Sebanyak 150 buah button badge akan diedarkan secara PERCUMA! Jadi, hadirlah beramai-ramai dan dapatkan button badge istimewa ini!

4. Aktiviti Remaja: Kreativiti Felt dan Street Soccer
Aktiviti remaja turut diadakan. Untuk remaja perempuan, Kreativiti Felt dan remaja lelaki, Street Soccer. Daftar segera kepada Maimunah (010-388 0964) atau Ahmad Nor (013-7793803).
5. Undangan Istimewa: Ibu kepada Huzaifah Omar
Karnival Nazim turut mengundang Puan Hajah Akhma Deena Khalid untuk berkongsi tips keibubapaan. Puan Hajah Akhma merupakan ibu kepada Huzaifah Omar (Johan DJ Cilik Alam Ria IKIM.fm, peserta Adik-Adikku 2014 RTM dan Qari Junior Khalaf Huffaz TV3).
6. Pelbagai Booth termasuk Aman Palestin
Aman Palestin akan membuka booth semasa Karnival Nazim berlangsung. Orang ramai dijemput berkunjung ke booth Aman Palestin dan menghulurkan sumbangan derma untuk rakyat Palestin. Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Kelab Remaja Ikatan Muslimin Malaysia (KRIM) dan Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) turut membuka booth dan mengalu-alukan pendaftaran keahlian.
7. Pemeriksaan Kesihatan PERCUMA!
Ikatan Pengamal Perubatan Dan Kesihatan Muslim Malaysia (I-Medik) akan membuka kaunter pemeriksaan kesihatan secara PERCUMA. Dapatkan konsultansi kesihatan anda di Karnival Nazim Sabtu ini!