
“Rasulullah SAW adalah manusia paling dermawan. Dan beliau lebih demawan ketika di bulan Ramadhan…” (HR. al-Tirmidzi)
Assalamualaikum wbt.
Bulan Ramadhan, bulan ibadah. Kita dianjurkan untuk mencontohi Rasulullah SAW dengan memperbanyakkan infaq terutamanya di bulan Ramadhan. Tidak pasti ke mana hendak salurkan bantuan?
Kelab Remaja Ikatan Muslimin Malaysia (KRIM) cawangan Johor dengan kerjasama Ikatan Guru-Guru Muslim Malaysia (I-GURU) cawangan Johor dan Ikatan Pengamal Perubatan dan Kesihatan Muslim Malaysia (I-MEDIK) cawangan Johor, akan mengadakan program Ramadhan Outreach ke rumah Warga Emas Nur Ehsan pada 27 Jun 2015.
Kami mengalu-alukan sumbangan tuan-tuan dan puan-puan untuk menjayakannya program khidmat masyarakat ini.
Antara bentuk sumbangan yang diperlukan termasuklah:
Sukarelawan (pelajar sekolah menegah)
Wang tunai
Bahan mentah (beras, minyak masak, dll)
Barang keperluan asas (berus gigi, tuala, sabun, dll)
Baju raya
Sumbangan boleh disalurkan dengan menghubungi:
En. Aizat (011-26605279)
Pn. Aisyah (013-7976093)