Bantahan Umat Islam Terhadap ICERD Diperlukan

1 view
Skip to first unread message

Tazkirah dan Isu Semasa Umat Islam

unread,
Oct 25, 2018, 6:12:09 AM10/25/18
to Tazkirah dan Isu Semasa Umat Islam
Assalamualaikum wbt.

Kerajaan, bermula daripada Perdana Menteri hinggalah ke menteri-menterinya, begitu komited untuk 'serah tengkuk' (ratifikasi) 'memperhambakan diri' pada peraturan Hak Asasi Manusia Atheis yang dipanggil ICERD.
 
ICERD adalah salah satu konvensyen antarabangsa Hak Asasi Manusia yang telah berkuatkuasa dari tahun 1969. Malaysia tidak pernah menandatanganinya apalagi meratifikasinya. 

Apakah implikasi meratifikasikan ICERD?
 
Definasi dan skop ICERD bertentangan dengan Artikel 153 Perlembagaan Malaysia. Artikel 153 memberi kedudukan istimewa kepada orang Melayu dan bumiputera di Sabah dan Sarawak dalam beberapa perkara yang akan bercanggah dengan definasi tersebut. Maka sekiranya ICERD diratifikasikan:

1. MARA hendaklah ditutup
2. MRSM hendaklah ditutup
3. UiTM ditutup
4. Reserve Tanah Melayu hendaklah dihapuskan.
5. Askar Regimen Melayu merupakan satu diskriminasi.
6. Biasiswa untuk bumiputera hendaklah dihapuskan.
7. Diskaun rumah bumiputera hendaklah dihapuskan.
8. Syarat bumiputera dalam tender dan lesen perniagaan hendaklah dihapuskan.

Menurut P. Waytha Moorty, (Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang dikutip daripada gerakan ekstrimis Hindu iaitu Hindraf) Mujahid Yusuf Rawa selaku Menteri jaga (semua) agama juga komited untuk memastikan Malaysia meratifikasi ICERD.

KALAU SAMPAI KE SUDAH TAK ADA SESIAPA MENTERI YANG MEMBANTAH, MAKNANYA SEMUA BANI MELAYU DALAM PARTI KOMPONEN KERAJAAN SEKARANG MEMANG SUDAH JADI KELDAI TUNGGANGAN AGENDA DAP DAN PUAK LIBERAL. KALAU BERSUARA LEPAS ITU, BUNYINYA YANG TERHODOH DI DUNIA. 

Seperti saya selalu ulang, kita sedang merasai implikasi dominasi politik orang kafir dalam kerajaan, selepas mereka mendominasi kekayaan negara.

Setakat ini tiada sesiapa penyokong kerajaan yang boleh menyanggah fakta dominasi ini. Hatta PM sendiri pun kata terpaksa menyesuaikan diri dengan pemikiran sosialisme dan liberalisme yang lebih dominan dalam kerajaan.

Untuk kita rakyat marhaen, salah satu inisiatif yang kita mampu buat ialah tanda tangan petisyen di bawah.
 
Sila tekan link berikut untuk tandatangan petisyen: https://chn.ge/2ywoLvQ

- Ustaz Hazizi Ab Rahman,
JK Pusat Ikatan Muslimin Malaysia.
Reply all
Reply to author
Forward
0 new messages