Bantah TPPA | Tandatangan petisyen bantahan di sini
1 view
Skip to first unread message
Media ISMA Johor
unread,
Jul 28, 2015, 10:35:56 PM7/28/15
Reply to author
Sign in to reply to author
Forward
Sign in to forward
Delete
You do not have permission to delete messages in this group
Copy link
Report message
Show original message
Either email addresses are anonymous for this group or you need the view member email addresses permission to view the original message
to tazkirah-dan-isu-semasa-umat-islam
1. Ramai orang Melayu belum sedar bahawa mereka akan kehilangan kedaulatan di bumi sendiri akibat Perjanjian Kerjasama Trans Pasifik (TPPA) yang akan ditandatangani tidak lama lagi.
2. TPPA merupakan perjanjian yang akan menjerat Malaysia untuk berada di bawah kongkongan kuasa imperialisme kapitalis Amerika-Yahudi, yang akan merentap maruah negara sebagai sebuah negara yang berdaulat.
3. Perkara yang paling penting ialah hak istimewa orang-orang Melayu dan bumiputera bakal terhapus dengan sendirinya setelah TPPA ini termeterai.
4. TPPA akan memberikan hak kepada pelabur daripada negara luar seperti Amerika dan Australia untuk membida perolehan kerajaan yang selama ini dikhususkan untuk membantu syarikat Melayu dan bumiputera.
5. Jika kerajaan memberikan layanan istimewa kepada syarikat Melayu dan bumiputera, selepas TPPA ditandatangani, kerajaan boleh disaman di tribunal antarabangsa, seperti yang berlaku kepada kerajaan Afrika Selatan akibat melaksanakan dasar mengutamakan rakyat kulit hitam (dasar BEE, mirip DEB).
6. Ini bermakna, peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan, yang memberikan keistimewaan kepada orang-orang Melayu dan bumiputera, akan tidak terpakai lagi. Melayu dan bumiputera dilayan sama seperti warga asing.
7. Kekayaan negara akan dibuka untuk dibida oleh semua orang. Sudah tentu Amerika dan negara seperti Jepun, yang mempunyai kekuatan modal dan teknologi yang berlipat kali ganda berbanding kita, akan memenangi bidaan. Kita akan merempat di bumi sendiri.
8. Apakah penghinaan dan pengkhianatan yang lebih besar daripada usaha menggadaikan kedaulatan Melayu dan bumiputera kepada kuasa imperialis dan kapitalis Amerika-Yahudi menerusi TPPA?