup di dunia, banyak pancaroba kena lalui. Sedangkan suami isteri pun boleh bercerai, ini kan pula hanya bertunang.


Kita tidak perlu takut untuk bertunang, bukan semuanya buruk belaka. Ada juga kebaikan bertunang ini. Kita akan bercinta dengannya, di situ kita akan mengenali perangai si dia, sifatnya, benda kesukaannya, kejujuran dan kesetiaan dia pada kita. Bertunang merupakan proses mengenali hati budi.


Oleh itu, walau apa pun dugaan semasa bertunang yang terjadi, kita harus sentiasa redha dan meminta pertolongan daripada Yang Maha Kuasa. Sesungguhnya, Allah lebih mengetahui akan sesuatu yang tidak kita ketahui.


Di samping itu, berusahalah mendekatkan diri dengan Allah sebelum kita menjejakkan kaki dalam alam rumah tangga, sebagai persediaan menjadi ketua dan pembimbing kepada institusi kekeluargaan yang bakal didirikan.


PPP/S : Semua orang boleh deko dan buat sendiri untuk idea gubahan hantaran pertunangan yang simple tapi masih meriah. Tepuk dada tanya selera dan bajet serta perancangan pertunangan dan majlis perkahwinan anda dengan pasangan

3a8082e126
Reply all
Reply to author
Forward
0 new messages