Hak keistimewaan Islam dalam Perlembagaan Persekutuan

3 views
Skip to first unread message

Media ISMA Johor

unread,
Feb 28, 2015, 10:51:06 PM2/28/15
to tazkirah-dan-isu-semasa-umat-islam
Inline image 1

Assalamualaikum wbt.

Pada hari ini, kita dapat lihat bahawa terdapat begitu banyak provokasi terhadap umat Islam. Samada di luar negara mahupun dalam negara kita sendiri, setiap hari ada sahaja isu-isu baru yang sengaja ditimbulkan bagi membuatkan umat Islam marah dan melatah.

Paling menyedihkan, ada pula umat Islam yang secara sedar mahupun tidak, menyokong provokasi-provokasi ataupun mainan puak-puak kuffar tersebut. Sebagai contoh, ada yang menyokong pengedaran Bible dalam Bahasa Melayu dengan alasan di Barat orang Islam boleh berdakwah kepada bukan Islam. Sedangkan sudah ada undang-undang di negara ini yang menghalang penyebaran dakyah selain agama Islam kepada orang Islam. 

Sebenarnya kita ingin bertanya kembali, sudahkah mereka membaca Perlembagaan Persekutuan? Adakah mereka kenal diri mereka sendiri?

Dalam Perlembagaan Persekutuan sudah ada digariskan bukan satu, bahkan terlalu banyak peruntukan-peruntukan yang memberikan kedudukan yang sangat istimewa terhadap Islam dan bangsa Melayu. Di sini kami gariskan beberapa noktah penting yang menyatakan secara jelas akan keistimewaan Islam dalam perlembagaan.

Kata Ustaz Hj. Mohd Hazizi Ab Rahman: “Perkara ini (keistimewaan Islam) seharusnya dihargai oleh umat Islam terutamanya bangsa Melayu dan jangan sesekali menggadaikan keistimewaan ini dengan seruan-seruan negara sekular.”

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

Antara peruntukan-peruntukan keistimewaan Islam dalam Perlembagaan Persekutuan:

1. Perkara 3 menyentuh mengenai Islam merupakan agama Persekutuan dan bukan sekadar agama rasmi. Ini merupakan asas yang besar bahawa negara kita adalah negara Islam.

2. Perkara 8 ada disebut mengenai kesamarataan di sisi undang-undang. Akan tetapi perkara ini memperincikan bahawa terdapat jawatan-jawatan tertentu yang dikhususkan oleh agama-agama tertentu sahaja. Sebab itu ada kes sebelum ini permohonan orang bukan Islam yang mahu menjadi peguam syarie ditolak.

3. Perkara 11 mengenai kebebasan beragama. Walaupun setiap orang berhak mengamalkan agama masing-masing, tetapi tidak dibenarkan doktrin kepercayaan agama selain Islam disebarkan kepada orang Islam.

4. Perkara 12 mengenai hak pendidikan. Terdapat perincian dalam Fasal 2 mengenai keistimewaan agama Islam yang menyebut bahawa kerajaan berhak menubuhkan atau menyenggara atau membantu dalam menubuhkan atau menyenggara institusi-institusi Islam.

5. Perkara 37 mengenai lafaz sumpah Yang Dipertuan Agong untuk memelihara agama Islam pada setiap masa.

6. Perkara 121 mengenai fungsi kehakiman. Terdapat dua mahkamah tertinggi di negara kita iaitu Mahkamah Tinggi di Malaya dan Mahkamah Tinggi di Sabah dan Sarawak. Bagaimanapun, dalam fasal (1A), kedua-dua mahkamah tersebut tidak boleh mencampuri urusan mahkamah Syariah.

7. Perkara 150 mengenai darurat. Parlimen boleh menggubal undang-undang tanpa mengikuti prosedur-prosedur perundangan ketika darurat. Akan tetapi Parlimen tidak boleh memperluas kuasanya dalam isu-isu Syarak atau adat Melayu.

*Anda boleh download dan menyemak Perlembagaan Persekutuan di sini: http://www.jac.gov.my/images/stories/akta/perlembagaanpersekutuan.pdf

Atau rujuk pada attachment email ini.
perlembagaanpersekutuan.pdf
Reply all
Reply to author
Forward
0 new messages